RUM melahirkan kenyataan terbuka meletakkan kesalahan ini kepada YABhg Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, atas prinsip organisasi, perjuangan dan selamatkan KTMB maka hari ini, RUM melahirkan kenyataan terbuka setelah sekian lama terpendam.
Siapakah yang mengswastakan KTM pada 1.8.1992? yang mengswastakan KTM ialah Tun Mahathir Mohamad, malah kewujudan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) melalui pindaan Akta Keretapi pada tahun 1991 ialah Tun Mahathir Mohamad.
Apakah hasil kejayaan Pengswastaan KTM?
Hasil kejayaan pengswastaan KTM ialah dengan pindaan Akta Keretapi yang membolehkan tanah-tanah di bawah milik KTM di jual, antaranya ialah:-
1. Tanah di Sentul (Sentul Raya)
2. Tanah di Kuala Lumpur (KL Central)
3. Tanah di Bangsar (Uda)
4. Tanah di Perai
5. Tanah di Johor Bharu
6. Tanah di Singapura
7. Semua pengurusan tanah, barangan lupus di bawah RAC, semua keuntungan hasil pajakan atau sewaan atau jualan barangan lupus dikaut oleh RAC.
8. Kini berhasrat mengambil alih semua jentera, facilities, OMC dll kemudiannya bakal dioutsourcekan.
Selain dari itu kejayaan pengswastaan ialah mengurangkan tenaga kerja dari kurang lebih 8000 pekerja pada 1.8.1992 kini tinggal 5500 pekerja, faedah pekerja tidak setaraf dengan penjawat awam, ini kerugian besar kepada pekerja sedangkan perbezaan awal pengswastaan lebih 10% + 2 matagaji.
Pengswastaan memberi kebebasan dari sudut perniagaan seperti menentukan harga tambang penumpang dan kargo, malangnya tambang keretapi tidak boleh dinaikkan walaupun kos perbelanjaan melebihi dari pendapatan operasi. KTMB akan tetap kekurangan pendapatan untuk menampung kos perbelanjaan kerana subsidi kepada penumpang terus diberikan dengan kadar murah berbanding dengan pengangkutan rel di bawah pasarana dan ERL yang lebih tinggi, perbezaan tambang yang diberi subsidi tidak dibayar oleh kerajaan malah suntikan kewangan juga tidak diberikan, kalau ada ianya tidak memadai.
Berjayakah pengswastaan KTMB atas cetusan idea Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad?
Semenjak diswastakan KTMB tidak berupaya untuk menjadikan sebuah syarikat berorientasikan perniagaan kerana kekangan yang ditentukan oleh kerajaan sendiri.
Banyak usaha pihak tertentu untuk mengambilalih KTMB, tapi bukan untuk meningkatkan perniagaan KTMB melalui operasi tren tapi lebih kepada tanah-tanah keretapi yang wujud.
Apa sebenarnya kepentingan Keretapi?
Kepentingan keretapi adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat dengan kos tambang yang murah bagi meringankan beban kos sara hidup, maka atas sebab ini KTMB sengsara selepas pengswastaan, kerana tambang yang sukar dinaikkan, sebaliknya pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan hanya pandai menunding jari dan mengatakan KTMB hanya pandai minta duit tapi tak pandai mewujudkan peluang perniagaan, sedangkan peluang-peluang yang ada kadang kala di sekat, kini bantuan kewangan kepada KTMB juga tidak disuntik, hanya menyatakan pengurusan KTMB gagal mencari peluang perniagaan.
RUM pernah melahirkan bahawa KTMB sebagai ANAK TIRI dalilnya "PASARANA" mampu dapat suntikan RM600 juta, tapi KTMB nak dapat 30 juta sangat susah ibarat sepert "pengemis" sedangkan keperluannya ialah suntikan RM300 juta maka KTMB mampu stabil malah melalui Plan Transformasi KTMB jangkaan boleh mencapai keuntungaan, al maklumlah peninggalan hutang Mantan Presiden KTMB lebih kurang RM160 juta maka Presiden KTMB hari ini berhempaspulas dengan cashflow yang lemah untuk memperbetulkan perkhidmatan KTMB.
Penjawat awam yang ada kini lebih meletakkan kesalahan tanpa membantu, lupakah mereka kepada "asas" atau mereka tidak mahu belajar dari mana puncanya atau mereka sengaja buat tak tahu, yang mereka tahu hanya menunding jari, tidak seperti 10 tahun yang lampau Penjawat Awam dari MoT dan MoF amat memahami masalah yang dihadapi oleh KTMB.
Penumpang @ Rakyat marahkan KTMB, KTMB lewat kerana masalah teknikal salahkan pengurusan dan pekerja KTMB, tapi mereka tidak tahu perkara sebenar, hanya lontaran maki hamun kepada KTMB.
Sedarkan mereka pembelian set-set tren sejak zaman berzaman bukan atas permintaan KTMB, semua atas keputusan pihak atasan tanpa Tender, hanya "direct nego" membeli barang yang tidak berkualiti, bukan sahaja dari keperluan teknikal mahupun komersial, contoh hari ini KTMB dilambakkan dengan jenama yang sama dari Negara China cantik dari luaran, semua beri pujian tapi "asal boleh pakai" itu belum lagi pertukaran teknologi, lantaran lambakan benda yang tidak berkualiti inilah menghakibatkan pengurusan dan pekerja jadi mangsa tomahan, malah usaha-usaha terus berjalan dengan pembelian dari jenama yang sama tanpa "TENDER TERBUKA".
Apa pun asasnya atau puncanya ialah pengswastaan KTMB, hancurnya KTMB kerana idea pengswastaan KTMB.
RUM lebih menjerumuskan kepada cetusan idea atau asas atau punca menyebabkan pengswastaan KTMB, Justeru itu RUM tetap berpendirian bahawa cetusan idea Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri yang perlu diletakkan kesalahan.
Maka penjawat awam peringkat atasan yang tak tahu apa benda, syok sendiri terikut-ikut jalan mudah, mencari salah, menutup kelemahan sendiri dan mengambil kesempatan maka jalan mudah ialah menyalahkan pengurusan serta pekerja malah imej KTMB tercalar, sedangkan merekalah yang patut dipersalahkan juga.
Apa pun punca kesalahan ini tetap pada YABhg Tun Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia, kerana cetusan idea pengswastaan KTMB, maka hari ini pegawai dikalangan penjawat awam dah jadi lemah dan menjejaskan imej kerajaan memerintah itu sendiri, mereka ini sepatutnya digantikan dengan lebih berkelayakan dan berpengetahuan mengenai punca @ asas maka baru mampu diperbetulkan kembali KTMB.
Justeru itu RUM amat berharap YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia campurtangan dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh YABhg Tun Mahatir Mohamad, Mantan Perdana Menteri dengan mengembalikan KTMB ke Sektor Awam atau setidak-tidaknya Pindaan Akta Keretapi 1991 mengenai Perbadanan Aset Keretapi dikembalikan kepada urustadbir KTMB, aset-aset ini mampu menjanakan pendapatan KTMB tanpa pergantungan suntikan kewangan dari kerajaan malah dengan Plan Transformasi KTMB yang sedang giat diusahakan mampu menjadikan KTMB berdikari.
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB