Kalau YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek boleh mencetuskan idea "LAND BRIDGE", maka pasti ada seseorang yang boleh juga mencetuskan idea.
Mungkin kenyataan RUM ada yang tersinggung dari sudut negatifnya, tapi dari sudut positif maka sambut cabaran RUM, buktikan kita mampu merubah keadaan, masih belum terlambat walaupun kita kehilangan 7 tahun di bawah dua (2) mantan Presiden KTMB.
Idea yang terbaik ialah sambut cabaran RUM, buat perancangan dan strategi yang baik, bagaimana mampu memperolehi lokomotif, bagaimana meningkatkan peluang perniagaan, selami syarikat yang ingin mencadangkan "SECOND OPERATOR", jadi sebagai seorang ahli perniagaan, bagaimana memperkembangkan perniagaan, jadikan KTMB pengangkutan Kargo utama di negara ini. RUM yakin kalau kita ikhlas maka KTMB mampu merubah keadaan dari bergantung dengan kerajaan, KTMB mampu berdikari.
Bayangkan KTMB pengangkutan Kargo di negara ini... wow.. hebatnya.. alangkah menariknya... KTMB maju.. semua warga KTMB boleh berasa bangga, tika itu pengurusan KTMB yang berjuang 15% kenaikan gaji yang dianugerahkan oleh Mantan Presiden KTMB yang telah ditarik balik... boleh menuntut 100% kenaikan gaji.
Bukan sahaja KTMB maju dan cemerlang tapi semua warga KTMB mendapat faedahnya... malah kita mampu mengatasi kehebatan Keretapi Indonesia..
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB