Penyewaan @ Pajakan tanah pernah dilaksanakan oleh Jabatan Hartanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) sebelum pengswastaan dan selepas pengswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad pada 1.8.1992.
Gambar di bawah ini adalah contoh Tanah yang disewa atau pajak oleh RAC kepada pengendali Midtown Kampung Batu berdekatan Stesen Keretapi Kampung Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Bayangkan hasil sewaan ini di bayar kepada RAC, apakah faedahnya? Adakah ianya membantu KTMB? Sedangkan KTMB perlu pendapatan sampingan untuk menseimbangkan perbelanjaan KTMB dari segi operasi tren. Dan ianya mampu menanggung kos subsidi yang diberikan kepada penumpang tetapi pemberian tanah dan hasil kutipan sewa @ pajakan tanah hanya menguntungkan RAC semata-mata. Ini hanya satu contoh gambar yang "dihighlightkan", sebenarnya banyak tanah-tanah lain disewa @ dipajakan.
Jelas sebutan dasar yang mengatakan membantu KTMB adalah meleset sekali kerana ianya tidak memberi sebarang faedah @ keuntungan kepada KTMB sebaliknya memberi pendapatan kepada RAC.
Pada dasarnya RAC sekadar "untung atas angin" dan satu pembaziran kepada negara kerana kewujudan RAC melalui Pindaan Akta Keretapi 1991.
RUM akan terus menulis sehingga siapakah gerangannya yang perlu dipertanggungjawabkan sehingga RUM menyatakan Pengswastaan KTMB adalah gagal hanya semata-mata bertujuan mengadaikan tanah keretapi.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB