Sebenarnya aku suka sekali ke langkawi, tempat yang paling sesuai untuk beristirehat bersama keluarga, bersyukur aku sempat membawa Arwah Ibu ku ke Langkawi, kami menginap di Sandy Beach Resort, chalet yang mengadap laut...
Pernah Dr Klinik Keretapi menasihatkan aku, bila aku buat rawatan sakit kepala (migraint), soalan yang dia tanya, apa yang u suka dan menenangkan? aku cakap pantai dan laut, Dr itu menasihatkan aku pergi bercuti di pantai dan laut, maka tempat yang aku pilih ialah Pulau Langkawi".
Pertama kali aku jejak Langkawi pada tahun 1988, semenjak itu destinasi aku bercuti ke Langkawi, malah nasihat Dr berkenaan mampu menghilangkan rasa sakit kepala, Terima Kasih Dr.
Itu sebab bila Pengurusan bertanya kat mana nak bincang CA, jawapan aku mudah... dekat dengan pantai dan laut, tak kesah dimana pun... kerana aku mampu mengurangkan kemarahan bila sesuatu perbincangan yang tidak memenuhi kehendak, tidak semestinya Langkawi, tapi management macam faham, maka perbincangan CA ke Langkawi...walaupun tika perbincangan kemarahan memuncak... aku mampu mengawal diri...
Dalilnya... aku mundar-mandir di luar hotel... yang lautnya tidak jauh dari hotel.. menghirup angin laut...agar kemarahan aku reda...
Kata YB Dato Ir Nawawi Ahmad, "pulau langkawi, pulau saya," tahniah YB Dato, kenapa saya ucapkan Tahniah? Beruntung orang Langkawi... kerana bila seseorang beranggapan itu "HAK DIA" maka dia akan jaga dengan ikhlas, tidak semata-mata hanya memegang jawatan atau makan gaji, tetapi kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah, kecuali mereka yang bekerja dengan sikap ambil mudah atau sambil lewa atau hanya kepentingan diri.... kalau ini sifatnya, maka jawapannya... "FAILED".
Rasanya... macam nak ke Pulau Langkawi lagi... tapi nak Chalet Sandy Beach Resort yang mengadap laut... simboliknya ingatan aku bersama arwah ibuku... sayangnya.. kena walk in... tak boleh booking... adeiiiii...
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.