Admin dapat satu pelajaran mengenai Seksyen 500 KK ni... maknanya sesiapa yang buat fitnah, pihak polis boleh mendakwa, bagus untuk admin... hehe... admin sentiasa belajar... lepas ni... senang Admin nak buat lapuran polis pulak... hehe
Admin dah kene tuduh kerana membuat fitnah melalui lapuran polis yang dibuat oleh individu pegawai kanan KTMB berdasarkan melalui Kertas Kerja Bersama Pusat dan Surat-surat Kesatuan yang ditandatangani oleh Admin selaku Presiden RUM. Semalam admin dipanggil oleh IPD Dang Wangi untuk buat keterangan, ditemani oleh Setiausaha Agung Rum.
Admin dah jelaskan kepada Pegawai Penyiasat IPD Dang Wangi berdasarkan peruntukan yang ada, malah Mantan Presiden SOA akan dipanggil kemudian.
Kesian pada yang membuat tuduhan kononnya Presiden RUM membuat tuduhan peribadi kepada penyandang jawatan (pegawai kanan KTMB), bacalah undang-undang dengan betul, baca dokumen itu sampai abis, faham isi kandungannya, baca sekerat-sekerat, maknanya "hampeh", andai admin menulis dan menandatangani secara peribadi, maka jawapannya YESS.. boleh buat tuduhan fitnah tapi kalau ada bukti & fakta tetap tidak boleh dikatakan fitnah, tapi kalau atas kapasiti Presiden RUM di bawah PERATURAN KESATUAN, sebahagian dari aktiviti-aktiviti Kesatuan Sekerja, seperti mana tertakluk di bawah Akta 177 & 262, jawapannya... buat lawak antarabangsa... apatah lagi ianya mempunyai dalil @ fakta.
Kesian deh lu.... hehehe
Nak tanya juga, ada keizinan dari Presiden KTMB ke? sedangkan ianya adalah antara RUM dengan KTMB? sebab dokumen itu telah menjadi milik KTMB, makanya kelulusan Presiden KTMB diperlukan sebelum membuat lapuran polis, andai tanpa kelulusan Presiden KTMB, ianya secara langsung telah menjejaskan imej KTMB dan tindakan tatatertib hendaklah diambil.
Walaubagaimanapun... Admin sambut cabaran, biasalah pemimpin union, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai" makanya orang dah bagi api... admin nak simbah minyak lagi... tenguk siapa yang tumbang... siapa yang tergadai seluar dalam, sebab admin tak kesah pun tinggal seluar dalam je.. maklumlah atas prinsip perjuangan... apa pun "aku tak kesah"... "ada aku kesah"... "lantak kau lah" hahaha
Admin (PRESIDEN RUM) pantang dicabar... bukan sombong... bukan bongkak.... tapi sebagai seorang "pemimpin kesatuan sekerja" ini semua permainan... macam kecik-kecil dulu... main guli... hahaha...
Mantan Presiden KTMB is nothing to me... U???? hahahaha...
We fight for our "right"...
Just for "workers"..
This our prinsip...
As "UNIONIST"
U KNOW?
WHAT IS UNIONIST?????
"I TAKE THE CHALLENGE!!!"
Kata SAHABAT...
SETIAUSAHA AGUNG RUM
SDR MANIAM
"KITA AKAN GEMBIRA, WALAUPUN DIPENJARA"
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB