Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bulan Ramadhan ni, saya kurang menulis, kurang menulis tidak bererti, RUM tak buat kerja, cuma rehat seketika untuk menulis.
Dalam masa yang sama, ramai bertanya mengenai Bantuan Khas Hari Raya, untuk makluman, pihak RUM telah mengutus surat kepada YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, Malaysia, semua yang berkaitan dengan KTMB termasuk Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, semua Lembaga Pengarah KTMB dan Datuk Presiden KTMB sehari selepas pengumuman YAB Dato Seri Perdana Menteri Bantuan Khas Hari Raya Aidil Fitri kepada Penjawat Awam.
Mudah-mudahan kita semua Warga KTMB turut menerima Bantuan Khas Hari Raya. RUM yakin bahawa semua yang terlibat khususnya YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia amat memahami kedudukan pekerja KTMB bukan sahaja bekerja di bawah gaji pasaran tapi adalah golongan berpendapatan rendah.
Semoga dan harapan Bantuan Khas Hari Raya yang dinikmati oleh Penjawat Awam dipanjangkan kepada Warga KTMB, sama-sama kita mendoakan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB