26 Januari 2019
BANYAK KES SIASATAN DALAMAN PUNCA DIANGKAT DALAM KERTAS KERJA MAJLIS BERSAMA PUSAT
Sabtu, Januari 26, 2019
Awal tahun ini banyak kes-kes melibatkan salah laku pekerja hingga dipanggil untuk siasatan dalaman.
Ini melibatkan golongan minoriti yang mungkin melakukan "kesilapan - kesilapan" atau mungkin ada yang jadi "kambing hitam" atau mungkin ada yang bersifat "membalas dendam" atau mungkin disebabkan "sengaja mencari salah", apa pun RUM bertanggungjawab untuk membela setiap "ahli berfaedah" untuk membuktikan setiap tertuduh "tidak bersalah", kepada "bukan ahli" RUM tidak dapat membantu, kerana tanggungjawab RUM adalah hanya kepada ahli-ahli yang berfaedah...
25 Januari 2019
PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) RUM MENGHIDU SESUATU
Jumaat, Januari 25, 2019
RUM ingat bila Peneraju RAC lama bersara, digantikan Peneraju RAC Baru, jangkaan RUM RAC ni akan berwajah baru, idea baru, berinovasi, bervisi...
Tapi bila kenyataan akhbar 17hb Januari 2019 dikeluarkan, RUM terkejut... tidaklah sampai melompat... terkejut ketawa terbahak-bahak.. kihkihkih... rupanya termasuk "GENG CD CETAK ROMPAK"... adeiiiiiii.....
RUM terfikir apakah alaf baru menjelang 2020, adakah Malaysia ini mula ketandusan pakar-pakar idea berinovasi, atau mungkin meletakkan individu-individu yang "BLANK" tidak mampu mencetuskan...
10 Januari 2019
Mohon Berikan Sokongan Anda.
Khamis, Januari 10, 2019
Buat rakan-rakan dan semua ahli RUM, mohon click link ini (https://www.labourstartcampaigns.net/show_campaign.cgi?c=4000) bagi sokongan rakan seperjuangan SRT Thailand (Kesatuan Keretapi Thailand) Sdr Presiden Keretapi Thailand dan rakan seperjuangannya, maklumat lanjut boleh baca di link tersebut.
Kerjasama semua yang memberi ruang masa dan menyokong kempen didahulukan dengan ucapan terima kasih.&nb...
05 Januari 2019
Moga Terus Berjaya
Sabtu, Januari 05, 2019
Semoga sukses Dato Seri Sharipuddin KSU Kementerian Pengangkutan yang telah bertukar ke Kementerian Wilayah Persekutuan.
Seorang yang sangat baik, sentiasa membantu RUM serta memberi idea mengenai KTMB, walaupun kami sentiasa "argue" tapi "argue" kami secara profesional, hubungan rapat bukan sebagai seorang yang berjawatan tapi hubungan yang mesra bagai kenalan lama.
Semoga Dato Seri terus sukses dengan kementerian baru serta terus memberi perkhidmatan...
LAWATAN YB MENTERI KE CRRC BATU GAJAH. KENYATAAN YB MENTERI PENGANGKUTAN DALAM SIDANG AKHBARNYA.
Sabtu, Januari 05, 2019
RUM telah mendengar seluruh ucapan kenyataan akhbar Yb Anthony Loke Menteri Pengangkutan dalam sidang akhbarnya.
Dalam kenyataan dalam minit 12.44 - 14.44 Yb Menteri telah menekankan bahawa "selaras pendirian kerajaan semua projek adalah melalui tender terbuka", kenyataan ini mencerminkan kejujuran Yb Menteri Pengangkutan selaras dengan janji Yb Menteri dalam pertemuan dengan kami pada 15 November 2018 di Parlimen.
Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh RUM adalah lebih kepada kerisauan setelah Yb Menteri membuat lawatan CRRC Batu Gajah tambahan...
04 Januari 2019
LAWATAN YB MENTERI PENGANGKUTAN KE CRRC BATU GAJAH, KOMEN RUM MENGENAI LAMBAKAN TREN CHINA DI KTMB DENGAN PEMBELIAN TANPA TENDER
Jumaat, Januari 04, 2019
Semua set-set tren yang dibeli tanpa tender terbuka dari China ialah SIX CAR SET (SCS) ELECTRIC TRAIN SET (ETS) DIESEL MULTIUNIT (DMU) di bawah ini disertakan gambar carta pembelian jumlah, tahun dan harga.
Strategi Syarikat Keretapi dari China pada tahun 2015 pula telah menawarkan secara pinjaman dua (2) unit Elektrik Lokomotif (E- Loko) bilamana Lokomotif Elektrik yang telah dipinjamkan kepada KTMB secara percuma selama dua (2) tahun telah berakhir...
03 Januari 2019
Jangan Jadikan Lambakan Set-set Train China Dalam KTMB
Khamis, Januari 03, 2019
Menjadikan hub keretapi asean tidak mengapa cuma jangan jadikan lambakan set-set train China dalam KTMB seperti mana sekarang, dulu kita kata kerajaan lama berqiblat ke China, jangan pula kerajaan baru pula berqiblat ke China, nanti dikatakan 2x5.
Pendekatan Tender Terbuka seperti mana-mana yang dilaungkan oleh Kerajaan Memerintah sekarang hendaklah dipraktiskan malah RUM juga memegang jaminan Yb Menteri Pengangkutan dalam pertemuan dengan RUM beliau...
02 Januari 2019
PENJELASAN RNAA
Rabu, Januari 02, 2019
Suka saya jelaskan melalui pertanyaan kepada saya oleh ahli-ahli RUM, bahawa RNAA yang dikatakan akan dilaksanakan pada April 2019 adalah "TIDAK BENAR".
Ianya masih belum ada perkembangan malah tiada "hala tuju" atau "dasar yang jelas", sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui Exco/ Cawangan/Group Whatsapp Ahli maupun laman Suara RUM.
Justeru itu sebarang khabar angin jangan dipercayai dan sebaiknya mesej saya secara personal atau rujuk pada Pegawai Utama/ Exco/ Cawangan RUM untuk mendapat penjelasan yang tepat.
Presiden ...
01 Januari 2019
SELAMAT TAHUN BARU 2019 HAPPY NEW YEAR 2019
Selasa, Januari 01, 2019
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
2018 dan berlalu, cerita-cerita 2018 tinggal memori, kini tiba tahun baru 2019, maka kita buka buku baru, cerita baru dengan azam baru.
RUM sendiri menaruh harapan isu-isu tertunggak dapat diselesaikan dengan jayanya, harapan dari pekerja untuk menerima faedah yang lebih baik melalui Perjanjian Bersama ke sembilan (9) adalah satu harapan yang tinggi tambahan kos sara hidup tiada banyak bezanya seperti sebelum ini,...
31 Disember 2018
SELAMAT TINGGAL 2018 (CATATAN RINGKAS 2018)
Isnin, Disember 31, 2018
Alhamdulillah tiada banyak isu yang berlaku sepanjang enam bulan terakhir 2018, cuma 6 bulan pertama 2018 yang ada ialah kerisauan mengenai RNAA yang cuba dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan terdahulu.
Hubungan dengan pengurusan KTMB dalam kategori baik setelah Pengurus Besar Sumber Manusia digantikan dengan yang baru, banyak isu-isu
berjaya diselesaikan.
RNAA masih kekal setelah ditandatangani oleh Mantan Lembaga Pengarah, malah usaha-usaha...
27 Disember 2018
AL FATIHAH
Khamis, Disember 27, 2018
AL FATIHAH
Dengan rasa sedih saya ingin maklumkan Sdr Roslan Naib Presiden RUM telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi.
Kami seluruh warga RUM rasa sedih dengan kehilangan seorang pejuang kesatuan sekerja yang banyak berbakti kepada RUM dan semua warga RUM, beliau seorang pejuang tulin dalam arena perjuangan RUM, jasa baktinya akan terus dikenang dalam lipatan sejarah kepimpinan RUM, segala sumbangan baktinya hanya Allah Swt shj yang mampu membalasnnya...
19 Disember 2018
SIJIL CUTI SAKIT PALSU (RUPANYA ADA LAGI KES BELI MC PALSU)
Rabu, Disember 19, 2018
Cerita beli sijil sakit palsu ini tak abis-abis, dengar cerita masih berlaku lagi.
Nasihat RUM... nak cari kerja bukan mudah... dah dapat kerja... jagalah kerja baik-baik...
Dalam Perjanjian Bersama (CA) dah diberikan "CUTI REHAT", malah kalau benar-benar sakit pergi jumpa Doktor Bertauliah (Panel Klinik) peruntukan untuk "CUTI SAKIT LUAR" ialah 28hari setahun cuma Sijil Cuti Sakit ini adalah dari Doktor Bertauliah sahaja.
Yang gatal-gatal beli "SIJIL CUTI SAKIT PALSU" tu apa pasal? Ingat pengurusan itu bodoh sangat ke? Sampai tidak boleh kesan...
12 Disember 2018
HAD LIMIT 104 JAM SEBULAN KERJA LEBIH MASA (AKTA KERJA 1955)
Rabu, Disember 12, 2018
Mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265) bahawa setiap pekerja tidak boleh bekerja lebih masa lebih dari 104jam sebulan atau tidak lebih dari 4jam sehari.
Itu mengikut peruntukan undang-undang, maka pihak majikan kena patuh kepada undang-undang agar tidak didakwa.
Dari sudut pekerja khususnya golongan B40 atau yang berpendapatan rendah, gaji yang diterima adalah tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang...
05 Disember 2018
KOMEN RUM MENGENAI KENYATAAN AKHBAR TUN MAHATHIR MOHAMED PERDANA MENTERI MALAYSIA
Rabu, Disember 05, 2018
Kesatuan Sekerja sentiasa menjalinkan kerjasama dengan majikan malah sentiasa mendahulukan keharmonian perusahaan.
Namun adakala Kesatuan Sekerja kena bertindak dengan mengambil tindakan perusahaan setelah melihat kepincangan dan kelemahan pengurusan dalam meningkatkan produktiviti atau dalam keadaan bila pengurusan tidak menitikberatkan kepentingan pekerja.
Adalah janggal sekiranya kesatuan sekerja berdiam diri dengan membenarkan pihak pengurusan...
29 November 2018
PENCEN MINIMA PEKERJA SYARIKAT KERAJAAN YANG DISWASTAKAN
Khamis, November 29, 2018
Sebentar tadi berlangsung pertemuan dengan Tun Daim Zainuddin Penasihat Kerajaan mengenai rayuan dari Uni-Glc yang diketuai oleh Ybhg Dato Haji Shafiee Mammal, Sdr Roszeli dari Kesatuan Pekerja-Pekerja TNB dan saya dari RUM mengenai pencen minima untuk pekerja diswastakan.
Pertemuan ini adalah dengan tujuan mengemukakan rayuan kepada kerajaan agar dapat dipertimbangkan gaji minima pada semua pekerja syarikat yang telah diswastakan, perjuangan...
25 November 2018
1500 PEKERJA MEDIA PRIMA BAKAL DIBUANG KERJA / RUM LAHIRKAN SIMPATI/ NASIB KITA PEKERJA KTMB MUDAH-MUDAH TIDAK BERLAKU!
Ahad, November 25, 2018
Satu isu yang menarik, bila ianya digembar-gemburkan, pada RUM ianya sesuatu yang menyedihkan bila melibatkan kaum pekerja.
Namun RUM selalu melihat sekiranya ini berlaku puncanya ialah kelemahan pengurusan itu sendiri yang gagal mentadbir urus syarikat dengan efektif.
Kegagalan pengurusan maka mangsanya adalah pekerja!
RUM telah membuktikan melalui kelemahan pengurusan terdahulu dalam KTMB, RUM berpiket kerana melahirkan rasa tidak berpuas hati...
16 November 2018
PERTEMUAN DENGAN YB ANTHONY LOKE MENTERI PENGANGKUTAN SEMALAM.
Jumaat, November 16, 2018
RUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Yb Menteri Pengangkutan yang dapat meluangkan masa untuk bertemu dengan kepimpinan RUM. Pertemuan yang dinanti-nantikan ini telah mengambarkan satu pertemuan yang sangat bermakna berikutan isu mengenai Railway Network Access Aggrement (RNAA) yang menjadi isu sejak sekian lama menjadi tentangan RUM terhadap peneraju Kementerian Pengangkutan terdahulu.
Secara ringkas pertemuan ini bukanlah satu penyelesaian...
15 November 2018
TERIMA KASIH YB MENTERI PENGANGKUTAN ATAS PERTEMUAN RASMI DENGAN KEPIMPINAN RUM.
Khamis, November 15, 2018
Gambar ketika pertemuan jam 4 petang berlangsung selama 1jam 15 minit di Parlimen, pertemuan dianggap sangat positif.
Maklumat lanjut mengenai pertemuan akan di update esuk.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja K...
RUM TAK BUAT APA-APA KE? SATU SOALAN CEPUMAS! PEKERJA DI IBU PEJABAT KTMB/KLO/KL CENTRAL & DEPOH SEKITAR KUALA LUMPUR KONONNYA DIARAH BERPINDAH. (PART 1)
Khamis, November 15, 2018
Teori RUM mudah, kenapa pihak RAC nak mengusulkan perancangan serta mengkaji dengan mengosongkan ibu pejabat KTMB, Stesen Keretapi Lama (KLO), Stesen KL Central dan semua depoh di sekitar Kuala Lumpur.
Ramai yang tidak tahu, KTMB sampai sekarang tidak mampu membayar tungakan pembayaran kepada kontraktor yang melibatkan kurang lebih RM 150 juta (anggaran) hutang ini disebabkan peneraju KTMB dahulu.
Melalui Railway Network Access Aggrement (RNAA) setiap aset yang dimiliki oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC) maka KTMB perlu membayar kepada...
14 November 2018
RUM TAK BUAT APA-APA KE? SATU SOALAN CEPUMAS! PEKERJA DI IBU PEJABAT KTMB/KLO/KL CENTRAL & DEPOH SEKITAR KUALA LUMPUR KONONNYA DIARAH BERPINDAH.
Rabu, November 14, 2018
Bila RUM dengar mahu tak panas telinga, rasa terbakar bila soalan begini keluar, tapi biasalah kenyataan sebegini yang sentiasa dilontarkan, jangan sesekali melatah, asam garam bila duduk di platform RUM tidak kira apa jawatan yang dipegang oleh kepimpinan RUM mereka hanya pandai menyalahkan tapi kebanyakannya bukan ahli RUM, cuma bahayanya mulut mereka ini boleh merosakan pemikiran ahli-ahli RUM yang tidak dapat cerita sebenar, maka ahli RUM akan terpengaruh dan turut menyalahkan kepimpinan RUM.
Isu terbaru yang dilontarkan kononnya mengenai arahan...