13 Mac 2015

SURAT TERBUKA KEPADA DATUK ELIAS KADIR PRESIDEN KTMB

Assalamualaikum,

Datuk Presiden KTMB,

Semoga Datuk Presiden KTMB mempunyai kesihatan yang baik dan waras selalu.

Datuk.... Masa Timbalan Menteri Sumber Manusia mencadangkan cadangan penyelesaian yang boleh diterima oleh RUM, Datuk tak mahu, Datuk masih berdegil dengan kehendak Datuk iaitu syarat-syarat yang tidak masuk akal malah ianya bertentangan dengan Akta.

Datuk memang pakar bulldoze... Datuk tak mahu dengar cakap Timbalan Menteri Sumber Manusia malah Datuk terus kekal dengan pendirian Datuk, inilah kelemahan Datuk.

Andai Datuk menerima cadangan Timbalan Menteri Sumber Manusia maka hari ini Suara RUM mungkin agak perlahan, tidak seagresif macam sekarang sehingga memaparkan gambar Datuk, maka itu Datuk tak boleh salahkan saya, kerana kesalahan sebenar adalah pada Datuk yang berdegil untuk mengekalkan syarat Datuk.

Datuk tak boleh menghalang Hak Kebebasan Bersuara Kesatuan Sekerja ianya tidak ada kena mengena dengan Datuk secara peribadi serta KTMB. RUM telah diiktiraf oleh Kerajaan mengikut saluran undang-undang yang sah, maka kebebasan bersuara adalah "hak budibicara mutlak RUM", tindakan atau usaha Datuk untuk menghalang adalah silap.... tidak semua boleh bulldoze....

Datuk... satu sikap Professional saya ialah saya tidak pernah menyentuh hal peribadi, biarpun ada yang meminta saya menceritakan hal peribadi Datuk, saya tetap menolak... kerana antara saya dengan Datuk tiada isu peribadi, sebaliknya saya menjalankan tanggungjawab secara profesional dan menghentam Datuk atas kapasiti Datuk sebagai Presiden KTMB dan saya sebagai Presiden RUM.

Saya bukan tak kenal Datuk, saya "kenal sangat", mula dulu masa Datuk baru menjawat jawatan Presiden KTMB, Datuk dah bagitau saya... "aku tak peduli sapa... aku langgar sahaja" sehingga Datuk menulis surat kepada Mantan YB Menteri Pengangkutan mengenai Six Car Set (SCS), saya bagi pandangan iaitu "jangan", tapi Datuk nak buat juga, cuma Datuk terima pandangan saya jangan disesalinankan pada semua pihak, kerana itu tidak sihat.

Last sekali Datuk kena panggil dengan YAB Dato Sri Perdana Menteri.

"YAB DATO SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA menasihatkan Datuk jangan gaduh dengan Menteri". Itu yang Datuk bagitau saya...

Datuk yang saya kenali sememangnya berprinsip "BULLDOZE", tindakan Datuk sekarang masih meneruskan teknik "BULLDOZE", maka itu Datuk buang saya selaku pekerja dengan niat, saya tak boleh jadi "PRESIDEN RUM", kini Datuk menggunakan pendekatan mengugut Pegawai2 RUM dengan Notis Tunjuk Sebab iaitu jelas dan nyata Datuk telah mencampuri urusan Kesatuan, dengan mempersoalkan hak dan kewajipan seorang pegawai kesatuan, tindakan Datuk itu satu kesilapan yang besar kerana mengunakan taktik "BULLDOZE". Datuk, hak Akta tidak boleh dipertikaikan kerana hak Akta adalah jelas dan nyata ia memihak pada RUM.

Tindakan Datuk mengenakan Notis Tunjuk Sebab adalah dengan tujuan mengugut dan menakutkan pegawai-pegawai RUM dengan niat RUM berpecah serta pegawai-pegawai RUM akan menyalahkan saya seterusnya akan memecat saya selaku Presiden RUM, kalau itu niat Datuk, sekali lagi Datuk silap besar, kerana setiap pemecatan mesti berlandaskan peruntukan PERATURAN RUM ianya sangat mustahil kerana setiap langkah saya berdasarkan peruntukan PERATURAN KESATUAN dan HAK AKTA, malah syukur Alhamdulillah RUM tetap bersatu, kecuali satu (1) atau (2) dah terkencet-kencet dalam seluar, yang terkencet-kencet ini berkemungkinan takut projek mereka tergugat atau peluang kenaikan pangkat mereka terjejas atau lebih bersifat berkepentingan diri atau terpengaruh dengan dakyah songsang.

Sekarang Datuk sakit... Datuk meracau.. sebab apa... Datuk sebenarnya ada penyakit... penyakit "kemurungan", maka itu Datuk buat sesuka hati kerana Datuk geram dengan Presiden RUM sampai meletakkan kesalahan berdasarkan peruntukan Perjanjian Bersama terhadap pegawai-pegawai RUM yang bertanggungjawab menyokong kepimpinan RUM sampai begitu sekali kedangkalan fikiran Datuk sehingga tidak dapat membezakan tafsiran "pekerja" dan "pegawai kesatuan", malunya Datuk.. gambaran ini bukanlah satu sikap yang perlu ditunjukkan oleh "seorang graduan dari Harvard", sebaliknya tindakan Datuk lebih menjerumuskan seorang "pesakit mental", kerana saya yakin individu yang berstatus pelajarannya setakat "darjah 6", juga memahami apa itu tafsiran "pekerja" dan "pegawai kesatuan".

Datuk.... tulisan saya melalui Suara RUM adalah sebahagian daripada aktiviti-aktivii kesatuan sekerja yang telah diluluskan oleh Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Sekali iaitu Kuasa Tertinggi Kesatuan Pekerja2 KTMB, maka ianya menjadi dasar RUM untuk terus menyampaikan mesej kepada pihak luar.

Suara RUM adalah "MEDIA RASMI" Kesatuan Pekerja2 KTMB seperti mana akhbar - akhbar yang terdapat di negara ini, maka itu tidak timbul isu untuk menulis kebenaran, tulisan RUM adalah hak yang perlu diwar-warkan bagi menghebahkan kepada ahli-ahli RUM maupun orang awam dengan tujuan menarik perhatian ramai, cuma Suara RUM adalah aktiviti kecil, berbanding aktiviti yang lebih hebat seperti "PIKET" dan "MOGOK", maksudnya "SUARA RUM, PIKET DAN MOGOK ADALAH AKTIVITI - AKTIVITI RUM".

Jadi Datuk tak payah pening - pening, kalau Datuk rasa tak puas hati, Datuk boleh rujuk dengan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, maka mereka boleh memberi jawapan, macam mana Datuk arahkan GM TMOD meminta kepastian tentang kedudukan saya selaku Presiden RUM kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, Malaysia.

Demi kebaikan Datuk, nama baik Datuk berhentilah dari Presiden KTMB kerana RUM akan terus menulis sehingga Datuk keluar dari KTMB, kerana tulisan melalui SUARA RUM adalah sebahagian dari "senjata" Kesatuan Pekerja2 KTMB (RUM).

Maka itu Datuk Elias Kadir Presiden KTMB harus menyedari bahawa hak Presiden RUM adalah selaras dengan PERATURAN KESATUAN DAN HAK AKTA yang ada dalam negara, selagi Datuk berdegil, maka Presiden RUM akan terus melawan kerana tanggungjawab serta amanah bagi pihak ahli-ahli RUM terletak di bahu saya, kerana saya cukup takut dipersoalkan di kemudian hari dan saya tidak perlu takut dengan Datuk Presiden KTMB, kerana Datuk juga seorang "pekerja" yang statusnya "makan gaji".

Setakat ini tulisan saya... In Syaa Allah sekiranya ada kelapangan saya akan menulis lagi...

Wsalam

Presiden RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja2 KTMB