RUM tidak berniat untuk "menghighlightkan" Kelemahan Dalaman secara terbuka walaupun semenjak RUM menulis mengenai topik KARGO, ramai yang inbox RUM memaklumkan kelemahan yang berlaku, RUM sendiri mengakui dan tidak menolak Kelemahan Dalaman yang berlaku sebelum ini dan ketika ini.
Satu yang RUM nak highlightkan ialah sebelum membentangkan cadangan Multiple Operator kepada Lembaga Pengarah KTMB, ada seorang pegawai kanan dalam berbual mesra dengan saya telah mengeluarkan ungkapan:-
"jak.. apalah.. cadangan ni membanyakkan kerja aku" (ungkapan dalam bentuk bual mesra)
Nilailah sendiri maksud ayat ini..
Sebenarnya melalui pengalaman sendiri, saya dapat menyatakan bahawa dalam tempoh saya menyandang jawatan Presiden RUM, saya berani menyatakan bahawa KARGO sangat cemerlang di bawah pentadbiran Pengurus Besar Kargo ketika itu adalah YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek yang telah mencetuskan idea "LAND BRIDGE", malah kalau tak silap Hong Kong mengiktiraf Land Bridge sebagai idea terbaik, ketika itu perniagaan Kargo benar-benar rancak.
Selepas YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek bersara dari jawatan Pengurus Besar Kargo dan kemudiannya di tadbir oleh individu-individu lain, KARGO boleh dianggap lemah dan tidak mampu berkembang dengan baik.
KTMB kehilangan seorang Pengurus Besar Kargo yang terbaik dan sehingga hari ini, tiada yang mampu dilahirkan lebih baik dari YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek atau sekurang-kurangnya sama dengan YBhg Dato Abdul Radzak Abdul Malek.
Berbalik kepada Kelemahan Dalaman yang ketara ini, RUM ingin memberi pandangan bahawa rombakan besar-besaran dalam Jabatan Kargo perlu dilakukan, sekiranya perlu RUM tidak akan menghalang individu luar (experties) mengambilalih tampuk jawatan di Jabatan Kargo, ini demi memastikan segala kelemahan yang ada dapat diperbetulkan.
KTMB perlu seorang yang benar-benar "expert" dalam Jabatan Kargo malah pegawai-pegawai dalam Jabatan Kargo perlu ditapis bagi mengenalpasti yang benar-benar berkualiti sahaja dikekalkan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB