RUM telah menerima screenshot dalam group Whatsapp yang telah tersebar meluas kononnya jawapan balas dari pihak RAC, oleh kerana ianya ada logo RAC maka RUM beranggapan jawapan itu adalah jawapan rasmi RAC, justeru itu bagi mengelakkan keraguan, maka di bawah ini jawapan balas dari RUM.
RUM juga berharap pihak RAC membaca jawapan balas dari RUM.
Jawapan Balas
1. RUM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan RAC seolah-olah akan mengambil kontrak pengurusan KTMB seperti Marak Unggul. Sila kemukakan bukti kenyataan bahawa RUM telah mengeluarkan kenyataan tersebut?
2. Pernyataan RUM adalah membantah sebarang pengambilalihan aset keretapi dan memulangkan kembali kepada KTMB melalui pindaan Akta Keretapi 1991 maksudnya isu ini tiada kena mengena dengan RAC sebaliknya dengan pembuat dasar dengan mengemukakan rayuan.
3. Isu Multiple Operator dan pengambilalihan OMC apakah ianya kenyataan yang tidak berasas? RUM nak bagitau kepada penulis tersebut, isu ini bukan RAC yang perlu jawab, seperti RUM katakan ianya tiada kena mengena dengan RAC, yang perlu menjawab kepada RUM ialah Kementerian Pengangkutan.
4. Melihat dari sudut pengambilalihan aset keretapi sepeti lokomotif dan lain2, boleh atau tidak? apakah kemampuan RAC untuk mengendalikan pembaikpulihan loko dan sebagainya? Tidak mustahil kewujudan outsource berdasarkan RAC tidak mempunyai kepakaran hanya sekadar dari sudut pentadbirannya boleh ditafsirkan sebagai pemegang amanah sahaja. Isu ini juga tiada kena mengena dengan RAC, yang perlu menjawab ialah Kementerian Pengangkutan.
5. RUM tidak pernah menafikan aset di bawah RAC seperti mana termaktub dalam Akta Keretapi 1991, surat RUM kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri, sesalinan kepada MoF, Mot dan juga sesalinan kepada Pengurus Besar RAC telah menjelaskan. (Mungkin admin yang menjawab kenyataan ini tidak membaca surat berkenaan)
6. Apa kena mengena CA 8 dengan RAC? RUM tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa CA 8 ada kene mengena RAC. Sila kemukakan bukti yang RUM ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Kesimpulan
Harap jawapan ini telah menjelaskan, RUM juga tidak tahu siapakah bagi pihak RAC yang menulis kenyataan @ jawapan yang berkemungkinan ada seseorang yang kemukakan, apa yang boleh diperkatakan individu yang bertanyakan soalan adalah seorang yang "cetek pengetahuan @ buta isu", manakala penulis yang menjawab bagi pihak RAC ini seorang yang tidak cukup berpengetahuan untuk menjawab bagi pihak RAC malah tidak mengetahui isu sebenar sehingga mengeluarkan jawapan balas sedemikian.
Andai ini jawapan yang diberikan oleh RAC maka kita boleh menilai tahap dan kemampuan RAC, sungguh memalukan "kecetekan kemampuan".
Satu ulasan dari pihak RAC yang jauh menyimpang.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB