Pihak RUM berharap SUB LEMBAGA PENGARAH KTMB memahami dan mengasihani pekerja-pekerja KTMB yang bergaji rendah.
Kita sentiasa berusaha untuk menjalinkan hubungan baik, kerana RUM tidak sesekali mahu wujudkan pergeseran apatah lagi pertikaian, al maklum Suara RUM mengganas demi kepentingan pekerja bukan eksekutif, maka marilah kita bersama-sama menjaga kepentingan KTMB dan kepentingan kumpulan pekerja yang bergaji rendah.
Jauhkanlah sesuatu yang tidak menyenangkan kami, kami hanya meminta menghargai usaha yang telah kami lakukan serta kami mahu faedah yang sama atau lebih baik dari penjawat awam dalilnya kami mendahului 10% + 2 mata gaji ketika pengswastaan.
Kerajaan telah menambahbaik skim perkhidmatan penjawat awam bermakna kami akan bertambah-tambah ketinggalan, kasihani kami yang jadi mangsa pengswastaan.
Justeru itu RUM bagi pihak kumpulan bukan eksekutif merayu pertimbangan sewajarnya melalui cadangan balas RUM pada 5.4.2016.
In Syaa Allah, kami golongan pekerja akan sangat-sangat berterima kasih sekiranya ini dapat dipenuhi.
In Syaa Allah kami akan terus berbakti kepada KTMB yang kami sayangi seterusnya berusaha bersama YB Dato Ir Haji Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, semua Lembaga Pengarah KTMB dan YBhg Dato Haji Sarbini Tijan, Presiden KTMB memacu KTMB kearah kecemerlangan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB