Bermula semalam barisan Belia RUM diketuai oleh Sdr Faizal Pengerusi Belia RUM membuat lawatan kerja di semua lokasi termasuk stesen-stesen bermula dari Mentakab sehingga ke Tumpat dalam sessi bertemu dengan ahli-ahli RUM.
Antara lain pertemuan ini adalah mengeratkan silatulrahim antara pemimpin dan semua ahli-ahl RUM, disamping menjelaskan kedudukan semasa KTMB, sokongan serta bersama YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB untuk memulihkan KTMB, PAK, kempen penambahan ahli, CA, memperkukuhkan kekuatan RUM dan lain-lain.
RUM sentiasa berusaha untuk bergerak menuju kehadapan memberi keyakinan kepada ahli-ahli bahawa masa depan adalah berganding bahu secara bersama demi menjaga kepentingan KTMB dan RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB