RUM dah puas menulis mengenai masalah KTMB, dari sudut puncanya sehingga apa yang berlaku kini, kedudukan kewangan yang lemah, tanpa bantuan kerajaan (tiada suntikan kewangan) permainan Kementerian Pengangkutan, harga tambang yang rendah, akibat kelemahan pengurusan yang lalu, biokrasi kerajaan, banyak sangat bapa, RAC dan banyak lagi. Ibarat KTMB adalah anak tiri.
Semua ini masalah yang perlu diatasi, cara bagaimana?
Cara bagaimana ialah seseorang kena betulkan kembali dasar yang ada, sebab dasar yang ada telah jadi cacamerba, sekiranya ini tidak dilakukan maka KTMB akan kekal bermasalah seperti ini atau cara lain kononnya ialah jadikan KTMB hanya sebagai operator sahaja (idea MoT), kerana inilah jalan terbaik (anggapan MoT) kononnya akan memulihkan KTMB.
Anggapan MoT ini tidak boleh diterima oleh RUM, kerana RUM mengandaikan ada agenda yang tersembunyi, tanpa melihat kehendak sebenar KTMB sebagai pengangkutan sosial iaitu kepentingan rakyat.
Justeru itu RUM ingin bagitau kat MoT agar jangan sekadar hanya melihat pembelian dari CHINA tapi fikirkan bagaimana CHINA mampu mengeluarkan lokomotif tanpa mengadai sebarang tanah milik Keretapi China malah INDIA juga tidak mengadaikan tanah milik Keretapi India kerana CHINA & INDIA malah banyak keretapi didunia tidak buat seperti mana Malaysia lakukan hari ini.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB