RUM dalam Mesyuarat Exconya telah menolak MULTIPLE OPERATOR yang cadangan asal atau cetusan idea dari RUM sendiri. Asas pada cetusan idea ini untuk membantu Pengurusan KTMB dalam mencari sumber pendapatan, walaupun RUM sedar dari sudut implikasinya kepada pekerja dan KTMB tetap wujud, namun dari aspek lain ianya mampu memberi faedah kepada pekerja dan KTMB.
Sayangnya Pengurusan KTMB yang diketuai Mantan Presiden KTMB tidak mengambil kesempatan ini atau mungkin beranggapan idea "budak yang tidak sekolah" tidak boleh diterima.
Hari ini idea RUM telah diceduk oleh Kementerian Pengangkutan yang cuba mewujudkan Multiple Operator di bawah RAC, keuntungan ini akan dimiliki oleh RAC sebagai "pengaut untung tanpa modal", RUM melihat ianya menghikis hak KTMB sebagai peneraju tunggal keretapi.
Justeru itu RUM menarik balik cadangan ini dan akan bersedia mengambil tindakan perusahaan sekiranya percubaan untuk melakukan Multiple Operator oleh mana-mana pihak demi mempertahankan kepentingan KTMB dan pekerja.
Kepentingan atau setiap cadangan yang mungkin RUM kemukakan adalah untuk kepentingan KTMB dan faedahnya dinikmati oleh pekerja, RUM bersedia menentang mana-mana pihak yang berkepentingan untuk merosakkan KTMB sehingga boleh mewujudkan kehancuran KTMB dan kehilangan faedah kepada pekerja
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB