RUM akui mempunyai hubungan keharmonian yang baik dengan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan, Presiden KTMB, hubungan ini setelah menilai bahawa usaha-usaha yang dilakukan untuk pemulihan KTMB berjalan dengan lancar, malah IMEJ KTMB kembali pulih berikutan usaha-usaha yang sedang dijalankan.
Berbanding dengan MANTAN PRESIDEN KTMB selama 3 tahun tidak menampak sebarang hasil sebaliknya berlaku dalam sejarah RUM dan Negara pembuangan kerja "PEMIMPIN dan AHLI - AHLI RUM" seramai 97 orang hanya dengan hasrat SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.
Malah ramai EXPERTIES KTMB meninggalkan KTMB kerana SIKAP mantan Presiden KTMB yang menutup telinga apabila pandangan diberikan oleh EXPERTIES ini.
RUM pernah menasihatkan kepada Mantan Presiden KTMB jangan bila ada pihak yang memberi pandangan, secara depan-depan terus menutup telinga, sikap begini adalah tidak sihat, Mantan Presiden KTMB menerima teguran ini, tetapi tetap mengunakan pendekatan "MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI", kira ok jugak tidak menunjukan secara terbuka tetapi hasilnya idea-idea yang dikeluarkan oleh mereka yang memberi pendapat "DIBAKUL SAMPAHKAN".
Hasilnya selama tiga (3) tahun, di bawah pemerintahan Mantan Presiden KTMB ialah "NIL".
Berbalik kepada PRESIDEN KTMB kini, banyak perubahan telah dilakukan, walaupun kedudukan KTMB di paras kritikal dari segi kewangannya, namun usaha-usaha berjalan dengan lancar bagi mengembalikan kegemilangan KTMB, bukan sesuatu yang mudah, dengan bersungguh-sungguh untuk "MENCUCI TAHI".
Selagi usaha berterusan untuk memulihkan KTMB, maka adalah menjadi tanggungjawab RUM untuk bersama YBhg Dato Haji Sarbini Tijan Presiden KTMB untuk memulihkan KTMB seterusnya memberi sokongan kepada Presiden KTMB demi kepentingan keseluruhan Ahli-ahli RUM dan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB