23 Mac 2015

KTMB rugi RM200 juta setahun

KENYATAAN AKHBAR DATO IR NAWAWI AHMAD, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB/SINAR HARIAN

RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB mengakui secara terbuka bahawa :-


  1. KTMB rugi setiap tahun RM 200 juta. 
  2. Sampai bila perlu bergantung suntikan kerajaan
  3. Berdikari
  4. Kos penyelenggaraan, gaji pekerja dll.

Semua yang tersebut di atas telah pun disuarakan oleh RUM samada dalam 27 pucuk surat atau melalui kenyataan dalam Suara RUM.

Maka kenapa tidak mahu mengakui tujuan RUM melahirkan tindakan sedemikian adalah semata-mata untuk menyelamatkan KTMB, sedangkan kenyataan RUM adalah benar, malah tindakan RUM berasaskan kepada risiko "Keselamatan Pekerja".

Kenapa berdolak dalik dan membenarkan pembuangan kerja seramai 97 orang yang seramai 96 orang telah dipulihkan dan sekarang mengugut dengan tujuan mencederakan pekerjaan nya kepada semua Majlis Eksekutif RUM dengan mengeluarkan "NOTIS TUNJUK SEBAB?" yang jelas dan nyata bertentangan dengan undang-undang. (Tindakan Datuk Elias Kadir Presiden KTMB, YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB berhak memberhentikannya)

Kenapa kebenaran ini sukar sangat di akui, sedangkan tujuan dan hasrat murni RUM semata-mata untuk kepentingan KTMB dan masa depan pekerja.

YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, kebenaran tetap kebenaran, 
jujurlah kepada kebenaran, jangan bila dah tersepit dengan persoalan wartawan mengenai cadangan naik tambang, maka terpaksa melahirkan kebenaran.

Hentikanlah "KEZALIMAN DAN PENINDASAN" kepada kami "PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA", yang menjalankan aktiviti-aktivii yang sah dari sudut Hak Kesatuan Sekerja.

Semoga Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB berani keluar menjadi "HERO" untuk melahirkan kenyataan yang "BENAR".

Semoga Allah Swt merahmati YB Dato Ir Nawawi Ahmad Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB.

Presiden RUM



Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB

Related Posts:

  • PEKELILING LAGI Bila pekeliling berkuatkuasa adakah Datuk Presiden KTMB tahu implikasinya, adakah Datuk Presiden KTMB sedar berapa perbelanjaan yang perlu dikeluarkan? Adakah KTMB mempunyai wang secukupnya untuk memperbaiki semua perkara ya… Read More
  • PERHIMPUNAN HARI PEKERJA ANJURAN MTUC 1 MEI 2014 MTUC anjurkan pada semua rakyat Malaysia, tak kira ahli kesatuan atau pun bukan ahli kesatuan, sebagai kesatuan gabungan adalah wajar melibatkan diri bagi menunjukan kekuatan kaum pekerja, RUM akan terlibat sama sebagai kesa… Read More
  • Cawangan RUM Kuala Lipis Cawangan RUM Kuala Lipis dah bangkit.... Ini kali mau turun ramai-ramai di KL. … Read More
  • ANDAIAN DAN KOMEN RUM Andai RUM jadi Presiden KTMB, pasti RUM tidak akan letak jawatan atas desakan kesatuan sekerja, buat apa nak letak jawatan, RUM SIAPA?  RUM hanya akan bersedia letak jawatan sebagai Presiden KTMB setelah mengadap Y… Read More
  • KITA KATA KITA KATA KITA NAK ITU... KITA KATA KITA NAK INI.. KITA KATA TAK PUAS HATI TENTANG ITU... KITA KATA KITA TAK PUAS HATI TENTANG INI.. KITA KATA PEGAWAI ITU TAK BETUL.. KITA KATA PEGAWAI INI TAK BETUL.. KITA KATA KITA GAJI KE… Read More