08 Mac 2015

CADANGAN CUEPACS UMUR PERSARAAN 60 - 62 TAHUN

RUM pada dasarnya tidak bersetuju dengan cadangan ini sekurang-kurangnya untuk satu tempoh 5 - 10 Tahun akan datang sehingga satu kajian dibuat secara menyeluruh, kita bukan tidak boleh untuk cuba mengikuti negara - negara Asean yang lain yang telah menjangkau umur persaraan 65 Tahun atau faedah yang sedang dipraktikkan oleh negara-negara luar cuma perlu menilai setiap keperluan berdasarkan kehendak dalaman.

Kita baru sahaja diberi peluang oleh kerajaan Malaysia melalui pindaan Akta Kerja iaitu 60 Tahun, justeru itu tuntutan yang dibuat pada masa ini adalah tidak munasabah kerana tidak memberi peluang pada Generasi Muda yang ramai atau lebih bagus bagi menjanakan produktiviti atau mampu mencetuskan idea - idea yang lebih baik kepada Kerajaan mahupun Syarikat Swasta.

Apa yang perlu CUEPACS perjuangkan ialah berusaha meningkatkan tahap kecekapan bagi memastikan Penjawat Awam mempunyai integriti kerja dan mampu meningkatkan nama baik kerajaan yang kini banyak tercemar dari angkara segelintir penjawat awam yang tidak produktif atau lemah (RUM ada fakta dan hujah).

Apa yang perlu diperjuangkan ialah berusaha meningkatkan Kadar Gaji Minima yang lebih baik kepada Penjawat Awam iaitu sekurang-kurangnya RM 1500.00, ini sepatutnya menjadi fokus utama, gaji minima ini akan memberi impak yang baik bukan sahaja pada Generasi Y tapi Generasi lama untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Gaji Minima ini juga sangat penting kerana faedahnya akan memberi pulangan melalui simpanan pekerja ketika bersara iaitu samada melalui simpanan KWSP atau PENCEN, KWSP atau PENCEN yang ditingkatkan melalui peningkatan gaji minima adalah jauh lebih baik dari perjuangan untuk meningkatkan "umur persaraan".

Justeru itu mewujudkan idea dengan cuba mengikuti negara luar tanpa mengambil kira kehendak dalaman perlu di kemudiankan, kerana keseimbangan kehendak pasaran kerja dan masa depan Generasi Muda perlu dititikberatkan, kita sebagai Pemimpin Kesatuan Sekerja tidak boleh mengikut kehendak sesuatu pihak sahaja, sebaliknya kehendak Generasi Muda pewaris kita juga memerlukan kehidupan dan diutamakan, pewaris kita adalah anak-anak kita yang kita tidak tahu lagi kemana masa depan mereka, maka peninggalan kitalah maka mereka mampu menikmati sama macam kita atau lebih baik dari kita.

Maka itu RUM berpendirian bahawa tuntutan CUEPACS adalah tidak munasabah, pendirian RUM ini berdasarkan bekas gabungan CUEPACS yang terkeluar dari gabungan CUEPACS disebabkan di swastakan pada 1.8.1992, setiap cadangan CUEPACS boleh memberi tempias samada kebaikan atau keburukan kepada RUM mahupun Kesatuan Sekerja di negara ini.

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB