RUM Kecewa Dengan Menteri

Dengan Menteri Pengangkutan ini, RUM melahirkan kekecewaan kerana kewujudan RNAA.

TAHNIAH KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad sekali lagi melakar kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah KTMB

Perkhidmatan komuter antara bandar

Perkhidmatan komuter antara bandar Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) beroperasi di kawasan utara sedang melalui melalui sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Barisan EXCO,PEGAWAI UTAMA,PRESIDEN RUM..

Mesyuarat Majlis Bersama Pusat with Head Of Department dan Presiden KTMB Sarbini Tijan. Keharmonian diantara Pengurusan dan Kakitangan. Sokongon penuh kepada PRESIDEN KTMB.

Sahabat RUM dari NUBE

Tidak berseorangan didalam perjuangan, teman-teman dari lain-lain kesatuan turut memberikan sokongan

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU DISAMBUNG

JAMBATAN KERETAPI KEMUBU rosak akibat banjir kelantan. Akhir nya jam 1205 hari ini 5 Nov 2015 telah berjaya menyambung kembali jambatan yg rosak.

31 Disember 2015

"BERAKHIRNYA 2015"SATU MEMORI

Tahun 2015 sungguh menarik meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis, kenangan yang mungkin sukar dilupakan bukan sahaja untuk saya selaku Presiden RUM tapi juga kepada pemimpin dan ahli-ahli RUM khususnya yang setia dengan perjuangan Kesatuan Sekerja.


Dari sebuah kemelut pembuangan kerja sehinggalah kepada pemulihan kerja, dari sebuah kezaliman terwujud sebuah perdamaian yang membentuk keharmonian perusahaan.

Getir bila permainan "high level" menjadi sebuah percaturan, perlumbaan kalah mati, diakhiri dengan sebuah kemenangan, terima kasih kepada yang membantu mewujudkan penyelesaian.

Kehadiran Tuan Haji Sarbini Tijan selaku Presiden KTMB telah mengorak langkah awal membaikpulih landasan Pantai Timur, usaha-usaha lain sedang giat dijalan, perancangan melalui Plan Transformasi mengorak langkah, Kementerian Pengangkutan membantu dengan gigih dalam usaha memulihkan KTMB demi sebuah harapan Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.

Ketenatan kewangan KTMB berada diparas kritikal, hutang pada kontraktor dengan jumlah yang besar, kelewatan gaji pekerja sebagai satu cabaran besar kepada KTMB mahupun RUM.

Makian, cercaan serta penginaan ibarat satu lumrah permainan, tuduhan dan fitnah menjadi kebiasaan, kekuatan mental mengatasi segala yang diperkatakan, sokongan dan semangat yang diterima cukup mengalakkan, menjadi pemangkin perjuangan pada masa hadapan.

2015 penuh dengan cabaran namun tetap terpalit kegembiraan, senyuman kini kembali dengan semangat perjuangan yang tidak pernah mengenal erti kalah.

Satu memori dan cabaran dalam sebuah perjuangan yang penuh pengertian yang akan menjadi sebuah sejarah RUM yang tidak mungkin dilupakan seiring sejarah Mogok Terbesar RUM pada tahun 1962/63.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghadapi dan membantu penyelesaian kemelut ini khususnya YAB DATO' SRI  HAJI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

30 Disember 2015

KENYATAAN MEF

Baca ini.... RUM telah pun mengeluarkan kenyataan yang sama, di bawah topik "TERBACA KOMEN".

Sedap bagi cadangan, tapi tak baca implikasi kepada pekerja, kesan kepada undang-undang, arahan maupun pekeliling yang dikeluarkan oleh Majikan.

Tak kena tangkap tak pe... tak salah.... kena tangkap boleh buang kerja... bukan tak ada orang buat... dah ada... malah ramai yang meniaga... meniaga online pun dah ramai.... buat 2 kerja pun dah berlambak..... cuma tak perlulah hebuh... sebab risikonya besar... ini namanya tunjuk pandai tak kena tempat...

Sekarang apa jadi? MEF dah bersuara... adoiiiii...


Bila buat kenyataan tu mengenai pekerja berhati-hati boleh menimbulkan banyak implikasi, akhir sekali bukan sahaja menyusahkan pekerja tapi kesatuan sekerja.

Sekarang orang yang buat 2 kerja atau meniaga online dah mula rasa takut... akhirnya 2 kerja takut nak buat, meniaga online pun berhenti, kan namanya "masukan pasir dalam periuk nasi", cam mana dikatakan "idea membantu mengatasi kos sara hidup?"

Adoiiiiii... letih... macam ini punya orang pun ada....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

SEORANG KETUA RUMAH(KELANSUNGAN SEBUAH KEHIDUPAN)

Menjadi tanggungjawab seorang Suami untuk memenuhi semua keperluan rumahtangga, dari belanja dapur, belanja isteri sampailah belanja anak, melalui pendapatan yang rendah di bawah RM 1000.00, RM 2000.00, RM 3,000 sudah tentu tidak memadai, apatah lagi nak shopping, ini hakikat untuk pekerja yang berpendapatan rendah.

Maka menjadi tanggungjawab suami untuk mencari lain-lain sumber menanggung kos sara hidup, secara bernasib baik pula Suami mempunyai Isteri yang bekerja, maka kurang sedikit beban yang ditanggung, walaupun itu bukan tanggungjawab seorang yang bergelar Isteri, tetapi atas dasar perkongsian hidup maka wujudlah sikap saling membantu.

Namun hakikat sebenar ialah pendapatan sangat rendah, betullah kalau ada kenyataan mengapa tak nak belajar tinggi-tinggi, namun hakikatnya bukan semua bernasib baik, maka alasan itu tidak boleh diterima pakai, maka yang berpendapatan rendah kena menerima hakikat bahawa kenaikan kos sara hidup sebagai membebankan.

Tak payah pergi jauh, hanya kelewatan gaji beberapa hari sahaja, ramai yang merungut malah tak kurang juga memaki, kerana apa? Kantung kewangan tiada berbaki, keperluan untuk berbelanja telah abis, maka adakala terpaksa makan stok maggi yang dalam simpanan.

Mungkin orang yang berpendapatan tinggi tidak merasakan, kerana pendapatan mereka mencukupi, bagi mereka yang berpendapatan rendah cukup terasa.

Terdengar suara rintihan, aku nak sangat shopping, tapi aku tak mampu, aku pergi jugak sogo, tapi bukan nak membeli, sekadar melihat, bagi menyejukan hati bahawa aku juga ke sogo, sekadar memenuhi hasrat, "tak dapat beli tak pe, dapat tenguk pun jadilah".

Janganlah beranggapan hanya melihat pada mata kasar, sedangkan sebenarnya mereka merasa kepedihan, ibarat kata yang berpendapatan rendah sekadar "kais pagi makan petang".

Sekolah dah nak buka pula, kena anak sorang atau dua mungkin boleh menampung kos pembelian baju sekolah serta peralatan sekolah, kalau anak ramai, tika ini berduyun ke koperasi buat pinjaman untuk menampung perbelanjaan sekolah anak, kerana untuk menabung pasti tidak kesampaian, pilihan yang ada meminjam, ini antara hakikat yang berlaku.

RUM menulis berdasarkan rungutan ahli-ahli RUM, keluhan mereka menjadikan RUM terasa terpanggil untuk meluahkan, kesusahan dan keperitan bagi pekerja yang berpendapatan rendah, nampak macam selesa tapi kepedihan hidup sendiri yang merasa.

Semoga ada perhatian serius dalam menangani kos sara hidup demi kelangsungan sebuah kehidupan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

29 Disember 2015

SEORANG KETUA RUMAH (KELANSUNGAN SEBUAH KEHIDUPAN)

Menjadi tanggungjawab seorang Suami untuk memenuhi semua keperluan rumahtangga, dari belanja dapur, belanja isteri sampailah belanja anak, melalui pendapatan yang rendah di bawah RM 1000.00, RM 2000.00, RM 3,000 sudah tentu tidak memadai, apatah lagi nak shopping, ini hakikat untuk pekerja yang berpendapatan rendah.

Maka menjadi tanggungjawab suami untuk mencari lain-lain sumber menanggung kos sara hidup, secara bernasib baik pula Suami mempunyai Isteri yang bekerja, maka kurang sedikit beban yang ditanggung, walaupun itu bukan tanggungjawab seorang yang bergelar Isteri, tetapi atas dasar perkongsian hidup maka wujudlah sikap saling membantu.

Namun hakikat sebenar ialah pendapatan sangat rendah, betullah kalau ada kenyataan mengapa tak nak belajar tinggi-tinggi, namun hakikatnya bukan semua bernasib baik, maka alasan itu tidak boleh diterima pakai, maka yang berpendapatan rendah kena menerima hakikat bahawa kenaikan kos sara hidup sebagai membebankan.

Tak payah pergi jauh, hanya kelewatan gaji beberapa hari sahaja, ramai yang merungut malah tak kurang juga memaki, kerana apa? Kantung kewangan tiada berbaki, keperluan untuk berbelanja telah abis, maka adakala terpaksa makan stok maggi yang dalam simpanan.

Mungkin orang yang berpendapatan tinggi tidak merasakan, kerana pendapatan mereka mencukupi, bagi mereka yang berpendapatan rendah cukup terasa.

Terdengar suara rintihan, aku nak sangat shopping, tapi aku tak mampu, aku pergi jugak sogo, tapi bukan nak membeli, sekadar melihat, bagi menyejukan hati bahawa aku juga ke sogo, sekadar memenuhi hasrat, "tak dapat beli tak pe, dapat tenguk pun jadilah".

Janganlah beranggapan hanya melihat pada mata kasar, sedangkan sebenarnya mereka merasa kepedihan, ibarat kata yang berpendapatan rendah sekadar "kais pagi makan petang".

Sekolah dah nak buka pula, kena anak sorang atau dua mungkin boleh menampung kos pembelian baju sekolah serta peralatan sekolah, kalau anak ramai, tika ini berduyun ke koperasi buat pinjaman untuk menampung perbelanjaan sekolah anak, kerana untuk menabung pasti tidak kesampaian, pilihan yang ada meminjam, ini antara hakikat yang berlaku.

RUM menulis berdasarkan rungutan ahli-ahli RUM, keluhan mereka menjadikan RUM terasa terpanggil untuk meluahkan, kesusahan dan keperitan bagi pekerja yang berpendapatan rendah, nampak macam selesa tapi kepedihan hidup sendiri yang merasa.

Semoga ada perhatian serius dalam menangani kos sara hidup demi kelangsungan sebuah kehidupan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

TERBACA KOMEN Sambungan Dua (2) Kerja

Tertenguk satu komen kononnya kita menghentam sebab kenyataan itu dari YB Dato Ahmad Maslan, tapi tahu ke implikasi kepada pekerja waima meniaga online, kdg2 kita ckp bila online lepas waktu kerja atau hari sabtu dan minggu, tapi bila meniaga online, customer pulak nak cepat sebab payment dah bayar, berkemungkinan terpaksa jawab mesej mengunakan telefon pada waktu kerja, maka pekerja tertangkap oleh penyelia, maka hukumannya sehingga buang kerja, kalau tk jwb... zaman skrg, customer viralkan, kononnya kita tak memenuhi kehendak customer... bila dah viral... maka meniaga pun bungkus.

Sekarang meniaga online pun kena daftar, bukan lagi boleh main jual-jual macam tu sahaja....

Seperkara lagi, bila meniaga modal dah keluar.. pekerja pula mana nak ambil modal.... jalan yang ada adalah pinjaman peribadi, bila buat pinjaman peribadi nak kena bayar hutang, meniaga tak jalan... kena tangkap dengan penyelia... meniaga tak kemana... hutang tak boleh bayar... apa akan terjadi...

Tenguk pula kalau penjawat awam, pekeliling arahan meniaga online pun dilarang, jangan sedap cakap... sebab... pi mai..pi mai pekerja juga yang kena...

Pekerja adalah juga manusia... maka pasti semua sudut nk jaga... kesilapan teknik kononnya nak menampung kos sara hidup... akhirnya... "yang dikendung tak dapat, yang dikejar berkeciciran".

Kena faham peruntukan atau arahan atau pekeliling syarikat mahupun kerajaan.

Jangan sedap dan seronok nak mencadangkan sesuatu, kalau semua sudut tak tenguk.... letih tenguk... kami pemimpin kesatuan tau perkara ini, itu sebab kami bantah.... kalau benda baik, boleh diterima... tak menghakibatkan implikasi kepada pekerja, mustahil kami nak bantah... pasti kami sokong....

"Budibicara mutlak" kenyataan RUM juga ada maksud tersirat.

Dari meniaga sorok-sorok sebab nak menambah pendapatan kerana kos sara hidup, tapi kerana Dato Ahmad Maslan buat kenyataan terbuka, risiko pada pekerja jadi tinggi.... kononnya cadangan yang baik...  poorahhhhh....

Dia tau ke perangai yang disebut "management"?(bukan semua).. adoiiiii... letih ler.... tunjuk baik... tapi penyakit yang datang....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

28 Disember 2015

MARKETING

Dalam ertikata lain saya suka Qu Putih Qu Putih, DS Vida yang membuat iklan dalam "Gegar Vaganza", "marketing" beliau sungguh menjadi sehingga DS Vida sangat popular malah menjadi sebutan pada anak-anak, saya beranggapan "marketing" sebegini sangat menjadi, berjuta RM di belanjakan oleh DS Vida.

Yang menariknya "Pak Tim Menteri" pun buat "marketing" dengan membuat kenyataan pekerja buat dua (2) kerja dan hari ini beliau mengatakan beliau sendiri membuat tiga (3) kerja, "marketing" ini sangat  berjaya tanpa mengeluarkan wang jutaan ringgit seperti DS Vida kerana ramai yang membuat komen atau mengviralkan kenyataan dengan "sumpah seranah".

Tahniah...  Tim Menteri ini telah berjaya menjimatkan wang jutaan RM.

#UsikPekerjaKitaBangkitMenentang

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

'Tarik segera cadangan #2kerja' - MTUC

SETIAUSAHA AGUNG MTUC BERSUARA

INI MACAM KITA MAU...

RUM
------------------------

MTUC menggesa Kerajaan untuk menggugurkan saranan supaya mengalakkan golongan berpendapatan rendah memiliki dua kerja dalam satu masa.

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Kerajaan untuk menggugurkan saranan supaya mengalakkan golongan berpendapatan rendah memiliki dua kerja dalam satu masa.

Setiausaha Agungnya, N Gopal Krishnam berkata, cadangan asal oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan itu dilihat berpotensi menjejaskan keluarga dan kesihatan pekerja.

"Kajian mendapati memiliki dua pekerjaan boleh membawa impak negatif ke atas kesihatan, produktiviti dan masa bersama keluarga seseorang pekerja.

"MTUC menggesa Kerajaan supaya memikirkan pendekatan dan merumuskan strategi berkesan bagi memastikan pekerja sama ada sektor swasta atau awam untuk meraih pendapatan mencukupi untuk keluarga serta diri mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Maslan membuat saranan itu sebagai salah satu langkah untuk menangani peningkatan kos sara hidup.

Ahmad Maslan turut menjelaskan memiliki dua pekerjaan bukan perkara yang asing dan dilakukan di serata dunia.

Dalam pada itu kata N Gopal, pihaknya akan membawa isu berkenaan ke perhatian Kementerian Sumber Manusia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari kaedah menaikkan gaji pekerja.

"Kita berharap kerajaan menarik balik saranan itu dan tidak mengalakkan rakyat memiliki dua pekerjaan.

"Kita juga berharap pertubuhan majikan untuk tidak menyokong saranan berkenaan," ujarnya. [Awani]

KOMEN YB DATO AHMAD MASLAN BUAT 3 KERJA

Satu kenyataan "dangkal" oleh seorang  YB Tim Menteri!

Lebih baik diam dari berkata, nampak sangat kurang bijaknya.

Saya selaku pemimpin kesatuan sekerja sedia berhujah dengan YB Tim Menteri mengenai soal kerja, kos sara hidup, peruntukan Akta Kerja, kehidupan seorang pekerja dan perniagaan online yang diperkatakan oleh YB Tim Menteri.

RUM nak bagitahu jumlah pekerja lebih kurang 12 juta pekerja! Cuba faham maksud lebih 12 juta orang pekerja! Bisa diolah maksud 12 juta pekerja dengan kenyataan YB Tim Menteri, cukup kenyataan tersirat ini.

Tolong buat sesuatu yang lebih berfaedah untuk pekerja, baru kalangan pekerja akan lebih hormati YB Tim Menteri.

Kenyataan Rasmi Presiden RUM

Baca

ISU DUA (2) KERJA (AHMAD MASLAN) PENGALAMAN SAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Coretan pagi ini...

Bermula akhir tahun 1987, saya pernah melakukan dua (2) kerja, kerja yang saya lakukan, ketika itu saya telah berkhidmat dengan KTMB sebagai Tukang K2 dengan gaji bulanan sebanyak RM 425.00 sebulan, saya dah mendapat cahaya mata yang pertama.

Kedudukan kewangan tidak stabil, maklum bila nak berkahwin, duit tak cukup... pinjam koperasi, sebelum berkahwin saya mempunyai sebuah motosikal, tapi bila dah berkahwin, wang tak de... motosikal pun kena jual, saya pergi kerja naik basikal... isteri tidak bekerja, memang cukup susah ketika itu... nak makan pun kadang-kadang tak de duit... maka pilihan yang ada selain bekerja KTMB, saya terpaksa mencari kerja lain iaitu bekerja dengan sebuah Syarikat Keselamatan sebagai "Pengawal Keselamatan" dengan tambahan gaji RM 300.00... bekerja dari jam 6.00 petang - 6.00 pagi. Bekerja dengan KTMB dari jam 7.30 pagi -4.30 petang.

Paling best yang saya tak pernah lupa ialah ketika saya kerja Pengawal Keselamatan, di Kilang Isi Gas dekat Segambut (berdepan dengan Tan Chong Motor), pergi kerja naik basikal, setiap malam saya kena kejar dengan anjing, tapi nak cari rezeki ketika itu... saya gagah jua...

Cuba tenguk masa yang ada, masa saya dengan keluarga bersama dengan isteri dan anak hanya ada seminggu sekali iaitu hari Ahad sahaja, anak kurang dapat kasih sayang seorang ayah... sebab masa ayah hanya balik rumah mandi sahaja lepas tu kembali bekerja.

Bukanlah satu perkara baru yang dikatakan oleh YB Dato Ahmad Maslan, ianya telah dilakukan oleh saya sendiri malah ramai lagi melakukan perkara yang sama.

Berdasarkan pengalaman saya, saya beranggapan... kualiti bekerluarga 90% terjejas, kualiti kerja melalui produktiviti terjejas 30%, kesihatan terjejas sekurang-kurang 30%, masa peribadi terjejas 100% tiada riadah, tiada bersama ibu bapa yang masih hidup ketika itu.

Maka saya kini selaku Presiden RUM sudah pasti melalui pengalaman kehidupan saya selaku pekerja berpendapatan rendah saya mengalami masalah kehidupan yang teruk, melakukan dua (2) kerja yang tidak sesuai untuk sebuah kehidupan seorang manusia yang perlukan rehat yang cukup, masa bekeluarga yang cukup, malah peruntukan Akta Kerja juga menyatakan kerja tidak lebih dari 12 jam sehari.

Selaku Tim Menteri sepatutnya kenyataan sebegini tak perlu dikeluarkan, walaupun mungkin berniat baik untuk memberi pandangan, sebaliknya tugas dan tanggungjawab sebagai YB Tim Menteri apatah lagi YB Menteri perlu mencari jalan bagaimana kemelut kos sara hidup boleh diatasi, bukannya mengeluarkan "kenyataan mudah", perlu diingat kini ramai dah mula sedar, malah selalu saya tekankan kepada pegawai-pegawai kesatuan saya iaitu:-

"WE ARE NOT STUPID", WHE ARE NEVER BE STUPID"

PRESIDEN RUM

25 Disember 2015

KAMBING HITAM

RUM sanggup jadi "KAMBING HITAM" demi mempertahankan KTMB, RUM tak kan peduli apa orang kata, orang kata tak semestinya betul, kerana apa "persepsi", sebab apa? adakah mereka boleh membaca "nawaitu"? Jawapannya "TIDAK"!

RUM hanya berpendirian untuk kepentingan ahli-ahlinya... RUM faham kesusahan ahli-ahlinya... sebab RUM sebuah organisasi yang mewakili kumpulan yang dinamakan "KULI".

RUM hanya memikirkan nasib seorang "KULI"!

Andai "CUEPACS" sebuah organisasi mewakili "penjawat awam" boleh mengatakan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", tapi pekerja KTMB... "kais pagi makan malam".

Kasihani kami... kami juga rakyat Malaysia, kami juga mahu sebuah kehidupan yang baik, kami juga memberi perkhidmatan untuk rakyat, kerana kami di bawah perkhidmatan sosial, tanggungjawab kami sebagai pekerja sektor swasta melebihi dari tanggungjawab sektor awam, memberi perkhidmatan sosial tapi berkhidmat sebagai pekerja swasta.

Janganlah kami dianaktirikan, kami hanya mahu kehidupan yang lebih baik bukannya sebuah kehidupan yang kaya raya.

Kami rela dimaki, dicerca malah dihina demi sesuap nasi kami, kami golongan pekerja yang berpendapatan rendah.

Kami adalah RUM...

"Railwaymens Union of Malaya"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

24 Disember 2015

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

RUM ingin mengucapkan pada seseorang yang membantu RUM, yang sentiasa update dalam blog suararum.blogspot.com dan play store.

Tanpa upah, tanpa gaji, dengan sukarela sentiasa update setiap kenyataan dalam facebook ke blog suara rum dan aplikasi dalam play store.

Semoga Allah Swt merahmati beliau, jasa dan sumbangan beliau tidak boleh dinilai dengan wang ringgit, seorang ahli RUM yang setia, tiada jawatan tapi luar biasa, cukup bijak malah sangat berpengetahuan.

"RUM TABIK SPRING PADA BELIAU"

RUM sangat menghargai segala sumbangan dan pertolongan beliau.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

HUBUNGAN BAIK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat Menyambut Maulidul  Rasul
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan Kita MUHAMMAD S.A.W

HUBUNGAN BAIK

Alhamdulillah syukur hubungan yang baik terus terjalin dengan kedua-dua peneraju utama KTMB iaitu YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB, hubungan antara pengurusan KTMB dan RUM atas jalinan keharmonian perusahaan demi masa depan KTMB dan Pekerja.

RUM memohon janganlah mengadu domba atau melagakan hubungan ini, beri keyakinan dan kepercayaan kepada kedua-dua peneraju KTMB dalam usaha memulihkan KTMB.

Usaha memulihkan KTMB bukan sesuatu usaha yang mudah, tidak seperti menyebut dengan satu perkataan tetapi dengan kesungguhan dan komitmen yang sangat tinggi.

RUM sedar bahawa ramai yang marahkan RUM kerana "backup" Tuan Haji Sarbini Bin  Tijan, ada juga yang tidak senang melihat hubungan ini terjalin, malah sedang memerhati sejauh mana hubungan ini terjalin.

RUM selalu berperinsip bahawa selagi perkara yang baik dilakukan maka RUM  akan mempertahankan Presiden KTMB biarpun RUM terpaksa menerima segala tohmahan atau sebagai "kambing hitam", cuma kalau bertentangan jangan "salahkan RUM".

Setakat ini Presiden KTMB telah melakukan tugas dengan baik malah RUM memahami usaha beliau, dalam keadaan kekangan kewangan beliau terus berusaha untuk memulihkan KTMB, marilah kita bersama-sama berdoa serta berganding bahu agar segala rintangan dan kekangan yang ada dapat diatasi dengan izin Allah Swt. In Syaa Allah

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Alhamdulillah

Saya telah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan Bantuan Khas sebanyak RM 500.00 wang KTMB seperti mana yang dinikmati oleh penjawat awam yang diumumkan oleh YAB Dato Seri Perdana Menteri dalam Bajet 2016.

Terima kasih kepada

YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Merangkap Menteri Kewangan
Malaysia

Y.B Dato' Seri Haji Ahmad Husni Bin Mohamad Hanadzlah
Menteri Kewangan II

YBhg Dato Seri Mohd Isa
Kementerian Kewangan

YB Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB

YBrs Tuan Haji Sarbini Tijan
Presiden KTMB

Semua Lembaga Pengarah KTMB

Kami Warga RUM amat menghargai atas kelulusan ini.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

BUKAN AHLI RUM

Normal bagi bukan ahli, sebab apa... terlalu pandai, RUM ni jahat dan semua buat tak betul, orang macam ini suka memakan buah dari kebun orang, yang ada... suruh RUM bergasak dengan Tuan Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB, kemudian bila perang berlaku... dia lah orang pertama akan mengatakan:-

"RUM ni dengan semua orang nak bergaduh,  bila pemimpin RUM dibuang kerja... dia ketawa dulu, bila gaji lambat dia orang pertama menghasut, bila gaji naik, dia cakap bukan kerja RUM... ini kerajaan yang beri, kalau peratusan rendah, dia dulu cakap apa RUM buat".

Suka melaga-lagakan dan membuat provokasi, "berniat jahat".

Cuba baca dan faham "BUDIBICARA MUTLAK", ahhh... panjang sangat, baca malas, terang banyak mana pun tak kan faham... letih...

Semoga "bukan ahli RUM diberi hidayah dan dirahmati Allah Swt".

Di bawah ini contoh "bukan ahli RUM"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

23 Disember 2015

ANAK RAMAI

Dalam Perjanjian Bersama kedudukan gred jawatan adalah sebanyak 36 gred jawatan, dalam Perlembagaan Kesatuan ada 16 bahagian yang merangkumi kurang lebih 3500 ahli RUM.

16 gred jawatan telah mewujudkan 16 orang Majlis Exco atau 16 Exco mewakili 16 gred jawatan seperti termaktub dalam Perlembagaan Kesatuan.

16 kumpulan pasti ada macam-macam ragam, bukan sesuatu yang mudah untuk menyatukan 16 kumpulan menjadikan 1 kumpulan, walaupun 16 individu dari 16 gred yang dipanggil "Majlis Eksekutif" pada dasarnya 1 pasukan atau "we are one team", kerana Majlis Exco  memahami peruntukan undang-undang dan faham mengenai Kesatuan Sekerja.

Ragam anak-anak, marah ada, geram ada, kesian ada, pening ada... nak demam pun ada... pendek kata... macam-macam ada... tapi sebagai ayah tetap memahami perasaan anak, sedaya upaya berusaha memenuhi keinginan setiap anak, cuma kadang-kadang anak-anak beranggapan rasa tersisih, terasa pilih kasih, tak puas hati... lalu marahkan ayah, kata bukan-bukan kat ayah... ayah terus bersabar... diam.. tapi tetap melaksanakan tanggungjawab, sebab naluri seorang ayah tidak mengabaikan anak-anak.

Begitulah seorang ayah pada keluarga yang besar, tanggungjawab yang besar, berusaha tanpa penat mahupun mengeluh untuk membina nasib anak-anak yang pasti bermacam ragam.

Hakikat seorang ayah....

Presiden RUM

KOMEN PEKERJA

RUM paparkan komen pekerja dalam Suara RUM di bawah topik CUEPACS VS MTUC.



RUM banyak dapat mesej melalui inbox whatsapp personal n group mengenai gaji. RUM tak larat nak komen, cuma tanggungjawab RUM adalah berdasarkan Hak Akta iaitu boleh mencampuri selepas 7hb pada setiap hb, namun penjelasan sebelum ini telah pun diberikan RUM sendiri membantu KTMB dalam usaha mendapatkan suntikan kewangan. Dari aspek lain RUM juga telah merayu pada Presiden KTMB menyegerakan gaji, malah ada komen-komen RUM screen shot dan forward kepada Presiden KTMB, Pengerusi KTMB dan MOF.

Baru sebentar tadi Presiden KTMB mesej saya bahawa beliau berusaha agar gaji dapat di bayar pada 28.12.2015.

RUM amat memahami sebab tak lama lagi sekolah akan di buka keperluan gaji bulanan amat di perlukan, namun gaji bukan RUM yang bayar, gaji di bayar oleh KTMB, part RUM merayu telah dilakukan, membantu telah juga dilakukan.

Semoga masalah yang berlaku pada KTMB mengenai kedudukan kewangan dapat dibantu oleh Kerajaan dengan kadar segera, maklum pembayaran gaji dan lain lain perkara melibatkan pembayaran untuk pekerja ialah lebih kurang RM 20 juta sebulan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja -Pekerja KTMB

CUEPACS VS MTUC

CUEPACS

Cuepacs adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Sektor Awam

MTUC

MTUC adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja mewakili 3 sektor iaitu:-

1. Swasta
2. Sektor Awam
3. Badan Berkanun

Maka secara umumnya MTUC adalah Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Malaysia yang mewakili seluruh pekerja di Negara ini.

Tapi nampaknya...

Cuepacs lebih terserlah berani melahirkan kenyataan kos sara hidup manakala MTUC sehingga hari ini, seingat saya (mungkin terlepas pandang, kalau ada mungkin rakan-rakan MTUC boleh memperbetulkan) tiada sebarang kenyataan.

Bila soal kehidupan seorang pekerja, maka kos sara hidup memainkan peranan utama untuk meneruskan sebuah kehidupan, kalau ini tidak diutarakan oleh sebuah organisasi besar seperti MTUC yang mewakili kesatuan sekerja malah pekerja di negara ini, maka MTUC tidak lagi berperanan sebagai organisasi yang memperjuangkan nasib pekerja, ibarat MTUC kini tinggal nama.

Gaji minima RM 1200.00 untuk penjawat awam yang diumumkan oleh Kerajaan melalui bajet 2016, masih diakui oleh Cuepacs bahawa penjawat awam ibarat kais pagi makan pagi. Manakala bagi pekerja negara khususnya sektor swasta yang diumumkan melalui Bajet 2016 ialah RM 1000.00 tidak kedengaran suara MTUC.

Sejujurnya mulut saya celupar, kalau saya hadir dalam Mesyuarat Majlis Am saya akan bangkit berhujah dengan lantang, tu sebab saya malas nak hadir, sebab saya dah bosan dengan kerenah dalam MTUC.

Penggal sebelum ini saya asyik menghentam dalam Suara RUM malah dalam akhbar, sampai orang naik menyampah dengan saya, so kini saya membisu, mendiamkan diri malah mungkin selepas ini saya tidak lagi berada dalam arena MTUC, kerana saya sendiri mahu generasi baru mengolah sendiri perjuangan untuk masa depan mereka.

Yang lama-lama tu udahlah... bagilah generasi baru untuk mengambilalih tampuk kepimpinan termasuk dalam Majlis Am, bagi yang benar-benar nak berjuang demi kepentingan kaum pekerja bukan untuk kepentingan peribadi atau sekadar nak glamour, secara peribadi saya dah muak  dengan kerenah yang berlaku dalam MTUC.

Simpati dengan nasib pekerja, tiada suara yang benar-benar mampu bersuara untuk kepentingan kaum pekerja di negara ini.

Mudah-mudahan MTUC bangkit dari mimpi menjadi sebuah organisasi yang disegani untuk kaum pekerja di negara ini, kasihani pekerja, siapa lagi yang mampu membela nasib pekerja kalau tidak MTUC.

Presiden RUM
Ahli Majlis Am MTUC

22 Disember 2015

SEDIH.....

Kalaulah Penjawat Awam melalui kenyataan Presiden Cuepasc tertekan dengan kos sara hidup sehingga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kira dah sangat teruk tu...

RUM yang selalu mengatakan Pekerja KTMB dengan ibarat yang sama dan membandingkan "take home pay" penjawat awam lebih tinggi berbanding dengan pekerja KTMB nak ibaratkan apa pula?

Maknanya pekerja KTMB lagi teruk tau... nak umpamakan apa pula...

RUM dah jenuh... menulis, bercakap dan entah apa-apa lagi.... malah minta kembalikan KTMB sebagai Sektor Awam.

Sedih........

Hasil pengswastaan yang sungguh mengecewakan.

Kesian Pekerja KTMB.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Rujuk

BUDIBICARA MUTLAK (BERKONGSI INFO)

Antara sebutan yang disebut dalam artikel Perjanjian Bersama ialah "BUDIBICARA MUTLAK" yang mana diberi sedikit kelonggaran,  di bawah Seksyen 13 Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177) dengan lain perkataan samada tersurat atau tersirat sebenarnya ialah "HAK MAJIKAN".

Suka dihuraikan seperti di bawah ini:-

"BUDIBICARA"

"Budibicara" lebih kepada maksud "ehsan, simpati, kesian atas dasar kemanusiaan @ insan".

Bila disebut soal kemanusiaan atau insan maka kita akan memikirkan keperluan seorang manusia@insan, maka naluri seorang manusia sewajarnya ada ehsan, simpati atau kesian, keperluan ini berdasarkan beberapa perkara khususnya melibatkan "pekerja", seperti kos sara hidup, kesusahan, kesengsaraan malah produktiviti seorang pekerja yang mungkin terjejas dari sudut pekerjaan berdasarkan kesusahan dan kesengsaraan.

MUTLAK

"Mutlak" lebih kepada maksud atas dasar "KEPENTINGAN PERKHIDMATAN @ SYARIKAT" tanpa memperdulikan kepentingan dan keperluan seorang "manusia@insan" tetapi semata-mata untuk kepentingan syarikat atau lain perkataan "no compromise".

RINGKASAN KANDUNGAN  SEKSYEN 13 (3) AKTA 177

a) Kenaikan Pangkat

b) Pertukaran Kerja

c) Pengambilan Kerja dan Melantik Pekerja

e) Penamatan perkhidmatan

d) Memecat atau Mengembalikan Tugas

f) Penyerahakkan atau peruntukan tugas-tugas atau tugas khas

BUDIBICARA MUTLAK

"Budibicara Mutlak" sebenarnya lebih kepada kepentingan keseluruhan organisasi, yang pada dasarnya mementingkan atau mewujudkan sesuatu perancangan berdasarkan "kepentingan perkhidmatan bersekalian dengan kemanusiaan".

Dalam ertkata lain rangkuman ayat "BUDIBICARA & MUTLAK" memberi pengertian yang cukup luas kepada kepentingan "syarikat" samada  melibatkan organisasi mahupun pekerja, "keehsanan" dari sudut "kemanusiaan" bersekali "produktiviti", kedua-dua aspek ini penting untuk memastikan "kepentingan perkhidmatan" berjalan dengan sukses demi "kepentingan syarikat" rangkuman kedua-dua perkataan ini secara tersiratnya demi sesebuah organisasi yang mempunyai manusia sebagai pekerja.

Berdasarkan huraian di atas

1. "MUTLAK"   selalu digunakan oleh  golongan "kapitalis" ianya tidak mempunyai sifat  "kemanusian atau insan atau ego atau apa jua sebutan yang sesuai", dari sudut ini undang-undang yang ada "tidak menyebelahi pekerja tetapi majikan", kesempatan ini digunakan oleh golongan "kapitalis" yang beranggapan seorang pekerja yang di bayar gaji adalah seorang "hamba", atau ertikata lain "hamba zaman moden" atau lebih mementingkan keuntungan semata-mata.

2. Mana-mana Syarikat yang mengamalkan "pekerja adalah aset", sifat "budibicara" untuk seorang "insan" khususnya "pekerja" akan jadi satu amalan yang sihat bukan sahaja untuk seorang yang digelar "pekerja" tetapi untuk kepentingan dan kemajuan sesebuah syarikat. Satu pendekatan secara berkongsi untuk bersama-sama memajukan Syarikat, faedah keberuntungan dikongsi secara bersama iaitu untuk Syarikat dan Pekerja.

KONKLUSI

Undang-undang yang wujud boleh dianggap "berat sebelah" kerana meletakkan jurang antara Majikan dan Pekerja, malah undang-undang sedia ada menjerumuskan pilih kasih atau memberi ruang yang besar kepada pekerja yang berkepentingan diri, meletakkan Majikan "I'm THE BOSS" dan sistem "kapitalis" berleluasa.

Maka itu peranan penting ialah "MENYEDARKAN MAJIKAN" walaupun undang-undang tidak menyebelahi pekerja, peranan ini perlu dimainkan oleh  mereka yang terlibat secara khusus dengan "SUMBER MANUSIA" agar "SISTEM KAPITALIS" yang wujud perlu dihentikan demi kemajuan sesebuah Syarikat dan amnya Negara. Perkongsian antara Majikan/ Pekerja perlu jadi agenda utama dalan memajukan Syarikat dengan prinsip bahawa "PEKERJA ADALAH ASET", mampu menjadikan  Syarikat Maju, Negara Perkasa.

PERANAN KESATUAN SEKERJA

Kesatuan Sekerja memainkan peranan yang besar untuk berunding, menasihat atau menegur  ianya selaras dengan Seksyen 13 (3) yang tidak menghalang Kesatuan Sekerja untuk menimbulkan persoalan-persoalan bersifat umum berkaitan prosedur-prosedur kenaikan pangkat atau lain-lain perkara.

Sifat umum ini jelas mengambarkan bahawa ianya satu kelemahan kepada kesatuan sekerja namun lebih baik daripada mereka yang "BUKAN AHLI KESATUAN" yang semestinya "AKUR" dengan segala arahan majikan.

Namun demikian persoalan yang ada bolehkah pihak kesatuan menghalang? dari sudut undang-undang, boleh tapi pasti dicabar oleh Majikan, perlu disedari bahawa undang-undang boleh dianggap "berat sebelah" maka ianya sangat berisiko, risiko inilah memangkinkan kesatuan berhati-hati dalam membuat keputusan, keutamaan Kesatuan Sekerja ialah perundingan secara harmoni demi kepentingan Pekerja maupun Syarikat bagi memastikan Keharmonian Perusahaan terjalin.

Bagaimana membolehkan sesuatu perkara itu, boleh menghalang dan mengekang sifat "kapitalis"?

Inilah yang selalu diperkatakan melalui tulisan-tulisan yang tercatat dalam Suara RUM sebelum ini iaitu :-

1. TEMPOH
2. BERSATU PADU
3. KEKUATAN

Sekiranya ketiga perkara (1)  (2) dan (3)  tiada, maka hak untuk menghalang sesuatu perkara atau menuntut sesuatu perkara di bawah pertikaian hanya akan berakhir di Mahkamah, pada Kesatuan Sekerja pilihan terakhir setelah tiada pilihan lain maka baru boleh membawa sebarang pertikaian ke Mahkamah.

Ini berdasarkan undang-undang yang ada boleh dianggap tidak memihak kepada golongan pekerja, undang-undang lebih memihak kepada golongan "KAPITALIS", maka itu Kesatuan Sekerja dan ahli-ahlinya tiada pilihan lain selain memenuhi dua (2) dan (3)  di atas sebagai pilihan sebelum berakhir ke Mahkamah "sekiranya tidak!" perkataan yang lebih tepat ialah "YES BOSS".

Sekian.

Catatan.

Sedikit perkongsian untuk ahli-ahli RUM, mudah2an faham bagaimana RUM menjalankan aktivitinya, tomahan n cacian yang diutarakan seperti  "upgrade" atau lain-lain perkara, RUM juga yang dipersalahkan. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

BUDIBICARA MUTLAK (AKHIR)

PERANAN KESATUAN SEKERJA

Kesatuan Sekerja memainkan peranan yang besar untuk  berunding atau menasihat atau menegur  ianya selaras dengan Seksyen 13 (3) (Akta 177) yang tidak menghalang Kesatuan Sekerja untuk menimbulkan persoalan-persoalan bersifat umum berkaitan prosedur-prosedur kenaikan pangkat atau lain-lain perkara.

Sifat "UMUM" ini seolah-olah  satu kelemahan kepada kesatuan sekerja namun "LEBIH BAIK" daripada mereka yang "BUKAN AHLI KESATUAN" atau "TIADA KESATUAN SEKERJA"  yang semestinya "AKUR" dengan segala arahan majikan atau tertakluk dengan Akta Kerja (Akta 265) sahaja.

"LEBIH BAIK" maksudnya "KESATUAN SEKERJA" mempunyai "SUARA" yang "TIADA HAD" malah mempunyai "IMUNITI" berdasarkan peruntukan Akta Kesatuan Sekerja (Akta 262).

Namun demikian persoalan yang ada bolehkah pihak kesatuan menghalang? dari sudut undang-undang, boleh tapi pasti dicabar oleh Majikan, perlu disedari bahawa undang-undang boleh dianggap "berat sebelah" maka ianya sangat berisiko, risiko inilah memangkinkan kesatuan berhati-hati dalam membuat "keputusan", keutamaan Kesatuan Sekerja ialah perundingan secara harmoni demi kepentingan Pekerja maupun Syarikat bagi memastikan Keharmonian Perusahaan terjalin.

Bagaimana membolehkan sesuatu perkara itu, boleh menghalang dan mengekang sifat "kapitalis"?

Inilah yang selalu diperkatakan melalui tulisan-tulisan yang tercatat dalam Suara RUM sebelum ini iaitu :-

1. TEMPOH
2. BERSATU PADU
3. KEKUATAN

Sekiranya ketiga perkara (1)  (2) dan (3)  tiada, maka hak untuk menghalang sesuatu perkara atau menuntut sesuatu perkara di bawah pertikaian hanya akan berakhir di Mahkamah, pada Kesatuan Sekerja pilihan terakhir setelah tiada pilihan lain maka baru boleh membawa sebarang pertikaian ke Mahkamah.

Ini berdasarkan undang-undang yang ada boleh dianggap tidak memihak kepada golongan pekerja, undang-undang lebih memihak kepada golongan "KAPITALIS", maka itu Kesatuan Sekerja dan ahli-ahlinya tiada pilihan lain selain memenuhi dua (2) dan (3)  di atas sebagai pilihan sebelum berakhir ke Mahkamah "sekiranya tidak!" perkataan yang lebih tepat ialah "YES BOSS".

Sekian.

Catatan.

Sedikit perkongsian untuk ahli-ahli RUM, mudah2an faham bagaimana RUM menjalankan aktivitinya, tomahan n cacian yang diutarakan seperti  "upgrade" atau lain-lain perkara, RUM juga yang dipersalahkan. 

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

21 Disember 2015

BUDIBICARA MUTLAK (5)

KONKLUSI

Undang-undang yang wujud boleh dianggap "berat sebelah" kerana meletakkan jurang antara Majikan dan Pekerja, malah undang-undang sedia ada menjerumuskan pilih kasih atau memberi ruang yang besar kepada pekerja yang berkepentingan diri, meletakkan Majikan "I'm THE BOSS" dan sistem "kapitalis" berleluasa.

Maka itu peranan penting ialah "MENYEDARKAN MAJIKAN" walaupun undang-undang tidak menyebelahi pekerja, peranan ini perlu dimainkan oleh  mereka yang terlibat secara khusus dengan "SUMBER MANUSIA" agar "SISTEM KAPITALIS" yang wujud perlu dihentikan demi kemajuan sesebuah Syarikat dan amnya Negara. Perkongsian antara Majikan/ Pekerja perlu jadi agenda utama dalan memajukan Syarikat dengan prinsip bahawa "PEKERJA ADALAH ASET", mampu menjadikan  Syarikat Maju, Negara Perkasa.

Ikuti sambungan terakhir...
"Peranan Kesatuan Sekerja"

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

BUDIBICARA MUTLAK (4)

Berdasarkan huraian di atas

1. "MUTLAK"   selalu digunakan oleh  golongan "kapitalis" ianya tidak mempunyai sifat  "kemanusian atau insan atau ego atau apa jua sebutan yang sesuai", dari sudut ini undang-undang yang ada "tidak menyebelahi pekerja tetapi majikan", kesempatan ini digunakan oleh golongan "kapitalis" yang beranggapan seorang pekerja yang di bayar gaji adalah seorang "hamba", atau ertikata lain "hamba zaman moden" atau lebih mementingkan keuntungan semata-mata.

2. Mana-mana Syarikat yang mengamalkan "pekerja adalah aset", sifat "budibicara" untuk seorang "insan" khususnya "pekerja" akan jadi satu amalan yang sihat bukan sahaja untuk seorang yang digelar "pekerja" tetapi untuk kepentingan dan kemajuan sesebuah syarikat. Satu pendekatan secara berkongsi untuk bersama-sama memajukan Syarikat, faedah keberuntungan dikongsi secara bersama iaitu untuk Syarikat dan Pekerja.

Bersambung...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

BUDIBICARA MUTLAK (3)

BUDIBICARA MUTLAK

"Budibicara Mutlak" sebenarnya lebih kepada kepentingan keseluruhan organisasi, yang pada dasarnya mementingkan atau mewujudkan sesuatu perancangan berdasarkan "kepentingan perkhidmatan bersekalian dengan kemanusiaan".

Dalam ertkata lain rangkuman ayat "BUDIBICARA & MUTLAK" memberi pengertian yang cukup luas kepada kepentingan "syarikat" samada  melibatkan organisasi mahupun pekerja, "keehsanan" dari sudut "kemanusiaan" bersekali "produktiviti", kedua-dua aspek ini penting untuk memastikan "kepentingan perkhidmatan" berjalan dengan sukses demi "kepentingan syarikat" rangkuman kedua-dua perkataan ini secara tersiratnya demi sesebuah organisasi yang mempunyai manusia sebagai pekerja.

Bersambung...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

BUDIBICARA MUTLAK (2)

MUTLAK

"Mutlak" lebih kepada maksud atas dasar "KEPENTINGAN PERKHIDMATAN @ SYARIKAT" tanpa memperdulikan kepentingan dan keperluan seorang "manusia@insan" tetapi semata-mata untuk kepentingan syarikat atau lain perkataan "no compromise".

RINGKASAN KANDUNGAN  SEKSYEN 13 (3) AKTA 177

a) Kenaikan Pangkat

b) Pertukaran Kerja

c) Pengambilan Kerja dan Melantik Pekerja

e) Penamatan perkhidmatan

d) Memecat atau Mengembalikan Tugas

f) Penyerahakkan atau peruntukan tugas-tugas atau tugas khas

Catatan

Penjelasan ini hanya ringkasan sahaja, tafsiran secara tepat perlukan pembelajaran secara mendalam.

Bersambung....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

BUDIBICARA MUTLAK (1)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

BUDIBICARA MUTLAK (1)

Antara sebutan yang disebut dalam artikel Perjanjian Bersama ialah "BUDIBICARA MUTLAK" yang mana diberi sedikit kelonggaran,  di bawah Seksyen 13 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) dengan lain perkataan samada tersurat atau tersirat sebenarnya ialah "HAK MAJIKAN".

Suka dihuraikan seperti di bawah ini:-

"BUDIBICARA"

"Budibicara" lebih kepada maksud "ehsan, simpati, kesian atas dasar kemanusiaan @ insan".

Bila disebut soal kemanusiaan atau insan maka kita akan memikirkan keperluan seorang manusia@insan, maka naluri seorang manusia sewajarnya ada ehsan, simpati atau kesian, keperluan ini berdasarkan beberapa perkara khususnya melibatkan "pekerja", seperti kos sara hidup, kesusahan, kesengsaraan malah produktiviti seorang pekerja yang mungkin terjejas dari sudut pekerjaan berdasarkan kesusahan dan kesengsaraan.

Bersambung....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Catatan

Saya menulis secara bersiri bagi memudahkan pembacaan ahli-ahli RUM, pada ahli-ahli RUM ambil kesempatan membaca dan memahami, sebab ini peluang secara terus saya berinteraksi dengan ahli-ahli selain dari berjumpa melalui pertemuan dengan ahli-ahli, pemahaman ini penting untuk berkongsi dengan ahli-ahli RUM

20 Disember 2015

MASALAH

Dalam kerja kesatuan hari-hari akan menghadapi masalah, setiap hari boleh dikatakan ada sahaja rungutan dikalangan ahli-ahli, ada kala pemimpin kesatuan akan dicerca, dimaki dan dihina, kesabaran yang tinggi perlu dimiliki oleh setiap pemimpin kesatuan.

Menjadi kebiasaan bila terkena batang hidung baru melompat, bila sediakan payung sebelum hujan tak berminat ada yang lari tengah malam.

Dalam ertikata lain, sesuatu masalah bukanlah semudah menjentik jari maka semua yang disebut masalah  boleh diselesaikan sekelip mata. Cakap atau adu sahaja masalah selesai.

Pihak kesatuan pula melihat dari semua sudut seperti kenyataan sebelum ini di  bawah topik "KEPUTUSAN", maka perlu melihat semua sudut termasuk sudut undang-undang, kesilapan percaturan kesatuan dengan mengikut kehendak atau selera pengadu tanpa mengambil kira semua aspek maka yang menjadi masalah adalah individu yang terlibat dengan masalah.

Justeru itu "KESABARAN TINGGI" amat diperlukan, luahan maki hamun, mencaci dan menghina bukan satu penyelesaian, sebaliknya penyelesaian perlu secara berhemah dan beradab. Ibarat kata kalau nak minta tolong tentu bahasanya bersopan, manis didengar bila nak tolong tu pun rasa seronok.

Perlu disedari bahawa pemimpin kesatuan bukan "makan gaji" tapi mereka berkhidmat secara "sukarela", maka mereka juga mempunyai hati dan perasaan apatah lagi mereka beranggapan ini adalah perjuangan, dalil perjuangan mereka sanggup dibuang kerja, malah ketika dibuang kerja tiada yang bertanya khabar.

Maka itu setiap individu tidak kira pemimpin kesatuan atau ahli-ahli RUM perlu bersabar, kerana kesabaran boleh menghasilkan keputusan yang baik, "demi masa @ tempoh" maka kesabaran pun hilang, maka arahan selanjutnya ialah patuh arahan pemimpin kesatuan, ketika itu baru luahkan kemarahan secara bersama.

Kepercayaan kepada pemimpin sangat penting, kerana perlu disedari Pemimpin kesatuan tidak akan lari dari tanggungjawab, sebaik mungkin akan berusaha menyelesaikan apa jua masalah yang wujud, kerana pemimpin kesatuan biasa bermain dengan api.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

18 Disember 2015

KEPUTUSAN

Bukan sesuatu yang mudah dalam membuat keputusan, keputusan perlu mengambilkira semua sudut, dari sudut undang-undang, persekitaran luaran, persekitaran dalaman, buruk dan baik sesuatu keputusan malah keputusan juga perlu melihat dari sudut jangka pendek maupun jangka panjang.

Ada keputusan tidak popular, ada juga keputusan popular, ada juga keputusan yang boleh mewujudkan kepelbagaian persepsi, malah cukup mudah keputusan itu dijadikan unsur memfitnah, begitulah kesukaran untuk membuat sesuatu keputusan.

Tapi setelah mengambilkira semua aspek, keputusan pasti dibuat walaupun ianya sukar, walaupun berat tapi disebalik keputusan itu terserlah kebaikan jangka pendek maupun panjang.

Sesekali jangan membuat keputusan mudah atau menganggap ringan kerana ianya akan memberi kesan yang negatif.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

17 Disember 2015

PERTUKARAN

Pihak kesatuan menyedari bahawa hak pertukaran adalah "BUDI BICARA MUTLAK HAK MAJIKAN".

Namun dalam ertikata lain peruntukan "DASAR PERTUKARAN" telah wujud sebagai garis panduan.

Pertukaran secara besar-besaran pernah dilakukan seperti Penutupan Bengkel Sentul, Perpindahan Perumahan Jalan Strachan Sentul, Perumahan Sentul Pasar, Perumahan Town Ship, Sentul, Penutupan Depoh Falim, Penutupan Depoh Johor Bharu, Penutupan Depoh Singapura dan sebagainya.

Berdasarkan penutupan atau perpindahan maka garis panduan yang sedia ada boleh digunapakai bagi memudahcara pertukaran.

Maka jalan terbaik bagi penyelesaian ialah mengikut tatacara perpindahan atau pertukaran pekerja bagi memastikan kebajikan pekerja terjamin.

Perlu disedari mengunakan pendekatan mudah boleh mewujudkan masalah kepada pekerja, keluarga  pekerja seterusnya melemahkan semangat pekerja dalam menjalankan tugas harian.

Justeru itu Pengurus Besar Modal Insan dan Pembangunan Organisasi perlu peka dan menyelami masalah pekerja dengan meletakkan diri sebagai pekerja bawahan atau dinasihatkan  buka fail lama tenguk balik apa yang telah dipraktiskan sebelum ini.

RUM memandang serius mengenai perkara ini, beberapa siri perundingan telah dijalankan oleh Pegawai Kesatuan dan Pihak Pengurusan, dukacita jalan penyelesaian masih belum tercapai, maka adalah diharapkan demi keharmonian perusahaan perkara ini dapat diselesaikan dengan mengambilkira kepentingan kebajikan pekerja malah aspek keselamatan perlu diberi keutamaan.

RUM terpaksa mengeluarkan kenyataan ini setelah mendapat tahu surat pertukaran dikeluarkan tanpa pengetahuan RUM, sedangkan beberapa siri rundingan sedang dijalankan.

RUM juga akan menghantar surat rasmi petang ini, dengan memohon menyegerakan perundingan serta menangguhkan semua pertukaran.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

RUM paparkan kenyataan ini dalam Suara RUM.

Soal sebab harga naik telah pun diperjelaskan dalam kenyataan sebelumnya.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
----------------

Kenyataan pengguna berkenaan:

"Nieta Shairi

"Wahai KTM Berhad,

Kalau rasa x mampu nak upgrade Touch&Go machine, jgn galakkan passenger pakai Touch&Go.
Kalau rasa malas nak upgrade system perjalanan, jgn naikkan harga tambang.

Option awak utk passenger, kalau pakai Touch&Go,  harga ticket lebih murah berbanding beli ticket di kaunter. Obviously akan pilih yg lebih murah kan? Tapi kenapa tak tambahkan machine Touch&Go? Bila nak beli ticket, 1 kaunter je bukak, kaunter lain tutup. Apa function kaunter yg ttp tu di waktu kemuncak?

Awak naikkan harga bukan calang2. Sampai 100%! Kalau service awak tip top mcm Rapid, sy tak kisah bayar mahal. Tapi service awak lembab mengalahkan kura2 berlumba dengan arnab dalam cerita kanak2.

Page official FB awak pun last update 2012. Dalam website awak xde satu pun option utk passenger complaint service awak.  Takut la tuuu sebab mmg tau banyak complaint kan kan kan???

Nak naikkan harga perkhidmatan, awak tingkatkan la dulu kecekapan perkhidmatan awak tu. Barulah passenger tak merungut bayar mahal. Barulah rasa berbaloi bayar mahal.

Sy tak marah tp kecewa dgn service awak. Asek delay je. Problem itu problem ini. Pang nak???

Sekian luahan hati penumpang dari tambang harga RM5.60 kepada harga RM7.20 sehari utk perjalananan 8 stesen yg memakan masa antara 30min-1jam.

#lokasiKTMKuang

AKU HAIRAN

Sesungguhnya aku tak faham, pada mereka yang tidak faham malah pura-pura  faham sebaliknya mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain apatah lagi organisasi.

Biarpun dah tidak lagi bersama tapi masih mengasut dan mengeluarkan kenyataan berbaur merosakan, bukan sahaja merosakan individu tapi kumpulan malah semua yang terlibat dengan pekerjaan.

Kadang-kadang kita anggap kita pandai, tapi sebenar kita tak pandai, lebih baik jadi tak pandai daripada menunjukan pandai, perlu diingat kesilapan  menunjuk pandai akan memasukkan pasir dalam periuk nasi individu yang terpengaruh dengan dakyah songsang.

Lebih baik diam dari berkata-kata kerana tanpa sedar atau tidak kita telah menganiaya insan yang tidak berdosa.

Sedihnya orang-orang sebegini kalau ikhlas berjuang pasti tidak akan kejar pangkat, sebab dia sanggup terbakar demi perjuangan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

16 Disember 2015

GAJI MINIMA

RUM banyak kali menekankan "GAJI MINIMA" untuk pekerja ialah RM 1,500.00.

Kenapa?

Jawapannya mudah...

"PENINGKATAN KOS SARA HIDUP"

Adakah tuntutan RUM semenjak Perjanjian Bersama yang ke 7 ini tidak wajar?

Jawapannya...

Wajar...

Dalilnya telah diakui oleh "SIDANG PERWAKILAN  UMNO" bahawa "KOS SARA HIDUP" menekan rakyat khususnya "KAUM PEKERJA"

Siapa Perwakilan UMNO?

Jawapannya adalah...

"KERAJAAN MEMERINTAH".

Justeru itu RUM menekankan "GAJI MINIMA" untuk "PEKERJA NEGARA INI" ialah RM 1,500.00.

Tuntutan RUM untuk "PERJANJIAN BERSAMA KE 8" adalah RM 1,500,00.

RUM berharap kalau tidak pun untuk pekerja negara ini (itu tugas MTUC) tapi pekerja KTMB melalui Perjanjian Bersama ke 8 dapat dipertimbangkan.

Kenapa RUM perjuangkan hanya untuk pekerja KTMB khususnya ahli-ahli RUM?

Kerana RUM  hanya mewakili ahli-ahlinya, kepentingan RUM adalah untuk ahli-ahli RUM yang berfaedah, sejarah melalui pengswastaan KTMB pada 1 Ogos 1992 pekerja KTMB kadar "take home pay"nya lebih tinggi dari kakitangan awam malah "take home pay" pekerja KTMB adalah di bawah pasaran, dicampur tolak apa yang dinikmati oleh penjawat awam hari ini adalah selaras dengan tuntutan RUM melalui Perjanjian Bersama ke 8.

Justeru itu RUM sangat berharap pertimbangan "GAJI MINIMA" untuk pekerja KTMB adalah RM 1,500.00 dapat diluluskan, doa dan harapan agar impian ini dapat direalisasikan.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

15 Disember 2015

KENAIKAN TOL

Cuba bayangkan tahun depan atas permintaan PLUS untuk menaikkan "TOL" secara berperingkat sehingga 68 sen setiap kilometer.

Sedangkan KTMB melalui perkhidmatan komuter naik dari 11 sen perkilometer kepada 15 sen perkilometer jenuh kena belasah....

Sapa lebih mahal?

Cuba check rekod semenjak tertubuhnya lebuhraya berapa kali tol naik dan ada tak disebut tol kerugian berbanding dengan KTMB.

Tak payah tunggu hari perayaan seperti hari raya... hari Ahad sahaja dah jem kat lebuhraya... itu telah menunjukkan berapa banyak kenderaan... berapa banyak pendapatan...

Kalau KTMB....mampuih... kena belasah bagai nak rak... hujan lebat... pun salahkan KTMB....

RUM sendiri dah tak faham!

KTMB asyik jadi mangsa...

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

14 Disember 2015

ANAK TIRI

KTMB selalu dilihat dianaktirikan, selalu pihak luar memandang rendah kemampuan KTMB, bukan sahaja dari sudut pengurusan, pelaksanaan malah dari sudut perancangan dan keputusan.

Campurtangan dari banyak pihak membuatkan KTMB bercelaru, sehingga KTMB hilang hala tuju, kepercayaan kepada pengurusan KTMB sangat tipis khususnya dari kalangan warga KTMB yang menerajui.

Idea berserabut, tangan ghaib adalah segala punca masalah, sehingga KTMB tidak mampu berdikari, tidak macam "pasarana" lebih kebebasan diberikan.

Maka berlaku banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku, idea-idea yang berserabut berdasarkan kepentingan pihak tertentu bukannya untuk kepentingan KTMB, RAKYAT dan NEGARA.

Inilah yang berlaku melalui pengalaman saya selaku Presiden RUM, maka yang akan jadi mangsa ialah pekerja dan KTMB tidak dinafikan rakyat akan terkena tempiasnya.

Pahit untuk berkata, tapi apakan daya ianya terbuku dihati sejak sekian lama, sampai bila?

Tinggal RUM...
Andai RUM...
Juga membisu seribu bahasa..
Andai pekerja juga tidak mahu bersatu dan mempertahankan..
Andai semua warga KTMB membisu..
Maka akhirnya...
Terkuburlah KTMB...

RUM boleh mengikut rentak tari..
Tapi mampukan RUM melihat ianya terkubur begitu sahaja...

Kadang-kadang terasa dihati kecil...

Biarkan... biarkan... lantaklak... buat apa sakit kepala...

PRESIDEN RUM

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

KEJUTAN

RUM  terkejut dengan cadangan ini, akan membincangkan dalam Majlis Exco untuk menilai cadangan YB Menteri Pengangkutan yang menyatakan KTMB tidak lagi monopoli perkhidmatan Antarabandar (Intercity).

RUM melihat asas kepada implikasi ialah bila ianya milik swasta maka harga tambang pengguna akan lebih tinggi, sedangkan kenaikan tambang komuter yang naik telah menjadi rungutan banyak pihak.

RUM juga melihat bahawa KTMB telah berusaha ke tahap peningkatan imej, serta telah memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna khususnya Rakyat Malaysia.

Dalam usaha meringankan beban Rakyat melalui tambang RUM sendiri telah war-warkan melalui Suara RUM supaya kembalikan KTMB kepada pekhidmatan awam demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja, Selamatlah Pengguna.

Maka itu penilaian lebih "detail" akan dilakukan bukan sahaja untuk kepentingan KTMB, Pekerja malah Rakyat Malaysia.

Thestar

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Cc

Dato Ir Nawawi Ahmad

10 Disember 2015

TAHNIAH PADA SENATOR

Sinar Online
RUM ingin mengucapkan TAHNIAH pada semua Senator yang membangkitkan isu tambang KTMB (sahaja) yang mengatakan tidak sesuai menaikan harga tambang KTMB.

Persoalan.

Masa KTMB tenat semua Senator ni pergi mana? duk mimpi indah ke? Masa RUM kempen Selamatkan KTMB Selamatkan Pekerja, Senator ni pergi mana? Masa 97 pemimpin dan ahli RUM dibuang kerana KTMB merudum Senator ni buat tak tahu je..

Bila KTMB perlu sedikit perubahan tambang untuk survival KTMB yang diluluskan oleh kerajaan sepatutnya menyokong sebab mampu Selamatkan KTMB... kalau nak bantah kenaikan tambang boleh... Syaratnya kembalikan KTMB ke Sektor Awam... itu baru betul....

Justeru itu...

SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA DAN SELAMATLAH PENGGUNA.
Maka itu...

Pejuangkan KTMB kembali ke Sektor Awam seperti mana KTM sebelum 31.7.1992.

Janganlah...

Cuma bila tenguk rakyat  membantah maka baru nak berlumba-lumba bersama rakyat kononnya perihatin.

Adoiiiiii....

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

KENAPA KTMB SAHAJA DI HENTAM?

Tau ke apa yang berlaku dalam KTMB?

Tau ke bagaimana nak menguruskan KTMB?


RUM nak bagitau zaman Marak Unggul Sdn Bhd sebagai Kontrak Pengurusan KTMB pada tahun 1997-2002 juga gagal.

Siapa CEO Kontrak Pengurusan tersebut?

CEO ketika itu ialah Encik (skrg Dato Seri) Che Khalib Mohd Nor.

Siapa consultant ketika itu...

Price Water House (consultant ternama)

Jangan mengatakan sesuatu kalau tak tau hal ehwal KTMB, sehebat Marak Unggul Sdn Bhd pun gagal.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

IMPIAN

Kadang-kadang aku ingin bicara soal politik, soal negara, tapi itu bukan bidang ku... aku hanya membaca dan melihat perkembangan semasa sebagai pengetahuan am.

Aku juga banyak mendengar keluh kesah, rungutan dan tidak puas hati dari bawah sampai atas, aku tidak buat sebarang komen... aku diam...

Kami hanya fikir ahli-ahli kami sahaja, kami hanya fikir kepentingan KTMB, kami hanya ingin berusaha yang terbaik untuk ahli-ahli RUM, walaupun kami berhak untuk melahirkan pandangan sebagai rakyat malaysia.

Tapi biarlah... yang penting kami dipilih oleh ahli-ahli RUM maka kami hanya bercakap dan bersuara untuk ahli-ahli RUM, yang penting ialah Perjanjian Bersama ke 8, kami sendiri mengharap yang terbaik dapat kami persembahkan setelah sekian lama kami perjuangkan gaji mengikut pasaran.

Mudah-mudahan kali ini kami mencapai apa yang kami harapkan, kami mengimpikan satu kepuasan dengan memberi faedah yang terbaik untuk ahli-ahli RUM.

Semoga impian kali ini menjadi kenyataan.

Presiden RUM / Majlis Exco RUM

09 Disember 2015

LETIH

RUM tak faham bagaimana pihak pengurusan KTMB boleh mengeluarkan kenyataan pendek melalui twitter, kenyataan pendek melalui twitter tanpa penjelasan dan huraian lanjut boleh menimbulkan persepsi negatif sehingga diviralkan, tindakan secara langsung boleh menjejaskan KTMB dalam isu kenaikan tambang yang hangat atau hebuh kini.

Sepatutnya sebarang kenyataan hanya dikeluarkan oleh Presiden KTMB atau Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB sahaja.

Komen RUM

Adoiiiiiii.... awatlah hang tak pikiaq... semua kerja ambil mudah... mampuih.... failed!!

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB

Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki? - Khairy

Kenyataan ini disokong penuh oleh RUM, "ENOUGH IS ENOUGH"..... senyum..... tapi naik tetap dah naik, tak naik KTMB pulak pengsan, yang paling baik "KEMBALIKAN KTMB KE SEKTOR AWAM".

Yang lain tu dah banyak kali naik... tk banyak kali naik pun.. harga memang dah tinggi, tinggal KTMB ibarat anak tiri.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
___________________________________________
KHAIRY JAMALUDDIN: Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa kerajaan agar tidak lagi menaikkan segala kenaikan kos yang berlaku ketika ini.

Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan rakyat sudah tidak boleh menerima lagi pelbagai kenaikan harga yang membebankan kos sara hidup mereka.

"Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini."

"Enough is enough," kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Tambahnya, Pemuda UMNO juga membantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk dua lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun.

"Selama ini bila tol naik, kita minta anak muda guna pengangkutan awam. Tapi sekarang, lepas kita naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala tambang pun naik juga."

"Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat, nak suruh mereka jalan kaki?" soal Khairy.

Ahli Parlimen Rembau itu juga turut mengingatkan kerajaan tentang janji manifesto Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Kalau terpaksa naikkan tol, jangan sampai tol antara bandar seperti Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur dinaikkan. Itu janji kita," tegas Khairy.

Isu kenaikan kos sara hidup dijangka mendominasi perbahasan dalam Persidangan Pemuda UMNO hari ini.

Sementara itu ketika menyentuh isu 1MDB, Khairy menggesa kerajaan supaya memastikan tidak hanya berusaha mengurangkan hutang sebaliknya meyakinkan rakyat tiada penyelewengan berlaku.

"Defisit keyakinan di kalangan rakyat perlu ditangani," katanya. [Astro Awani]

PERJUANGAN KU

Perjuangan ku...
Hanya untuk kaum pekerja...
Pekerja nadi negara...
Siapa peduli...
Siapa simpati...
Tiada...
Kecewa...
Itu naluri ku...
Sampai bila...
Entahlah...
Aku tetap aku...
Aku hanya fikirkan....
Pekerja...
Dan ..
Anak cucu ku...
Kerana aku..
Aku tau...
Aku...
Seorang...
Kuli....


Nukilan..
Presiden RUM

08 Disember 2015

KTMB dijangka rugi RM55 juta tahun ini

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka mencatatkan kerugian RM55 juta pada tahun ini daripada jumlah kerugian terkumpul RM1 bilion, akibat kos operasi termasuk penyelenggaraan dan perkhidmatan yang kini semakin meningkat.

Sehubungan itu, syarikat tersebut turut menerima subsidi tambahan daripada kerajaan sebanyak lima sen setiap kilometer bagi seorang penumpang untuk menanggung kos keseluruhan operasi dan memastikan kualiti perkhidmatan dapat diberikan kepada rakyat di negara ini.

Presidennya, Sarbini Tijan ber­kata, pemberian subsidi dan penstrukturan tambang baharu tersebut dapat menampung sebanyak 40 peratus keseluruhan kos operasi KTMB setiap tahun.

“Bagaimanapun, tambang baharu tersebut hanya melibatkan laluan Lembah Klang sahaja iaitu dari Tanjung Malim ke Sungai Gadut dan Batu Caves ke Pelabuhan Klang.

“Bagi tambang laluan selatan dari Sungai Gadut ke Tampin dan laluan utara dari Kamunting ke Gurun, tiada kenaikan dikenakan kepada penumpang,” katanya dalam sidang akhbar khas pelarasan tambang baharu KTMB di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengurus Besar KTM Komuter Azshidah Shah Shahari dan Ketua Komunikasi Korporat KTMB, Ridhwan Arshad.

Dalam pada itu, Sarbini berkata, golongan pelajar boleh memohon kad KTMB i-kad pelajar sebelum 7 Januri ini untuk menikmati poto­ngan harga sebanyak 50 peratus.

“Mereka hanya perlu menunjukkan kad tersebut semasa membeli tiket di kaunter. Ia diberikan kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi termasuk pelajar luar negara yang menuntut di negara ini. Pelajar sekolah menengah dan rendah yang memakai uniform, mereka turut memperoleh potongan harga tersebut.

“Selain itu, golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) juga layak mendapat tambang konsesi jika membeli kad di kaunter dengan menunjukkan kad pengenalan dan kad perakuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” ujarnya.

Sementara itu, menurutnya, pihaknya percaya perkhidmatan komuter turut meningkat dari segi ketetapan masa sebanyak 17 peratus sebelum ini kepada 97 peratus selepas penstrukturan dilakukan.
“Kita turut menambah koc untuk wanita kerana majoriti penumpang adalah daripada golongan tersebut, di samping perkhidmatan yang disediakan serta bercadang menambah laluan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Butterworth yang dijangka bermula pada Tahun Baru Cina akan datang,” katanya. [UTUSAN]

05 Disember 2015

AL FATIHAH


انا لله وانا اليه راجعون 
الهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Merafak sembah ucapan takziah kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan YAM Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor yang telah kembali ke rahmatullah pada 5hb Disember 2015.


Dari semua Warga Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM)


PUBLIC TRANSPORT TERHAKIS(PANAS)

RUM ingin mengesyorkan mana-mana pihak yang membantah kenaikan tambang komuter (KTMB) mendesak kerajaan mengembalikan semua aset KTMB kepada pentadiran KTMB.

Aset KTMB kini di bawah Perbadanan Aset Keretapi (PAK) iaitu di bawah pentadbiran Kementerian Pengangkutan.

Sebelum ini semua hasil pendapatan daripada aset dimasukan sebagai pendapatan KTMB kini semua hasil diserahkan kepada PAK, PAK untung atas angin, KTMB hilang sumber pendapatan.

Terbaru KTMB dan PAK sedang "legalise" kan aset KTMB, setelah selesai KTMB langsung tiada apa lagi, ini masalah besar yang akan berlaku kepada KTMB, RUM yakin sekiranya ini tidak dihalang maka jangan terkejut KTMB hanya tinggal nama, kenyataan ini telah dibangkitkan dalam Majlis Bersama Pusat (MBP) baru-baru ini.

Tidak mustahil KTMB melalui perkhidmatan REL khusus untuk penumpang seperti komuter dan Intercity akan dimiliki oleh Syarikat luar yang pasti harga tambang tidak lagi seperti hari ini.
PUBLIC TRANSPORT akan terhakis.

Kenyataan Rasmi Pekerja-Pekerja KTMB

SELAMI PERASAAN PEKERJA

Bila baca kenyataan atau perkara yang diviralkan oleh banyak pihak samada benar atau tidak, selaku organisasi pekerja, RUM cukup terkilan.

Cuba anda bayangkan anda ditempat pekerja, ketika itu pelanggan terkejut dengan kenaikan harga. Suasana pelanggan yang sangat ramai, tidak berpuas hati, marah ada yang membuat provokasi atau ketika itu ada yang merayu kerana duit tak cukup atau sebagainya.

Tekanan seorang pekerja... mereka bekerja, gaji mereka kecil, kena asakan, ada yang mempunyai kesabaran yang tinggi, ada juga yang tidak mempunyai kesabaran, itu namanya pekerja adalah insan yang mempunyai hati dan perasaan kerana pekerja bukan "robot".

Fahamilah mereka, mereka cuba menjalankan tanggungjawab, berusaha sebaik mungkin menjawab sebarang persoalan yang mereka tahu sahaja, ada juga yang mereka tidak tahu seperti sebab kenaikan... itu belum yang bertanya bertubi-tubi...soalan yang sama... orang yang sama... dijelaskan... tidak juga mahu faham-faham... mahu tak angin satu badan... boleh sakit jiwa... tapi kami tetap faham..."customer always right"... tapi kami juga bukan robot.... tolong fahami kami juga....

Mungkin ada yang merayu  wang tambang tak cukup, kerana kurang wang, mungkin pekerja itu juga ketika itu tidak mempunyai cukup wang untuk tolong membayarkan, maklum gaji kecil, mungkin pekerja itu juga tinggal wang untuk tambang sahaja...kita tidak tahu...

Kalau pekerja itu membenarkan menjual harga tambang dari harga sebenar, maka wang kutipan hasil akan terjejas.. dari sudut akaun kutipan hasil kurang.. pekerja akan dipersalahkan.. walaupun alasan kesian kerana wang pelanggan tidak cukup... tapi dari sudut perundangan... pekerja akan dituduh mencuri wang syarikat atau pecah amanah... tahukah apa hukumannya...? hukumannya adalah buang kerja...

Nasib seorang pekerja... sini pun kena... sana pun kena.... adoiiii....

Mudah untuk membuat tuduhan... apatah lagi tuduhan itu mungkin berunsur fitnah... kesiankan... kalau pekerja berkenaan di buang kerja... periuk nasi pekerja yang tertuduh telah pun di masukan pasir..

Itulah nasib seorang pekerja...

Iya kita bukan pekerja itu... tapi tidak kah kita mampu menyelami perasaan pekerja itu... pekerja hanya mengikut arahan.. pekerja KTMB bergaji rendah... tapi tekanan dan tohmahan yang diterima... sungguh dasyat... tidak kah kita boleh disebut zalim kerana menganiaya seorang pekerja...
Anda pelanggan mungkin juga seorang pekerja... dia juga pekerja... maka kita sama-sama kena faham hati seorang pekerja.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.