Notis tunjuk sebab ini telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan KTMB di bawah Unit Perhubungan Perusahaan & Pekerja, Pengurusan Bakat & Pembangunan Organisasi, KTMB.
Satu notis tunjuk sebab jelas dan nyata bertentangan dengan Seksyen 4 (1) dan 5 (1) (d) (ii), Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177 )
Satu tindakan "UNION BUSTING" oleh Datuk Elias Kadir Presiden KTMB.
RUM tidak akan berdiam diri, tindakan sedemikian adalah jelas dan nyata bahawa Datuk Elias Kadir Presiden KTMB secara terang terangan mencampuri urusan Kesatuan Pekerja2 KTMB dan mengugut pegawai-pegawai Rum dengan niat memecat atau mengancam untuk memecat seseorang pekerja, mencedera atau mengancam untuk mencederakannya dalam pekerjaannya atau mengubah atau mengancam untuk mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya dengan sebab bahawa pekerja itu menyertai aktiviti – aktiviti kesatuan sekerja.
Datuk Elias Kadir Presiden KTMB adalah "BAPA UNION BUSTING MALAYSIA".
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB