Saya tertarik dengan kenyataan abg Zaharin Mohd Yasin mengenai cetusan idea sehingga terbinanya Putrajaya, pada pandangan saya tidak kira idea siapa asalkan ianya membawa kebaikan kepada negara, maka cetusan idea yang dikemukakan itu perlu diterima, tetapi bukan soal ini yang saya nak bicarakan, ini hanya mukadimah topik bagi membuka laluan dari aspek RUM membicarakan cetusan idea RUM yang diceduk dijadikan idea Kementerian Pengangkutan.
Idea RUM ialah MULTIPLE OPERATOR yang dijalankan atau diusahakan sendiri oleh KTMB, tetapi kini telah diceduk oleh Kementerian Pengangkutan kononnya penambahbaikan dengan menyerahkan kepada PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) yang mana hasil pendapatan melalui MULTIPLE OPERATOR yang akan dikendalikan oleh RAC sudah tentu akan masuk ke "KANTUNG" RAC.
RUM beranggapan bahawa idea cetusan RUM telah dirompak untuk kepentingan pihak tertentu dan bukannya untuk kepentingan negara.
Disini bezanya antara kenyataan Sdr Zahrin tentang idea kewujudan Putrajaya dan Multiple Operator, antara kepentingan negara dengan kepentingan pihak tertentu. (Andai saya silap, mengenai Putrajaya mungkin abg zahrin boleh betulkan)
Maka itu RUM membantah, sewajarnya Multiple Operator sekiranya hendak dilaksanakan ianya perlu dilaksanakan oleh KTMB sendiri bukannya diletakkan kepada RAC, kerana kita sedar bahawa pendapatan dari Multiple Operator boleh menampung kos tambang bersubsidi yang diberikan kepada pengguna yang mengunakañ perkhidmatan KTMB.
Namun pada dasarnya keperluan Multiple Operator tidak sewajarnya diteruskan sekiranya jentera seperti lokomotif, wagon dan lain-lain mencukupi, lahirnya idea ini setelah menilai bahawa jentera seperti lokomotif dan wagon berkurangan, sekiranya lokomotif dan wagon mencukupi dan ada peruntukkan pembelian lokomotif baru serta wagon maka cadangan Multiple Operator sewajarnya ditolak.
Justeru itu kerajaan perlu memikirkan dengan "KADAR SEGERA" memperuntukkan lokomotif diesel baru serta membeli wagon-wagon baru, bagi memastikan perkhidmatan kargo yang sekitar 3% perniagaan kargo dalam negara yang dilaksanakan oleh KTMB mampu ditingkatkan sehingga 10% atau lebih.
Cuma perlu diingatkan Kementerian Pengangkutan jangan asyik nak beli melalui "direct nego" khususnya dari CHINA, sebab RUM duk pantau apa yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan.
Adalah diharapkan Kementerian Pengangkutan lebih telus dalam melaksanakan agenda negara khususnya demi memajukan KTMB, kerana kebaikan yang dinikmati bukan sahaja kepada pekerja KTMB tetapi kepada rakyat yang mengunakan perkhidmatan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
27 Mei 2016
IDEA PUTRAJAYA VS MULTIPLE OPERATOR
26 Mei 2016
MEMORI
PERSIDANGAN PERWAKILAN RUM TAHUN 1966 DIRASMIKAN OLEH YAB TUN HAJI ABDUL RAZAK TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.
21 Mei 2016
TERIMA KASIH - RALLY 21/5 sangat sukses.
Perhimpunan ini sebagai satu mesej RUM terus bersatu padu dan kuat, kita ibarat satu keluarga besar "cubit peha kiri, peha kanan rasa sakit, cubit peha kanan, peha kiri rasa sakit", kekuatan kekeluargaan ini terus di pacu demi berjuang untuk masa depan kita semua sebagai kaum pekerja.
Sumbangan sdr/i telah membuktikan melalui lagu RUM, "RUM BERSIAP SEDIA BERJUANG DENGAN JAYANYA".
Terima kasih yang tidak terhingga kepada:-
1. Pemimpin Kesatuan Sekerja Gabungan.
2. Majlis Eksekitif RUM
3. Semua Pemimpin RUM Cawangan
4. Jawatankuasa Belia RUM
5. Semua ahli-ahli RUM
6. Dr Ibrahim Mantan Presiden SOA
7. Eksekutif KTMB yang hadir
8. Wartawan
9. Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
10 Sekolah Kebangsaan Tamil, Bangsar
11. Sdr Mokhtar Timbalan Presiden RUM selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan Jawatankuasanya yang telah menjayakan RALLY 21/5 dengan sukses.
12. Semua yang tidak disebut di atas yang membantu menjayakan RALLY.
Tahniah kepada Kontinjen Terbaik.
1. RUM Cawangan Johor Bharu
2. RUM Cawangan Ipoh
3. RUM Cawangan Kuala Lumpur.
RUM berharap dan berdoa semua yang pulang ke destinasi masing-masing selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Syukur Alhamdulillah, RALLY sukses.
Perjuangan belum selesai... terus berjuang.. In Syaa Allah berjaya.
THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA (RUM)
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
20 Mei 2016
TERIMA KASIH KPD KUMPULAN EKSEKUTIF KTMB
RUM ingin menjemput semua EKSEKUTIF KTMB yang berkelapangan untuk hadir RALLY HARI PEKERJA esuk jam 8.00 pagi.
RUM amat berbesar hati dan merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan EKSEKUTIF KTMB untuk bersama RUM.
Kita adalah pekerja maka sewajarnya kita bersama-sama mempertahankan KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
19 Mei 2016
RAC tu tolong hentikan
Kepada
Yb Dato Aziz Karpawi
Tim Menteri
Kementerian Pengangkutan
Esuk Majlis Konvekesyen SLDN...
I know u...
U know me...
Harap Majlis berjalan dengan sukses...
Hidup Dato Aziz Karpawi
Yang banyak membantu RUM.
RAC tu tolong hentikan... hehe...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
17 Mei 2016
PERTUKARAN (SEKADAR MENGINGATKAN)
RUM tidak menghalang sebarang pertukaran berdasarkan pertukaran adalah "HAK BUDIBICARA MAJIKAN", namun "dasar pertukaran" yang telah termetrai antara KTMB & RUM hendaklah digunapakai.
Pertukaran mestilah mempunyai tempoh yang munasabah serta tidak menyusahkan pekerja, kesesusaian waktu bagi mengimbangi persekolahan anak, rumah, faktor umur dan isteri yang bekerja.
Rujuk semua pertukaran yang telah dilakukan berdasarkan penutupan Bengkel Sentul, Perpindahan Kuarters Johor Bharu dan sebagainya, elakkan main "bulldozed" kerana ianya menyusahkan pekerja dan keluarga pekerja.
Kalau tak tahu bertanya, kalau tak pandai belajar, kalau tak reti buka balik fail-fail lama untuk rujukan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
KENYATAAN AHLI RUM DALAM GROUP WHATSAPP DIPAPARKAN
Kalau kita tk sayang KTMB..
Apa lah RUM nk susah2 kesana kemari..
Krn Ini utk KITA SEMUA..
Kalu ahli2 tk support RUM
Makner nya ia sendiri telah runtuh dn hilangkan KTMB dr lubuk hati mrk..
Apa makner mrk ini dlm KTMB jika ia tk perdulikan periouk nasi mrk sendiri..
Jgn hanya mgharap belas org..jika kita sudh mula terantuk...
Masa itu sudh tidk berguna lagi..
Bantulah dn wujudkan sifat KEKITAAN sesama kita.
RUM adalah satu2 nya KITA SEMUA bukan RUM utk RUM..
RuM utk AHLI nya.
Fikir2kn.
Org kata ...
MUJUR lah ada RUM.
Kalau kamu seorg Bolehkah..? menyata Kamu seorg utk KTMB..
TIDAK sama sekali...
Tidk ada dlm sejarah SATU org boleh berdabik dada krn dia Seorang utk semua tanpa saluran ,acuan dn platfom
Boleh kah saudara..?
Tk Kemana ..?
Tk rok cetong pun
MAKA oleh sbb ķITA adalah Ramai dan bukan seorg bermaksud RUM adalah acuan kita sebenar yg "SATU" utk semua KITA...
Maka masuk lah yg satu ini.
Baru kita boleh sebut ..dn ada maksud "BERSATU"
Kalau yg duk perasan sorang2 tu..mana ada maksud bersatu..
Berseorgn adalah..
Maka ..
Masuk lah dlm yg SATU..
Fikir dn fhm
Utk nk.mudah fhm..
Jgn marah ya..
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
16 Mei 2016
LEGA... KALAU DIA BUKAN AHLI... (TEGURAN CARA KASAR)
Kadang-kadang bila berlaku sesuatu insiden, seperti kegelinciran, pocop, atau apa jua kes, pertama sekali RUM akan siasat adakah beliau ahli kesatuan atau bukan ahli kesatuan? kalau bukan ahli kesatuan... rasa lega sangat-sangat... sebab tak pening kepala... ialah... bukan ahli... kalau depa kena buang kerja pun.. RUM tak ambil pot... tak payah nak bagi khidmat nasihat, tak payah nak membela, apatah lagi kalau tertuduh itu benar-benar bersalah.... nak kena buang pun lagi RUM suka.... buat menyemak je.... sikit kesian pun tak de... sebab apa nak kesian... hahaha... sendiri jawab lah....
Kalau ahli RUM... adakala kita bersengkang mata... mencari jalan mempertahankan... malah RUM sanggup merayu minta tolong.... sebab nak tolong ahli RUM.... malah rasa seronok buat kerja membela/menolong/merayu untuk ahli-ahli yang setia.... kerana mereka ni tau betapa pentingnya RUM.
Tambah-tambah dalam keadaan kritikal sekarang ni... kalau bukan ahli tu... RUM cakap terus teranglah.. RUM tak ambil pot 101%.... kalau yang duk hangky pangky kat belakang-belakang tu... asyik percaya dengan seseorang, tambah-tambah yang pakar teori n persepsi.. esuk apa-apa berlaku... suruh seseorang tu tolong tau... jangan lak reverse 360 darjah bagi macam-macam alasan.... saya ahli lah... saya bayar yuran lah.. tapi bila RUM arah kerah tenaga.. bagi macam-macam alasan... RUM nak bagitau awal-awal... apa-apa berlaku.... jangan datang kat RUM.... gi lah minta tolong dengan orang tu..... sebab orang macam tu dia lebih power dari Perdana Menteri.... ataupun... kita bagi yang last sekaliiiiii... hehehe... eh! Ini tak adil.... hahaha.... gi tenguk cermin dulu... adil ke tak... hahaha
Just nak ingatkan... sebab orang-orang macam ni kena cakap kasar baru dia faham.... cakap lembut.. cakap memujuk... cakap berlapik... teranglah apa pun... dari A hingga Z.... semua berfakta.... tapi sepatah haram pun dia tak faham... lebih baik cakap dengan dinding....
Jadi beringatlah....
"JANGAN KEPALA DAH BENJOL, BARU NAK MENYESAL"... hahaha...
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
15 Mei 2016
MASALAH KTMB (KEWANGAN) MERAYU KERAJAAN MENYUNTIK KEWANGAN
Masalah utama KTMB ialah tiada suntikan kewangan, pendapatan KTMB tidak cukup untuk membayar peninggalan hutang-hutang seterusnya kekangan kewangan yang mengunsurkan kewujudan hutang baru, masalah ini akan menjadi lebih ketara bila rolling stock akan terus berkurangan kerana kegagalan membayar hutang atau tidak mampu membeli alat ganti.
Panek Klinik telah mula menghentikan perkhidmatan kesihatan kepada pekerja berikutan tunggakan yang tidak dapat di bayar di sebabkan "rolling" pembelanjaan atau berbelanja dengan berhemah.
Banyak lagi implikasi yang mungkin timbul, sekiranya kerajaan mengekang suntikan kewangan.
Pihak RUM memandang SERIUS mengenai perkara ini, kerana ianya VIRUS yang sangat MERBAHAYA.
Justeru itu RALLY 21 MEI 2016 memainkan peranan besar agar keluhan kita semua didengari oleh Kementerian Kewangan membantu dengan segera suntikan kewangan, sekiranya kita GAGAL menyedarkan khususnya yang terlibat dalam Bahagian Persyarikatan MoF... maka kita diambang bahaya.
RALLY juga bertujuan agar Kerajaan mendengar keluhan kami Warga KTMB seterusnya membantu KTMB dan Pekerja kerana faedahnya akan dinikmati oleh pengguna keretapi.
Ayuh... kita turun RALLY...
Demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
LAGU RUM
BERGEMA SUARA PEKERJA
DIBAWAH NAUNGAN KESATUAN
BERSATU MENJALIN IKATAN
BERSEDIA MENEMPUH DUGAAN
c/o
LEDAKAN SUARA SEMANGAT
IRINGI DENGAN MUAFAKAT
YAKIN DIRI PEMIMPINNYA
WIBAWA DENGAN MATLAMAT
KAMI BERGANDING BAHU
MENGANGKAT MARTABAT PEKERJA
BERUSAHA TERUS BERUSAHA
MENCAPAI APA YANG DICITA
Ulang c/o
RUM BERSIAP SEDIA
BERBAKTI UNTUK AHLINYA
RUM BERSIAP SEDIA
BERJUANG DENGAN JAYANYA
Lirik & Lagu Sdr Rafli Ahmad
13 Mei 2016
HARI PEKERJA (21 MEI 2016)
Biarpun 1 Mei dah lama berlalu, tapi tidak salah untuk menyambut Hari Pekerja, maka RUM bersama ahli-ahlinya akan mengadakan sambutan Hari Pekerja bagi tahun ini.
Hari pekerja ini sebagai platform RUM untuk mengimpunkan ahli-ahli RUM seluruh rangkaian KTMB yang berkesempatan untuk hadir, kami ibarat saudara dan satu keluarga bukan untuk merayakan tetapi mengigati perjuangan pemimpin yang lepas seterusnya mengolah satu suara menyuarakan kepentingan KTMB dan RUM.
Ayuh saudara-saudari kita tunjukkan perpaduan & kekeluargaan kita bersama dalam satu perhimpunan demi memertabatkan KTMB dan RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
12 Mei 2016
KENYATAAN PEMBACA DALAM SUARA KEADILAN
Tiada mana pihak boleh menulis bagi pihak Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
Kenyataan mengenai perumahan ini dalam perhatian RUM, malah usaha sedang dilakukan untuk mendapat peruntukan pembaikpulihan semua perumahan dipantai timur.
Melalui pembaikpulihan landasan pantai timur dengan bajet RM 600 juta oleh Kementerian Pengangkutan termasuk pembaikpulihan perumahan di antara Gemas - Tumpat.
YBhg Dato Presiden KTMB amat memahami kedudukan perumahan yang uzur dan berusaha untuk mendapat peruntukan dari kerajaan untuk membaikpulih semua perumahan keretapi.
Malah RUM berkeyakinan penulis yang tidak dikenali telah menulis secara SILAP tanpa merujuk dengan pihak RUM, malah kenyataan beliau boleh menjerumuskan satu tuduhan atau fitnah kepada Presiden KTMB.
RUM merasa dukacita dengan kenyataan sedemikian, RUM berharap penulis berkenaan boleh menghubungi RUM untuk penjelasan selanjutnya.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
PENGURUS BESAR & SENIOR MANAGER KTMB ( KEMBALI BERSATU ATAU LETAK JAWATAN!)
Bukan semua tapi segelintir, siapa makan cili dia terasa pedas!
RUM nak nasihatkan mereka ini kembali ke pangkal jalan dan bekerja bersungguh-sungguh bukannya buat "politik management", kalau tak nak kerja tulis surat "resign", jangan menyusahkan Presiden KTMB, anda menyusahkan Presiden KTMB implikasinya kepada semua warga KTMB
Dendam anda kenaikan gaji 15% yang diberikan oleh Mantan Presiden KTMB adalah salah, bertentangan dengan CA dan tidak mendapat kelulusan BOARD dan MOF, sepatutnya anda tidak boleh salahkan Dato Presiden KTMB, salahkan Mantan Presiden KTMB yang tidak mengikut prosedur.
Kalau anda merungut pasal penarikan 15% yang hanya dinikmati oleh GM & SM, adakah selama ni pekerja dari kumpulan Manager, Eksekutif dan semua kumpulan non eksekutif tidak bekerja?
Kalau yang merungut itu adalah pekerja bergaji RM 900.00 - RM 3000.00 di bawah paras kemiskinan itu adalah munasabah... tapi anda?????
Kalau anda rasa anda hebat... patut dibayar gaji tinggi... pergi cari company lain... mereka boleh bayar gaji yang tinggi.... kalau mereka inginkan anda....
RUM nasihatkan kembali ke pangkal jalan, bersama Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB memacu KTMB atau letak jawatan!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
SIMPATI KEPADA PRESIDEN KTMB
Ramai orang tak tau, apa yang berlaku maupun cara mana Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB bekerja. Walaupun kadangkala keputusan yang dibuat mungkin menyukarkan keadaan pekerja, ada yang mungkin mengandaikan dengan teori yang salah, apa nak buat zaman sekarang, zaman persepsi.
RUM banyak menulis, samada dibaca sepenuhnya atau dibaca sekerat-kerat, siapa yang mengikuti dari awal, In Syaa Allah mereka akan faham.
RUM mendoakan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan diberikan kekuatan dan semangat untuk meneruskan usaha-usaha beliau dalam memulihkan KTMB, RUM menyeru pada seluruh ahli-ahli RUM terus BERSATU dan BERSAMA dengan Presiden KTMB dalam memulihkan KTMB.
Maka 21 Mei 2016, kita bersama-sama turun dengan semangat HARI PEKERJA, menunjukkan sokongan kita kepada YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB agar beliau tabah dan terus berusaha memulihkan KTMB.
Ini cara RUM membantu Dato Haji Sarbini Tijan PRESIDEN KTMB dan Dato Ir Nawawi Ahmad PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH KTMB untuk memastikan KERAJAAN mendengar keluhan dan membantu KTMB, membantu KTMB maka ianya secara otomatis membantu PEKERJA.
Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
11 Mei 2016
IKLAN PENYEWAAN KIOSK DI STESEN KERETAPI OLEH PERBADANAN ASET KERETAPI (RAC) (KEHILANGAN PENDAPATAN KTMB)
Di bawah ni disertakan iklan untuk penyewaan kiosk di stesen-stesen keretapi oleh Perbadanan Aset Keretapi.
Tambang tiket keretapi adalah murah berbanding kos operasi, KTMB hanya mendapat sumber pendapatan dari perniagaan Tren Penumpang & Tren Kargo yang kos tambang yang dikenakan adalah sangat murah berbanding harga pasaran, kalau meniaga jual goreng pisang pun boleh untung, tapi KTMB ibarat meniaga buluh kasap.
Penyewaan kiosk yang diiklankan adalah satu contoh kehilangan pendapatan KTMB, yang sebenarnya melalui pendapatan sebeginilah membantu KTMB menanggung kos operasi. Secara jelas RAC bermodalkan air liur mengaut keuntungan ibarat kata "UNTUNG ATAS ANGIN".
Rakyat@penumpang@nitezen tidak mengetahui perkara ini, marahkan KTMB kerana menaikkan harga tambang, sebaliknya kenaikan tambang komuter dilembah klang baru-baru ini yang dihebuhkan adalah masih diparas kerugian berbanding kos operasi ialah 20 sen perkm berbanding tambang yang dikenakan sebanyak 15sen perkm, "HAK BUDI BICARA MUTLAK KERAJAAN" yang menentukan harga tambang dan menghalang KTMB menaikkan harga tambang ikut kadar pasaran, namun perbezaan tambang tidak ditanggung oleh kerajaan.
Setakat 5 bulan dari Januari 2016, Kementerian Kewangan di bawah bahagian persyarikatan (MKD) hanya melulus dan menyuntik sebanyak RM 15 juta sahaja, ianya tidak mencukupi menampung kekurangan perbelanjaan operasi KTMB sekurang-kurangnya RM 200 juta setahun, itu belum lagi peninggalan hutang oleh Mantan Presiden KTMB yang masih belum berbayar kepada penghutang yang dianggarkan lebih kurang RM160juta. Ini menyulitkan KTMB untuk menjalankan operasi sehingga terpaksa memberhentikan perkhidmatan tren Ekspress Rakyat/Peninsular dan Senandung Sutera.
Sekiranya RAC diletakkan di bawah pentadbiran KTMB, maka KTMB mampu menjana pendapatan antara RM 30 - 50 juta setahun atau mungkin lebih, ini akan mengurangkan bebanan perbelanjaan operasi KTMB malah kerajaan pada dasarnya boleh mengurangkan jumlah suntikan kewangan berdasarkan tuntutan KTMB, malah Kementerian Pengangkutan berjaya menjimatkan kos perbelanjaan menanggung kewujudan RAC sekiranya RAC dibubarkan
Justeru itu melalui RALLY 21.5.2016 langkah awalan untuk memulakan kempen:-
1. Kembalikan semua pengendalian aset oleh RAC kepada KTMB.
2. Hentikan semua perancangan pengambialihan aset-aset keretapi, cetusan idea yang sangat mengarut.
3. Memohon kerajaan menyuntik kewangan kepada KTMB.
4. Membayar kembali perbezaan tambang yang telah diberikan pengurangan @ subsidi kepada penumpang.
5. Tren Ekspress Rakyat/Peninsular dan Senandung Sutera yang dihentikan perkhidmatan hendaklah disambung semula operasinya
6. Menyegerakan semua pembelian Rolling Stock dengan cara Tender Terbuka bagi mewujudkan ketelusan dalam pembelian yang berkualiti dan pengunaan jangka panjang.
7. Kembalikan KTMB ke Sektor Awam
7 faktor di ataslah menyebabkan pekerja kerugian pelbagai faedah, adakah kerugian pelbagai faedah ini berpunca daripada Pekerja?
RUM tetap berpendirian selaras dengan keputusan Majlis Exco berjuang abis-abisan demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
09 Mei 2016
GABUNGAN RUM & SOA
RUM rasa sangat gembira bila YBrs Dr. Ibrahim Presiden SOA bergabung tenaga bersama dengan RUM berjuang dengan satu (1) mesej Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Gandingan ini sungguh mantap kerana pertama kali dalam sejarah kedua-dua Kesatuan Sekerja yang diiktiraf bergabung tenaga mempertahankan KTMB.
Walaupun YBrs Dr Ibrahim baru sahaja memegang jawatan tapi beliau memahami peranan Kesatuan Sekerja, tidak dinafikan bahawa sebelum ini SOA seolah-olah berperanan sebagai sebuah PERSATUAN mungkin kerana namanya Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan KTMB (SOA) agaknya mereka terlupa bahawa SOA didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja dan diiktiraf oleh KTMB maka terwujud Perjanjian Bersama antara KTMB & SOA terwujudnya pengiktirafan secara otomatis SOA tertakluk dengan Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177).
Dilihat dari Kesatuan luar yang ahli-ahlinya adalah dikalangan Eksekutif maka SOA yang telah wujud puluhan tahun agak ketinggalan berbanding dengan Kesatuan Eksekutif luaran dalilnya Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan TNB, Kesatuan Pekerja Eksekutif Airod dan banyak lagi jauh kedepan dan mempunyai suara yang lantang.
RUM mengucapkan Tahniah pada YBrs Dr Ibrahim selaku Presiden SOA yang telah menjalankan tugas dengan sangat baik bagi mewakili kumpulan Eksekutif, mudahan hubungan yang terjalin ini kekal dan terus bersama untuk mempertahankan KTMB.
RUM juga berharap SOA akan bersama dengan RUM dalam RALLY 21 MEI 2016.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
MEMORI (9/5! 2 tahun telah berlalu)
Biar pun ianya seolah-olah berakhir dengan satu kenangan pahit sehingga pembuangan kerja seramai 97 pemimpin dan ahli-ahli RUM tapi ia tetap berakhir dengan "KEMENANGAN!" perjuangan tidak pernah mengenal erti "lelah" maupun "putus asa", hanya dengan sedikit "kesabaran", kejayaan pasti ditinta.
"THIS IS RAILWAYMENS UNION OF MALAYA"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
08 Mei 2016
TRAJEDI SEMALAM AYUH BANGKIT....
Kita Bangkit...
Yang berlaku... telah pun berlaku..
Bukan kehendak kita...
Kita ada jauh lagi perjalanan...
Kita pulihkan kembali..
Kita terus bersemangat...
Tiada kenal erti putus asa..
Tiada kenal erti mengalah...
Itu asam garam kehidupan...
Itu cabaran...
Cabaran menjadi kita lebih kuat..
Ayuh semua..
Kita bersatu..
Kita bersama..
Meningkatkan azam...
Memulihkan KTMB...
Kita bersama Selamatkan KTMB...
Selamatkan KTMB, Selamatlah PEKERJA
Turun RALLY 21 MEI 2016
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
KEMALANGAN TREN
RUM ingin menjelaskan bahawa RUM tidak akan membuat sebarang kenyataan terbuka, memandangkan ianya masih dalam peringkat siasatan, RUM juga mengalu-alukan pihak SPAD untuk menyiasat bagi mengelakkan terulangnya trajedi sebegini.
Pihak RUM juga akan turut menyiasat bagi memastikan trajedi seperti ini tidak berulang lagi, pihak RUM akan mengumpul maklumat seterusnya akan membentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan, Kesihatan, Perkerjaan dan Persekitaran.
Pihak RUM juga memohon semua pihak khususnya ahli-ahli RUM tidak membuat sebarang spekulasi dan membiarkan pihak-pihak berkuasa menjalankan siasatan. Sebarang spekulasi boleh menjejaskan siasatan.
Pihak RUM dengan TEGAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan sebarang kecuaian dan bertentangan dengan semua aspek PERATURAN dan KESELAMATAN, tambahan ianya melibatkan nyawa pekerja, penumpang malah menjejaskan Imej KTMB dengan teruk.
Sekiranya ada perkara yang bertentangan Tindakan Tatatertib hendaklah diambil selaras dengan Prosedur Tindakan Tatatertib.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
07 Mei 2016
PENAMATAN EKSPRESS RAKYAT/PENINSULAR/SENANDUNG SUTERA
RUM merasa sedih bila EKSPRESS RAKYAT/PENINSULAR/SENANDUNG SUTERA bermula 19 Mei 2016 ditamatkan perkhidmatannya, ianya satu kehilangan perkhidmatan tren kepada pekerja KTMB dan rakyat Malaysia dengan kadar tambang yang murah.
RUM amat memahami larian ini tidak menguntungkan, kos operasi lebih tinggi dari kos pendapatan yang diterima kerana kadar tambang di bawah perkiraan 11 sen perkm, sedangkan kos operasi adalah 20 sen perkm.
Dalam keadaan menyelamatkan KTMB penjimatan kos adalah sangat penting, tiada pilihan lain, selain dari menamatkan perkhidmatan.
Namun RUM berharap keperihatinan Kerajaan menyuntik sumber kewangan perbezaan tambang yang bersubsidi, kerana kita menyedari bahawa KTMB sebagai syarikat Swasta yang memberi perkhidmatan kepada rakyat tidak mampu menanggung kos operasi dengan kadar kos operasi yang tinggi dari kos pendapatan. Dengan hanya demikian maka tren-tren ini mampu beroperasi semula.
Dimanakah "PERKHIDMATAN SOSIAL"? adakah ianya "TERHAKIS"?
Justeru itu RALLY 21 Mei 2016 adalah amat penting untuk menjalankan kempen Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja. Rakyat menikmati faedah!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
KHABAR ANGIN @ MULUT LONGKANG
KHABAR ANGIN @ MULUT LONGKANG
YBhg Dato Sarbini Bin Tijan Ditamatkan Perkhidmatan.
Hebuh satu ketika 4 - 5 bulan yang lepas, tukang karut, tukang bawa cerita, tukang bawa khabar angin, tukang provokasi @ mulut longkang...
Mantan Presiden KTMB akan ambilalih kembali jawatan Presiden KTMB, YBhg Dato Haji Sarbini Tijan akan ditamatkan kontrak, Mantan Presiden KTMB menang kes, akan memegang jawatan Presiden KTMB 1 Mei 2016, kecoh 1 dunia...
Bersilat nak menjawab, yang mendengar... percaya bulat-bulat... bawa pula cerita dari utara - selatan sampai ke pantai timur....
Sekarang nak percaya lagi?
Fikir... fikir... fikir... yang tukang karut ni jenis busuk hati... dengki... malah penting diri sendiri... yang kita terikut-ikut tu kenapa.... aiyaaa....
Kalau nak percaya... percaya pada orang yang boleh percaya... atau siasat latar belakang yang empunya@pembawa cerita... baru boleh tau... pembawa cerita ini betul ke atau tiga suku orangnya atau berniat jahat.
Nah! Sekarang 6 Mei 2016... mana pembawa citer tu.... hahaha... gi lah tanya dengan pembawa citer tu....
TERBARU (MESEJ YANG DISAMPAIKAN PADA RUM)
Mantan Presiden KTMB akan dilantik sebagai Presiden KTMB.
manakala...
YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan akan dilantik sebagai Pengurus Besar RAC
Hahahaha.... letih... tenguk mulut longkang ni... tak abis-abis... gi buat kerja... jangan duk sebuk buat citer... adoiiiiiii...
Patutnya kita mempertahankan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan abis-abisan... kerana beliau berusaha sungguh-sungguh nak selamatkan KTMB, hentikanlah citer-citer begini, tumpukan kepada kerja, bantu Presiden KTMB, baru kita SELAMAT.....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
RALLY BUKAN PERTIKAIAN!
RUM ingin menjelaskan bahawa RALLY 21 Mei 2016 "BUKAN PERTIKAIAN" ianya sebahagian dari aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja yang ingin menyambut Sambutan Hari Pekerja.
Rally lebih dari menyampaikan mesej kepada pihak tertentu mengambil perhatian kenyataan yang dikeluarkan tentang kegusaran kepimpinan RUM atas usaha-usaha RAC mengambilalih aset KTMB.
RUM juga akan melahirkan bantahan dengan tindakan yang bakal dilakukan usaha ini bagi tujuan agar SUARA RUM didengari agar ianya tidak dilakukan.
Selain dari itu, RUM ingin membantu KTMB agar pihak yang berkenaan segera membantu KTMB dengan kadar segera melalui suntikan kewangan dan perbezaan tambang yang bersubsidi ditanggung oleh kerajaan. RUM telah perhatikan bahawa KTMB diibaratkan sebagai anak tiri sehingga pihak yang berkenaan hanya pandai menunding jari kepada pihak pengurusan KTMB tetapi tidak membantu mengatasi masalah yang berlaku. Yang paling menyedihkan seolah-olah pihak berkenaan mempermainkan pengurusan KTMB.
RUM melihat usaha-usaha yang dilakukan seolah-olah sengaja hendak melumpuhkan KTMB atau pihak-pihak tertentu ingin menutup kelemahan yang berlaku.
RUM sendiri memberi keyakinan penuh kepada YB Dato Ir Nawawi Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB dan YBhg Dato Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB yang berusaha gigih mengembalikan kegemilangan KTMB, kedua-dua individu ini menjalankan tugas penuh tanggungjawab dan sangat berdedikasi.
Usaha-usaha sedemikian perlu diwar-warkan agar pihak luar mengetahui apa yang berlaku, malah kita berusaha untuk menyampaikan mesej ini ke pengetahuan YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA agar dapat campurtangan dan membantu KTMB dan Pekerja KTMB.
Selain itu usaha-usaha dilakukan untuk mengembalikan KTMB ke Sektor Awam melalui rayuan-rayuan kami kepada Kerajaan, usaha ini bersangkutan dengan kepentingan perkhidmatan sosial demi kepentingan rakyat.
Mesej ini sangat penting demi "SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA"
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB
06 Mei 2016
MALAS RUM PUN MALAS JUGA TAPI TAK BOLEH!
Malas tak usah cakap...
Jemu & Bosan...
Itu biasa...
Penat...
Lagi laaa...
Kalau ikut hati...
Mati...
Kalau ikut perasaan...
Marah...
Terasa...
Lantaklah...
Tapi...
Boleh ke????
Tak boleh...
Kerana itu "SIKAP NEGATIF"!
Tapi itulah sikap segelintir manusia...
Yang tak ambil kesah...
Tak ambil peduli...
Cukup bulan dapat gaji... udah...
Aiyaaaa...
Aku ada hal...
Aku dah janji ngan family...
Tak abis-abis RUM ni...
Nanti kena buang kerja...
Aku takuttttt.....
Buang masa sahaja...
RUM ini pilih kasih...
Duk dalam RAC pun apa masalah..
Kalau MMC ambil dulu... gaji dah tinggi...
Kalau Datuk EK ada gaji pun tak lambat...
Ada yang kira formula penamatan perkhidmatan... agaknya... dapat RM 1 juta kot... lepas ni balik kampung leh tanam jagung....
Haha... sikap... yang tak pernah ambil peduli... yang ada penting diri sendiri....
Kalau ini SIKAP PEMIMPIN RUM...
Abislah kau orang...
Abis... abis... abis...
Pemimpin RUM...
Boleh gelak...
Boleh senyum...
Boleh ketawa...
Ada aku kesah...
Kita manusia juga...
Kita serupa...
Hahaha...
Buat penat...
Buat masalah...
Cari orang benci...
Cari orang menyampah...
Sampai kena buang kerja
Itulah nasib PEMIMPIN RUM...
Tidak dihargai...
Begitulah...
Nasib semua pemimpin Kesatuan Sekerja...
Nama pun KESATUAN SEKERJA
Memastikan nasib pekerja TERJAMIN...
Inilah...
Tanggungjawab dan Amanah...
Tak boleh fikir malas..
Tak boleh fikir selesa...
Tak boleh fikir... lantaklah...
Tak boleh fikir.... ada aku kesah...
Tak boleh fikir... penting diri sendiri..
Tak boleh!
Tak boleh!
Ini Perjuangan...
Perjuangan Kesatuan Sekerja...
Periuk Nasi Pekerja...
Selamatkan KTMB, Selamatkan Pekerja..
Ayuh kita bersama...
RALLY 21 MEI 2016...
HIMPUNAN PEKERJA @ AHLI-AHLI RUM..
Berkorbanlah...
Demi...
Selamatkan KTMB...
Selamatlah PEKERJA..
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.
05 Mei 2016
FOBIA PEMBUANGAN KERJA JAMINAN RUM
RUM tahu kemungkinan ada fobia mengenai pembuangan pekerja ketika kemelut RUM.
RUM ingin jelaskan...
1. Bukti bahawa pembuangan itu tidak sah... semua pemulihan telah dilakukan tanpa kehilangan atau kerugian 1 sen pun, pihak pengurusan KTMB memohon maaf atas apa yang berlaku.
2. Rally adalah sambutan Hari Pekerja, satu perhimpunan ahli-ahli RUM, ianya adalah sebahagian aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177)
3. Sekiranya Piket... Piket adalah aktiviti kesatuan sekerja yang dibenarkan oleh Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177)
4. Ini periuk nasi semua pekerja KTMB, anda takut... anda sendiri yang memasukkan pasir dalam periuk nasi anda.
5. CA 8 sub board tolak... hanya dgn fakta kekuatan shj yg kita ada, kalau anda takut, lupakan pelarasan gaji atau kenaikan sebarang elaun, kerja mudah bagi RUM untuk bersetuju apa sahaja keputusan Board maupun keputusan MoF.
6. RUM tak de... anda semua tak kemana... dan anda rugi segala2nya... Buang sahaja CA dalam tong sampah, masa tu anda tau... anda dimana?
7. Maka itu TURUN RALLY seberapa ramai yang mungkin, dgn syarat anda tidak bekerja atau dalam tugas, nak sesuatu perlukan "PENGORBANAN".
8. Perlu disedari kenyataan SUARA RUM adalah kenyataan "BLACK & WHITE", setiap kenyataan RUM sebagai organisasi yang "SAH" dan DIIKITRAF".
9. Kenyataan RUM bukan cakap macam "pasar malam" atau cakap yang berunsur "fitnah" atau cakap berbentuk "khabar angin" atau cakap "kedai kopi". Semua kenyataan RUM bersandarkan peruntukkan undang-undang yang membenarkan.
10. RUM bagi JAMINAN tiada sebarang implikasi kepada mana-mana individu ahli RUM maupun pekerja yang menghadiri RALLY 21 MEI 2016. RALLY menolak RAC ambilalih Aset Keretapi dan Mengembalikan KTMB ke Sektor Awam.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
04 Mei 2016
PENGORBANAN AYUH KITA TURUN RALLY
Dalam perjuangan perlukan pengorbanan, pengorbanan dari segi masa, keluarga maupun wang ringgit, apatah lagi ianya melibatkan periuk nasi diri sendiri.
RUM pula... pengerak, perancang, pemikir malah memimpin, itu peranan RUM, maka apa yang RUM lakukan adalah untuk kebaikan seluruh warga KTMB khususnya ahli-ahli RUM.
Pemimpin RUM akan melakukan yang terbaik untuk ahli-ahlinya, bukan sesuatu yang mudah, bukan sesuatu yang boleh buat kita mengalah, bukan sesuatu yang membuat kita alpa maupun rasa selesa, kerana yang mendatang mungkin bala yang menimpa.
Anda SAYANGKAN KTMB, anda SAYANGKAN KERJAYA anda, ayuh kita bersama sambut HARI PEKERJA (RALLY) perhimpunan warga RUM, kita saudara, kita ibarat keluarga, susah senang kita bersama, sambutlah dengan tujuan MURNI demi Selamatkan KTMB, Selamatlah PEKERJA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
03 Mei 2016
MEF MENYUSAHKAN GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH!
MEF SEMEMANGNYA BEGINI! MENYUSAHKAN SEMUA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH!
KESATUAN SEKERJA GABUNGAN KALAU TAK KUAT, MEF MAMPU MENELAN KESATUAN SEKERJA.
KENYATAAN RASMI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA KTMB
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/30-000-pekerja-diberhentikan-jika-pgm-2016-berkuatkuasa-1.516232
02 Mei 2016
SMART PARTNERSHIP MENJELANG SETAHUN PERKHIDMATAN PRESIDEN KTMB (5 MEI 2016)
SMART PARTNERSHIP
MENJELANG SETAHUN PERKHIDMATAN PRESIDEN KTMB (5 MEI 2016)
(YBhg Dato Haji Sarbini Tijan)
RUM sangat tertarik dengan ucapan YBhg Tuan Haji Shafiie BP Mammal Presiden UNI MLC ketika Majlis Hari Pekerja anjuran UNI MLC mengenai Smart Partnership.
Dalam Majlis tersebut juga penganugerahan Smart Partnership telah diberikan kepada enam (CEO) yang turut hadir bersama Presiden Kesatuan Sekerja antaranya Pos Malaysia, DIGI dan lain-lain.
RUM dan PRESIDEN KTMB juga telah mengerakkan usaha Smart Partnership dengan bersama YBhg Dato Sarbini Bin Tijan sebaik beliau dilantik sebagai Presiden KTMB malah RUM akan bersama merealisasikan Transformasi KTMB. Usaha ini telah menghasilkan banyak kejayaan demi Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Antara lain RALLY 21 Mei 2016 yang bakal dianjurkan, bertujuan untuk menyokong kepimpinan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan Presiden KTMB dengan mempertahankan aset KTMB serta mengesa kerajaan menyuntik kewangan kepada KTMB dan perbezaan tambang yang diberi subsidi kepada penumpang (rakyat) Malaysia.
RUM juga ingin memaklumkan bahawa YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan yang akan genab setahun menjalankan tugas sebagai Presiden KTMB melalui surat perlantikan berkuatkuasa 2 Mei 2015 telah berjaya mengembalikan perkhidmatan tren di Pantai Timur serta Refurbishment set EMU.
Kejayaan turut tercapai lagi bila YBhg Dato Haji Sarbini Tijan telah mempopularkan kembali perkhidmatan tren kepada seluruh Rakyat Malaysia ini telah disahkan oleh YB Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia dalam ucapan dan sidang akhbar di Hari Pekerja UNI MLC.
Kejayaan paling besar YBhg Dato Sarbini Bin Tijan ialah dalam tempoh setahun perkhidmatannya ialah penjimatan kos perbelanjaan lebih dari RM 100 juta, ini satu kejayaan besar dalam usaha untuk memulihkan KTMB.
Usaha dan kerjasama melalui Smart Partnership terbukti berjaya, RUM dan YBhg Dato Haji Sarbini Bin Tijan terus berusaha membuktikan bahawa KTMB mampu berjaya dan meraih keuntungan, dengan syarat KTMB tidak di "ANAKTIRIKAN".
Justeru itu TIADA ALASAN untuk menjadikan KTMB hanya sebagai "Operator Tren" sahaja, seperti mana perancangan yang dibuat untuk mengambilalih semua aset keretapi oleh RAC.
RALLY 21 MEI 2016 UNTUK MEMPERTAHANKAN SEMUA WARGA KTMB DAN KTMB.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
01 Mei 2016
SEJARAH HARI BURUH SEDUNIA (International Labors Day)
Hari Buruh Sedunia yang diperingati setiap tahun pada 1 Mei, berawal dari pergerakan yang dilakukan oleh buruh-buruh di Amerika pada tahun 1886. Gerakan yang juga popular dengan nama “May Day” ini bermula dari rasa ketidakadilan yang dirasakan oleh proletariat di Amerika mengenai jumlah jam bekerja, yang bekerja sehingga 16 jam sehari. Kemudian proletariat ini melakukan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut 8 jam kerja setiap hari, dan kenaikan upah yang layak. Demonstrasi besar-besaran dimulai pada awal April 1886, dengan jumlah pendemonstransi sekitar 850 ribu dari berbagai penjuru negara di USA.
Dalam jangka waktu dua minggu gerakan proletariat membesar menjadi sehingga 350 ribu buruh. Kota Chicago adalah jantung gerakan diikuti oleh sekitar 90 ribu buruh. Di New York, demonstrasi yang sama diikuti oleh sekitar 10 ribu buruh, di Detroit diikuti 11 ribu buruh. Demonstrasi pun menjalar ke berbagai kota seperti Louisville dan di Baltimore demonstrasi mempersatukan buruh berkulit putih dan hitam. Sampai pada 1 Mei 1886, demonstrasi yang menjalar dari Maine ke Texas, dan dari New Jersey ke Alabama diikuti oleh setengah juta buruh di negeri tersebut.
Perkembangan ini memancing reaksi yang juga besar dari kalangan pengusaha dan pejabat pemerintahan setempat saat itu. Melalui Chicago’s Commercial Club, dikeluarkan dana sekitar US$ 2.000 untuk membeli peralatan senjata bagi menghadapi pendemonstrasi. Demonstrasi Secara Aman menuntut pengurangan jam kerja itu pun berakhir dengan korban dan rusuhan. Sekitar 180 anggota polis menghalang demonstrasi dan memerintahkan agar demonstrasi dibubarkan. Tepat pada 1 Mei 1886, di bandar Haymarket Square Chicago, jumlah peserta demontrasi yang awalnya ribuan orang tinggal beberapa ratus buruh sahaja. Kemudian tanpa diketahui dari mana asalnya, sebuah bom meledak di barisan anggota polis yang mengakibatkan seorang petugas terbunuh dan puluhan diantaranya tercedera. Kejadian ini menghakibatkan pihak polis bertindakbalas dengan menembak secara membabi buta ke semua peserta demonstransi. Jumlah sebenar yang terkorban tidak terhitung secara pasti, beberapa sumber menyebutkan puluhan demonstransi terbunuh dan ratusan lainnya tercedera. Hingga beberapa hari kemudian, polis dan tentara AS melakukan pembersihan di Chicago untuk mencari sisa pendemonstransi yang dianggap radikal. Ratusan orang ditangkap dan dipenjara tanpa alasan yang jelas.
Bagi kaum revolusioner dan aktivis gerakan pekerja saat itu, tragedi Haymarket bukanlah sekadar sebuah drama perjuangan tuntutan "LAPAN JAM SEHARI", tetapi sebuah harapan untuk memerjuangkan dunia baru yang lebih baik. Pada Kongres Internasional Kedua di Paris, 1889, 1 Mei ditetapkan sebagai hari cuti sempena hari pekerja. Penetapan untuk memperingati para pejuang Haymarket di mana bendera merah menjadi simbol setiap tumpah darah kelas pekerja yang berjuang demi hak-haknya. Hingga saat ini, setiap 1 Mei diperingati oleh seluruh buruh di dunia sebagai monumental suatu perjuangan menuntut keadilan dan kesejahteraan yang lebih baik bagi kaum buruh.
Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB