Menarik sekali kenyataan YBhg Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan.
"MOT nak buat MRO supaya KTMB untung, KTMB sebagai Operator"
"Pengurusan KTMB tidak mampu menjana pendapatan KTMB, peluang telah diberi"
RUM telah pun jelaskan bahawa dalam soal ini, RUM sentiasa memantau pengurusan, menyedarkan betapa pentingnya meningkatkan pendapatan dengan mencari peluang-peluang perniagaan, malah sanggup berperang dengan dua (2) mantan Presiden KTMB sehingga 97 pemimpin dan ahli kesatuan sekerja dibuang kerja kerana dalam hal ini pekerja tidak bersalah dan tidak sewajarnya pekerja jadi mangsa.
KTMB mampu melakukan sesuatu untuk memulihkan KTMB, tetapi KTMB sentiasa jadi mangsa keadaan berdasarkan pembelian set-set keretapi yang tidak berkualiti.
YBhg Dato Sarbini Tijan Presiden KTMB sedang berusaha kearah itu, beri peluang, cuma jangan banyak campur tangan dari pihak luar khususnya kontraktor yang sangat berminat memberi proposal untuk ambil jabatan tertentu atau mengwujudkan "second or third operator", walaupun dianggap saingan itu baik, tetapi dengan landasan yang ada hanya dua (2) hala akan menganggu operasi tren malah akan menyebabkan KTMB diperkecilkan.
Pekerja juga akan kehilangan faedah yang ada khususnya apa yang terkandung dalam CA sekiranya ia diserapkan dalam syarikat-syarikat tertentu malah belum tentu syarikat berkenaan mengambil mana-mana pekerja berkemungkinan pembuangan kerja akan berlaku.
Sewajarnya kajian perlu dibuat bagaimana skop perniagaan KTMB lebih berkembang, andai sejarah KTMB cukup bagus satu ketika dulu, kenapa hari ini, kita tidak mampu melakukan sebaliknya mencetuskan idea pengecilan sehingga KTMB hanya sebagai operator.
RUM hanya nampak bahawa teknik yang dilakukan ini adalah untuk kepentingan pihak tertentu tetapi bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.
Dalam pertemuan semalam, YBhg Datuk Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan boleh digambarkan amat memahami apa yang telah dijelaskan, malah RUM juga bagi sedikit contoh bahawa pemulihan dapat dilakukan sekiranya pihak pengurusan KTMB bersungguh-sungguh melakukan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB