Sejujurnya RUM simpati dengan penyelenggara landasan, walaupun RUM berjaya upgrade mereka dari Penyelenggara Am ke Penyelenggara Landasan pada CA 2, tapi mereka masih bergaji rendah, gaji minima RM 900.00.
Ramai yang tidak pandang Penyelenggara Landasan, seolah-olah mereka dianaktirikan, seolah-olah mereka tidak memainkan peranan, seolah-olah pekerja di bawah definasi 3D tidak dipedulikan, kerana tanpa mereka... mungkin "tak gerak, tak makan".
Tanpa mereka tren tak berjalan, tanpa mereka risiko keselamatan landasan boleh menghakibatkan kegelinciran, tanpa mereka netizen merungut bagai nak rak...
Bayangkan tanpa mereka... malah setiap gred dan jawatan yang wujud dalam KTMB masing-masing memainkan peranan, tiada lebih, tiada kurang, tanpa mereka tren tetap tak jalan, tanpa mereka jajaran tren belum tentu selamat.
Terima kasih semua pekerja Urusan Jalan, terima kasih semua pekerja KTMB dalam apa jua gred yang berkhidmat dengan penuh taat setia kepada KTMB, semoga KTMB terus dihormati dan disegani.
Sayangi KTMB....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB