12 Mac 2015

NASIHAT SEPUPU

Sepupu : Macam mana kes kau jak?abg ada baca surat khabar... (sepupu seorang vvip ketika berjumpa di Ipoh baru-baru ini)

Saya : Masih lagi dibuang kerja, tinggal saya sorang, saya tak boleh terima syarat Presiden KTMB, kalau saya terima, saya menjual MARUAH RUM, sedangkan dari peruntukan undang-undang, saya pasti kebenaran di pihak saya.

Sepupu : Sudahlah tu... ajak ingat bila ajak kena buang kerja, ramai yang akan tolong, yang lari lagi ramai, yang takut ramai, last sekali kau tinggal sorang, fikir diri sendiri, jangan duk sebuk hal orang, kau tolong orang pun bukan dia orang hargai, fikir diri kau dan anak-anak kau..

Saya : Saya tak jawab... saya hanya "senyum".

Sebenarnya ramai yang berkata demikian, termasuk mantan Pengarah Urusan KTMB dan beberapa orang kenamaan, kebenaran kenyataan ini adalah benar... tapi saya tetap berpegang pada "prinsip", atas tanggungjawab dan amanah yang diberikan berdasarkan job spesifikasi saya melalui peruntukan dalam "PERATURAN KESATUAN", kalau saya mendengar pandangan mereka, maka RUM pasti di bawah pengaruh "DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB" atau ayat undang-undang "DI BAWAH PENGARUH MAJIKAN".

"Tidak sama sekali menjual MARUAH RUM, biar diri sendiri terbakar".

PRESIDEN RUM

KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA2 KTMB

Related Posts:

  • Keputusan Bila sesuatu keputusan dibuat, mungkin akan menimbulkan kepelbagaian persepsi serta andaian, malah akan mewujudkan kepelbagaian tuduhan. Itu lumrah.. sebagai pemimpin maka semua itu asam garam dah perlu diterima, ibarat k… Read More
  • SOLIDARITY Terima kasih kepada delegasi dari Egypt yang melawat RUM dan memberi sokongan "SOLIDARITY" kepada RUM, mereka juga memberi sokongan dan semangat untuk terus berjuang, mereka melahirkan sokongan bagi pihak semua kesatuan seke… Read More
  • Teori Konspirasi Bila RUM terima sepucuk surat pada petang semalam dan semua dokumen - dokumen sokongan yang ada, berdasarkan penilaian dengan beberapa individu "expert", RUM beranggapan wujudnya teori... di bawah "konspirasi". Walaupun R… Read More
  • KONSPIRASI Andai Datuk Elias Kadir Presiden KTMB benar-benar jujur dalam menjalankan tanggungjawab ini, maka aduan kepada pihak polis dan SKMM perlu dilakukan bagi mengesan individu ini yang menggunakan nama samaran. Tindakan se… Read More
  • Satu kenyataan Dari Labu Labi yang berkemungkinan beliau adalah Abdul Hamid Bin Mire mantan Pengerusi RUM Cawangan Gemas yang memaparkan kenyataan yang menghina Datuk Elias Kadir iaitu "Takkan binatang nak dijadikan abg" Satu k… Read More