19 Mac 2015

TERBARU UGUTAN PADA PERWAKILAN RUM (Part 3)

TINDAKAN BUANG KERJA PERLU DI AMBIL TERHADAP SEMUA PEKERJA YANG MENJADI AHLI-AHLI RUM?

Datuk Elias Kadir Presiden KTMB kini berada di tahap "GILA MEROYAN" bila mana akan mengambil tindakan buang kerja kepada semua Perwakilan RUM seramai 145 orang dari seluruh rangkaian KTMB yang telah meluluskan SUARA RUM sebagai Media Rasmi RUM.

RUM ingin jelaskan berdasarkan peruntukan PERATURAN KESATUAN maka Perwakilan yang dilantik adalah berdasarkan pemilihan Pilihanraya RUM melalui pemilihan Ahli Jawatankuasa Cawangan seterusnya keputusan diumumkan oleh Mesyuarat Agung Cawangan Tiga Tahunan Sekali.
Wakil-wakil bahagian melalui pemilihan dalam Mesyuarat Agung Cawangan secara otomatis adalah Perwakilan kecuali Pengerusi/Setiausaha dan Bendahari Cawangan adalah berstatus "PEMERHATI".

Makanya apa jua keputusan Perwakilan melalui Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali adalah keputusan dasar Kesatuan Pekerja2 KTMB.

Justeru itu semua keputusan yang diputuskan oleh para perwakilan adalah keputusan ahli-ahli RUM iaitu melalui "MANDAT" yang telah diberikan ketika Mesyuarat Agung Cawangan.

Makanya keputusan menerbitkan Suara RUM adalah keputusan ahli-ahli RUM berdasarkan pemilihan melalui Mesyuarat Agung Cawangan Tiga Tahunan Sekali.

Maka itu tindakan tatatertib sehingga "BUANG KERJA" sewajarnya diambil terhadap semua ahli-ahli RUM yang berjumlah lebih kurang 3500 ahli kerana ahli-ahli RUM telah memberi "MANDAT" kepada Perwakilan untuk membuat sebarang keputusan Dasar.

Dengan itu dicadangkan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB hendaklah mengeluarkan "NOTIS TUNJUK SEBAB" seterusnya memanggil "SIASATAN DALAMAN" dan keputusan yang telah ditentukan iaitu "BUANG KERJA".

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • TERBAIK (PEKERJA BANGLADESH)Satu langkah yang terbaik dan sangat dialu-alukan, sebagai kesatuan sekerja kita memang sangat berharap 1.5 juta pekerja bangladesh hadir dalam negara malah kalau boleh bawalah seluruh rakyat Bangladesh ke negara ini, kerana … Read More
  • UMUR PERSARAAN 62 TAHUN/PEKERJA KONTRAK Pada pandangan RUM, tuntutan ke 62 tahun ini belum sampai masanya lagi, kerana kerajaan baru sahaja mewartakan pindaan umur persaraan kepada 60 tahun. Ruang dan peluang kepada pekerja muda perlu diberikan termasuk kenaikan p… Read More
  • KHABAR ANGIN Macam-macam khabar angin yang didengari, sedap betul tukang bawa cerita, sehingga bertubi-tubi pertanyaan yang didengari, kadang-kadang tersenyum sendiri. RUM pun tahu siapa yang tukang bawa cerita ini... semua ini mulut… Read More
  • KWSP (BORANG) Borang KWSP17A (Khas 2016) - klik utk download RUM menyeru ahli-ahli RUM untuk mendapatkan borang KWSP seperti di bawah ini di pejabat KWSP berhampiran untuk tidak memberhentikan potongan simpanan pekerja sebanyak 3% iait… Read More
  • BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI, KASUT PAKAI KAT KEPALA Beginilah antara sifat yang terkeji perlu dihindarkan... biar kat mana kita... kejujuran dan prinsip tidak boleh diabaikan... antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi tetap ada perbedaan yang tidak boleh sama… Read More