Bukan semua isu sengaja dipolitikkan... isu pekerja bangladesh, bukan isu politik, andai ada pihak yang nak mempolitikkan itu kerja mereka, malah sendiri cari sakit kerana mewujudkan isu untuk dipolitikkan, tapi RUM tidak melihat isu ini sebagai isu politik, tapi isu periuk nasi pekerja, pekerja baru, generasi baru.
Berilah apa alasan pun RUM tidak boleh terima, kerana ianya boleh dibahas, walaupun ada YB Menteri mengeluarkan kenyataan akan melatih pekerja Bangladesh berbudi bahasa, malah RUM beranggapan kenyataan sebegini macam kenyataan Maharaja Lawak.
Apakah kita ketandusan idea, ketandusan modal bicara, kita seolah-olah hilang arah, kita mengambil jalan mudah membuat dasar tanpa mengira kepentingan generasi sekarang dan akan datang.
Kita lebih mendengar kepada "PEMAIN INDUSTRI" kemudian menyatakan jangan salahkan kami, persoalannya "SIAPAKAH KAMI?" "SIAPA YANG BERKUASA?" "KEHENDAK SIAPA YANG PERLU DIUTAMAKAN?" "SIAPAKAH PEMBUAT DASAR?"...adeiiiii....
Janganlah memperbodohkan kami!
Terasa kita tidak pedulikan rakyat, kita tidak pedulikan kehendak suara pekerja, yang tidak pandai berpolitik, janganlah kerana kepentingan mana-mana pihak kita sanggup mengadaikan maruah kita.
Sedarlah, kita semua berpijak dibumi nyata, jangan buat sesuatu yang ramai tidak gemar, fikir Pekerja, fikir Belia, fikir Bangsa dan Negara. Tolonglah....
Maaf, saya tak dapat menahan diri untuk berbicara, terasa terbakar dihati, sesungguhnya ianya tidak boleh diterima, jauh sekali untuk mengakui bahawa ianya keperluan, saya tetap mohon hentikan kemasukkan warga asing untuk bekerja di negara ini, yang ada sudah cukup, jangan ditambah lagi.
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB