RUM rasa sangat gembira bila YBrs Dr. Ibrahim Presiden SOA bergabung tenaga bersama dengan RUM berjuang dengan satu (1) mesej Selamatkan KTMB, Selamatlah Pekerja.
Gandingan ini sungguh mantap kerana pertama kali dalam sejarah kedua-dua Kesatuan Sekerja yang diiktiraf bergabung tenaga mempertahankan KTMB.
Walaupun YBrs Dr Ibrahim baru sahaja memegang jawatan tapi beliau memahami peranan Kesatuan Sekerja, tidak dinafikan bahawa sebelum ini SOA seolah-olah berperanan sebagai sebuah PERSATUAN mungkin kerana namanya Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan KTMB (SOA) agaknya mereka terlupa bahawa SOA didaftarkan di bawah Akta Kesatuan Sekerja dan diiktiraf oleh KTMB maka terwujud Perjanjian Bersama antara KTMB & SOA terwujudnya pengiktirafan secara otomatis SOA tertakluk dengan Akta Perhubungan Perusahaan (Akta 177).
Dilihat dari Kesatuan luar yang ahli-ahlinya adalah dikalangan Eksekutif maka SOA yang telah wujud puluhan tahun agak ketinggalan berbanding dengan Kesatuan Eksekutif luaran dalilnya Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan TNB, Kesatuan Pekerja Eksekutif Airod dan banyak lagi jauh kedepan dan mempunyai suara yang lantang.
RUM mengucapkan Tahniah pada YBrs Dr Ibrahim selaku Presiden SOA yang telah menjalankan tugas dengan sangat baik bagi mewakili kumpulan Eksekutif, mudahan hubungan yang terjalin ini kekal dan terus bersama untuk mempertahankan KTMB.
RUM juga berharap SOA akan bersama dengan RUM dalam RALLY 21 MEI 2016.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB