02 Mac 2015

KERUGIAN / SEMANGAT BERJUANG

Presiden R.U.M.
Bila saya di buang kerja, saya kerugian gaji (upah), faedah hospital, semua faedah yang terkandung dalam Perjanjian Bersama dan Faedah Persaraan saya semenjak KTMB di swastakan pada 1.8.1992. (Sekarang ni, kalau gi klinik pun bayar sendiri...)

Saya tak malu, kerana saya di buang kerja disebabkan saya menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja selaras dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan mengikut PERATURAN KESATUAN dan HAK AKTA.

Malah saya berbangga, kerana saya dibuang kerja kerana menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai Pemimpin Kesatuan Sekerja, yang penting saya berusaha melakukan yang terbaik untuk ahli-ahli RUM.

Kerana saya sedar, saya seorang KULI, berjuang untuk kaum pekerja dan saya tak malu sekiranya saya kembali kepada asal saya yang pernah meniaga Pasar Malam untuk mencari sesuap nasi, kerana saya tahu siapa saya.

Alhamdulillah... semangat untuk terus berjuang tidak pernah luntur, malah sentiasa kuat untuk menentang kezaliman dan penindasan.

Presiden RUM