Terima kasih atas jemputan, saya bersama Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden hadir di Majlis Raya KTMB, cuma tak sempat nak bergambar.
Saya sempat berbual mesra dengan Lembaga Pengarah yang hadir bersua muka dengan Presiden KTMB, Pengurus Besar KTMB, tak lupa rakan baik saya GM TMOD, tetap bergurau mesra.
Sempat berbual dengan mantan2 pekerja KTMB dan siapa yang sempat ditemui termasuk dikalangan exec (al maklumlah ramai sangat, semua tengah sebuk menjamu selera), dalam banyak berbual tu, tetap ada pertanyaan bagaimana kedudukan Perjanjian Bersama (CA), malah masa dalam kereta ketika pulang ke opis, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung juga memaklumkam ditanya soalan yang sama mengenai CA, rata-rata yang bertanya dari kalangan EXEC, kami pun maklum EXEC juga pekerja, sewajarnya bertanyakan soalan pada SOA bukan kepada kami, tapi kami tetap jawab sebab semua rakan-rakan sekerja tak kira apa pun jawatan mereka.
Secara lisan saya jelaskan sebab musababnya, cuma dalam Suara Rum saya tak dapat jelaskan secara terbuka, ayat yang saya boleh keluarkan hanyalah "BERSABAR", sabarlah... yakin pada REZEKI, rezeki datang dari Allah Swt, kita di RUM sentiasa berusaha untuk merealisasikan.. In Syaa Allah.
Namun khamis ini (28.7.2016) Mesyuarat Exco, pada Exco yang hadir, saya akan jelaskan sebab musababnya, kerana Exco yang hadir adalah pembuat keputusan dasar selepas persidangan perwakilan, turut hadir dalam Mesyuarat Exco adalah Pengerusi/Setiausaha Cawangan selaku pemerhati, yang mana semua maklumat dan perkembangan dalam Mesyuarat Exco akan diketahui seterusnya menyampaikan butirannya kepada Jawatankuasa Cawangan dan ahli-ahli cawangan yang diterajui mereka, menjadi tanggungjawab Pengerusi/Setiausaha Cawangan untuk menyampaikan perkembangan terkini kepada ahli-ahli RUM dan selaku ahli-ahli berhak untuk bertanyakan kepada Pengerusi/Setiausaha dan Wakil Bahagian masing-masing.
Terima kasih sekali lagi kepada pihak pengurusan yang sudi menjemput kepimpinan RUM, kami sangat hargai.
Presiden RUM