Sebagai Kesatuan Sekerja yang memperjuangkan hal ehwal pekerja, saya terpanggil mengulas kenyataan beliau yang mencabar belia dengan membuat kerja kotor, panas atau sukar, beliau juga menyatakan bahawa belia memilih pekerjaan.
1.Tidak dinafikan ada kebenaran mengenai kenyataan ini dari satu sudut pandangan beliau, persoalannya mengapa memilih kerja? Adakah telah dibuat kajian? Apakah faedah yang diterima? Cukupkah kos sara hidup?
2. Pernahkah beliau semak rekod di Kementerian Sumber Manusia bahawa ada Kesatuan Sekerja membuat aduan bahawa majikan sengaja membuat provokasi dengan mengenakan bermacam syarat termasuk tidak menaikan gaji atau melakukan pembuangan kerja kepada pekerja Malaysia semata-mata mengajikan pekerja asing dengan gaji murah. (Kes Pekerja Kilang)
3. Pernah ke beliau berfikir majikan sengaja mencari alasan untuk tidak mengajikan pekerja Malaysia semata-mata mahu mengajikan pekerja asing dengan gaji murah, rumah boleh berkongsi sehingga 15 orang, makan ala kadar dan lain-lain.
4. Cuba selidik berapa majoriti sesuatu kilang diantara pekerja asing dengan pekerja Malaysia?
5. Bagaimana dengan lambakan pekerja asing di Malaysia yang ada sekarang samada secara sah atau tidak sah?
6. Budaya yang tidak sihat, apakah ini perkara remeh?
7. Intergriti, RUM tidak mahu katakan tapi pergi siasat.
8. Kenyataan MEF jelas berdasarkan kedudukan ekonomi sekarang? Tiada keperluan, tapi dikatakan ahli MEF yang memohon keperluan pekerja asing, melalui pengalaman RUM, kebiasaannya MEF akan bersetuju dan sangat vokal apajua perkara yang melibatkan kepentingan Majikan, tapi kali ini MEF bercakap sebaliknya, maka RUM yakin bahawa kenyataan MEF ada kebenaran dan betul.
9. Majikan akan mengambil kesempatan dalilnya pekerja restoran tidak boleh mengambil pekerja asing untuk bekerja di restoran tapi keadaan sebaliknya, bila isu ini keluar barulah kenyataan keluar penguatkuasaan akan dijalankan, apa sebab sekarang?
10. Implikasi kepada KTMB ialah hari ini perancangan Perbadanan Aset Keretapi nak mengambilalih asetnya, sebagai contoh pekerja landasan, kemungkinan akan berlaku perancangan outsouce, sebuah syarikat akan mengambilalih pekerjaan berkenaan, adakah mereka nak ambil pekerja Malaysia? Kenyataan YB DS Tim P Menteri yang mencabar dengan mengatakan pekerja Malaysia tak mampu bekerja suasana panas? maka atas alasan kehendak industri maka syarikat berkenaan akan mengambil pekerja asing? Sedarkah pekerja yang berkatogeri Penyelengaraan Landasan melakukan kerja di dalam persekitaran yang tidak selesa, panas, hujan, di tengah hutan, mengangkat barangan yang berat adakala bekerja tidak kira waktu malah waktu malam, apakah ini bukan bukti atau dalil bahawa belia yang bekerja di KTMB sanggup bekerja sedemikian, jadi mana alasan YB DS Tim Perdana Menteri yang mengatakan belia tidak mampu bekerja sedemikian? tidakkah cabaran ini hanya wayang sahaja?
RUM selaku Kesatuan Sekerja tetap mempertahankan pendirian bahawa Belia masih sanggup bekerja dalilnya pekerja KTMB telah dan sedang melakukan, rata-rata adalah kalangan belia, keperluan pekerja asing sehingga 1.5 juta dari Bangladesh adalah tidak perlu, sekiranya diterima ianya sangat mendukacitakan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB