APA DAH JADI DENGAN FLEET n MAINTENANCE? PART 3
Nak bagitau ni... pada SM n MANAGER FLEET n MAINTENANCE BENGKEL BATU GAJAH, nampak tak mesej ini, ahli RUM mendesak RUM, ini bukti bahawa pekerja kat Batu Gajah tu dah menyampah, sebab SM BATU GAJAH ini "FAILED" atau bahasa pasarnya... seolah-olah "HUKUM TEMBAK" atau "TAK BOLEH PAKAI" hantar "REJECT SHOP" pun dah tak laku.
Pekerja risau masa depan mereka, kalau masih macam ini yang berpegang kepada prinsip "KUANTITI", kini pekerja yang dapat peluang luar, dah menimba ilmu di Jabatan Fleet n Maintenace kemudian ilmu yang diterima, digunakan diluar... siapa rugi? Sebab mereka dah "fedup" dengan SM dan MANAGER FLEET BENGKEL, BATU GAJAH.
Yang tinggal ini yang sayang KTMB masih berusaha untuk memulihkan kelemahan yang ada dan bersedia untuk bekerja dengan penuh dedikasi, perlu disedari mereka ini ada "value" ada "market", so jangan sampai... 1 demi 1 berhenti kerja...
Mulut buaya... pulak ternganga luas... nunggu sahaja.. adeiiiii... tolonglah belajar sayang kerja, sayang KTMB...
RUM beri amaran keras, RUM tidak akan teragak-agak memaparkan wajah SM dan Maneger ini di paparkan dalam SUARA RUM, bahawa inilah muka-muka yang kerja "MAKAN GAJI" serta "KERJA SAMBIL LEWA".
Cuba belajar kesian kat YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang berusaha gigih untuk memulihkan KTMB, sedangkan anda "aku bekerja makan gaji".... adeiiiiii....
Hahaha... ini mesej bukan peribadi tau, ini mesej adalah SUARA RASMI RUM, kalau agak-agak nak "SAMAN" dialu-alukan... kita tenguk seluar siapa terlondeh...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB