Cukup sampai disini penulisan RUM mengenai KARGO, tulisan RUM diharapkan pihak Pengurusan KTMB dan semua yang berkaitan faham mesej RUM, ianya tidak secara detail, tapi secara tersiratnya mungkin membawa maksud mendalam.
RUM juga ingin menyentuh PEMANDU, sewajarnya PEMANDU membuat kajian secara menyeluruh Industri KARGO dinegara ini, agar pengangkutan KARGO lebih tersusun memberi impak yang baik bukan sahaja kepada negara tapi kepada rakyat keseluruhan, RUM tidak berhasrat nak menghighlightkan tentang Pengangkutan Kargo dinegara ini, ramai lagi yang pakar dan arif diluar sana mampu menyusun semula khususnya pengangkutan Kargo Darat.
Pada yang mungkin tersentuh dengan penulisan RUM, saya yang bertanggungjawab atas kapasiti Presiden RUM memohon ampun dan maaf, pengolahan sedikit ini berdasarkan keputusan Majlis Exco yang menarik balik cadangan Multiple Operator.
Majlis Exco RUM bertanggungjawab terhadap pekerja dan masa depan pekerja, sekiranya kami tidak bergerak maka satu hari KTMB akan tersembam di bumi Malaysia.
RUM akan terus berusaha untuk menghalang kewujudan Multiple Operator, tidak kira apa tindakan yang bakal diambil, ini semua adalah kerana kami berpegang kepada SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.
In Syaa Allah satu memorandum akan disiapkan dalam waktu terdekat untuk dihantar kepada YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI, MALAYSIA memohon campurtangan dan memberhentikan hasrat mewujudkan Multiple Operator.
Kepada semua ahli-ahli RUM jangan rasa selesa, hari esuk kita tidak tahu, bersama kita "SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN".
Semua pemimpin RUM sentiasa bersiapsedia senada LIRIK LAGU RUM.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB