RUM menaruh harapan yang tinggi kepada Individu Penjawat Awam MoT agar menghentikan hasrat ingin mengambil aset KTMB serta mewujudkan idea yang boleh memusnahkan KTMB.
RUM tidak mahu perkara ini terjadi, sehingga melibatkan tindakan perusahaan diambil, malah mengharapkan MoT mencari penyelesaian yang lebih baik seterusnya bersama pengurusan KTMB memacu KTMB ke arah sebuah industri perkeretapian yang maju kalau tidak didunia tapi mungkin di Asia Pacifik.
Banyak langkah yang boleh diambil demi memberi perkhidmatan yang baik kerana rakyat marhaen menagih sebuah perkhidmatan yang murah, selesa dan selamat, mereka akan gembira kalau ini berjaya dilakukan.
Bantu KTMB bukan sahaja dari sudut menyediakan jentera yang berkualiti, faciliti yang baik malah bersama memastikan KTMB yang sudah 135 tahun lebih luas skop perkhidmatannya malah melampaui bidang pembuatan.
Kita yakin bahawa kerajaan sangat prihatin dengan kehendak rakyat, maka itu idea-idea yang baik boleh dipelopori asalkan setiap penyumbang idea itu ikhlas demi memajukan industri perkeretapian, kerana hasrat ini walaupun cabarannya besar tapi tidak mustahil dengan kemahiran yang ada dicampur dengan percambahan teknologi luar maka industri perkeretapian mampu berkembang dengan pesat bukan sahaja di dalam negara tapi diluar negara.
"Think positif" tiada yang mustahil, andai kita mahu jadikan negara kita satu langkah kedepan, Kementerian Pengangkutan (MoT) sebagai badan yang bertanggungjawan dengan "operasi" mampu melakukan dan RUM yakin KTMB bersedia melaksanakan.
Justeru itu hentikanlah pengambilan aset, maju setapak lagi bagi menjadikan KTMB yang telah 135 tahun sebagai pemangkin industri keretapi di negara ini.
Kalau negara China mampu melakukan (walaupun gred kualiti kurang dari negara eropah) tak mustahil KTMB mewakili Malaysia mampu melakukan malah mengatasi kebolehan Negara China.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
CC
YB Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB
YBhg Dato Haji Sarbini Tijan
Presiden KTMB