06 Mac 2015

Tanggungjawab Pekerja

Bila kita sebagai pekerja, maka kita ada tanggungjawab, tanggungjawab kita ialah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, jangan sesekali melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Perjanjian Bersama.

Sebagai contoh :-

1. Masuk kerja mestilah tepat
2. Tidak membeli MC Palsu
3. Melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab mengikut job spesifikasi
4. Mendengar arahan penyelia
5. Menjaga Imej KTMB
6. Dll

Semua ini wajib dilakukan, kerana kita di bayar upah, setiap sen upah dikira dan di nilai, maka jalankan tugas dengan dedikasi, sebab niat kita mahukan KTMB dipulihkan.

Cuma kita tidak lakukan untuk Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, tapi kita lakukan kerana kita SAYANGKAN KTMB.

Maka sebagai pekerja, janganlah kita lakukan sebarang kesalahan, kerana ini akan menjejaskan kita sebagai individu pekerja.

Andai kita rasa teraniaya, andai kita ingin bersuara, andai kita ingin menuntut yang lebih baik, maka saluran nya ialah melalui Kesatuan Pekerja2 KTMB, kerana Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM) adalah "BADAN TUNGGAL" bagi pihak pekerja selaras dengan peruntukkan Perjanjian Bersama.
Dalam hal sedemikian maka kita sebagai Pemimpin dan Ahli-ahli RUM perlu menjaga, mengawasi, bersama dan menjalankan aktiviti-aktivii kesatuan sekerja.

Kita pakai (dua) 2 baju yang berbeza, di kala sebagai pekerja kita kena akur kehendak Perjanjian Bersama, sebagai ahli-ahli kesatuan sekerja kita kena akur kehendak Peraturan Kesatuan.

Maka itu hak Kesatuan Sekerja selaras dengan peruntukkan undang-undang hendaklah dipatuhi. Maka mereka yang bertanggungjawab dalam bidang ini, perlu memahami intipati peruntukan undang-undang, jangan main "BULLDOZE", kerana kami juga menghormati hak yang terkandung dalam Perjanjian Bersama, kerana kami sangat memahami peruntukkan yang ada kerana kami adalah Perunding bagi Pihak RUM.

Selamatkan KTMB Selamatlah Pekerja.

Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • LAMA TAK BERCERITA..ULAAN BAATAR Replies: 0 Alhamdulillah selamat  sampai di ulaan baatar, mongolia, sebelum ini transit di seoul, rasa penat tak abis, yang sebelum ini ke Berlin untuk Inno Trans 2018 yang memakan masa berada di udara sangat la… Read More
  • INNO TRANS 2018INNO TRANS 2018, MESSE BERLIN… Read More
  • PERJANJIAN BERSAMA KE 9 (1Jan 2019 - 31Disember 2021)Setiausaha Agung RUM Sdr Subramaniam telah menyampaikan "Draf Perjanjian Bersama ke 9" kepada Pengurus Besar Perolehan, Menampung Tugas Modal Insan KTMB, En Mohd Hider Bin Yussof @ Othman. RUM berharap proses Perjanjian Bersa… Read More
  • TAHNIAH DARI RUM PUSAT RUM merakamkan tahinah kepada Pekerja yang terlibat dari Jabatan Urusan Jalan Johor Bharu  yang sangat kreatif sehingga berjaya mengusahakan projek membina troli untuk kegunaan sendiri, satu kejayaan bagi warga KTMB khu… Read More
  • ICLS PRESENTATIONBila Bro Yamada Setiausaha Agung ICLS bagi presentation setiap negara.. wow.. hebat  union negara luar.. berani... tapi bila mengenai RUM macam tiada isu... hehehe... isu ada.. cuma "time frame.." bersabar bila peralehan… Read More