RUM menilai kembali penawaran "peminjaman" yang ditawarkan kepada pekerja maintenance EMU.
Kebiasaannya asas dan tujuan peminjaman kepada syarikat luar ialah memerlukan khidmat kepakaran pekerja KTMB dalam menjalankan tugas berkaitan bidang teknikal perkeretapian, maka itu tawaran dibuat dengan pemberian anugerah tambahan seperti "elaun".
Benarkah hasrat peminjaman ini berdasarkan "keperluan kepakaran pekerja" inilah persoalan yang perlu difikirkan.
Ada yang mengatakan ianya "perpindahan teknologi", maka itu penawaran peminjaman ini dilakukan.
Dua (2) perkara berbeza antara "keperluan kepakaran pekerja" dengan "perpindahan teknologi", berdasarkan surat tawaran berkenaan (tidak jelas maksud sebenar) intipati dari sudut persuratan boleh membuat tafsiran (tafsiran surat tidak boleh dihighlightkan).
Namun demikian RUM akan menilai dari sudut tersirat (sekadar andaian), apakah tujuan sebenar, mungkinkah sekadar sebuah "drama" yang kononnya ada pekerja syarikat perkeretapian berkhidmat sebagai pekerja pinjaman dengan ayat yang manis (cover line) iaitu "perpindahan teknologi", bagi memudahcara untuk penyambungan kontrak atau memenuhi kriteria "kontrak maintenance" bahawa wujudnya "perpindahan teknologi".
Syarikat berkenaan telah pun menamatkan kontrak pertama selama dua (2) tahun, disambung kembali selama tiga (3) tahun dijangka tamat kontrak kali kedua pada tahun hadapan. (kalau tak silap) Lucunya tawaran peminjaman pekerja dibuat untuk tempoh lima (5) tahun akan datang. (kat sini pun leh nampak macam ada yang tak kena...)
Perpindahan teknologi yang "tepat" ialah menyerahkan set-set SCS itu di bawah pentadbiran KTMB, manakala perpindahan teknologi ialah pihak yang membekalkan SCS perlu menyediakan "pakar" (experties) untuk melatih pekerja/jurutera KTMB dengan menurunkan ilmu pengetahuan teknikal sekurang-kurangnya dalam tempoh "jaminan", BUKANNYA membuat "maintenance" secara kontrak dengan membawa pekerja mahir dari negara pembekal tanpa mewujudkan perpindahan teknologi yang betul.
RUM sungguh meragui tindakan penawaran peminjaman ini, apatah lagi ianya dilakukan secara senyap-senyap tanpa pengetahuan RUM, seolah-olah ada agenda yang tersembunyi, maka itu RUM sangat tidak bersetuju dengan peminjaman ini, malah RUM melihat syarat dalam peminjaman ada yang tidak kena.
Kementerian Pengangkutan (MoT) perlu mengkaji semula "kontrak maintenance" ini, jangan hanya menekankan bahawa peruntukan disediakan oleh MoT maka ia berhak membuat sebarang keputusan walaupun keputusan itu tidak mencerminkan kebaikan untuk pekerja, KTMB, rakyat maupun negara, manakala pihak KTMB pula, jangan menyatakan bahawa kita tak payah fikir tentang peruntukan @ pembayaran mengenai "maintenance" kepada syarikat yang membekal SCS" sebab MoT yang bayar, sebaiknya "jumlah wang" itu diberi pada KTMB untuk menguruskan "maintenance" itu sendiri, prinsipnya sama pendekatan berbeza malah RUM yakin kos pembayaran adalah jauh lebih murah dari kos pembayaran yang dibuat kepada "kontrak maintenance" syarikat pembekal apatah lagi ianya bukan cara "TENDER TERBUKA sebaliknya melalui "DIRECT NEGO", malah KTMB boleh mendapat lebihan "jumlah wang" yang dibayar kepada syarikat berkenaan, dengan wang lebihan tersebut boleh menampung kos pengurusan KTMB yang menghadapi masalah "flow cash".
Penerusan teknik ini, sampai bilapun pendedahan kepada teknologi perkeretapian tidak dapat dilakukan samada kepada pekerja KTMB, pekerja tempatan maupun rakyat malaysia.
Kononnya Malaysia "maju" tahun 2020 tapi kalau ini caranya, kita tidak akan mencapai hasrat, kita akan ketinggalan dari aspek industri perkeretapian, tidakkah kita bangga dengan kejayaan "membina kereta proton", tidakkah kita terfikir dengan perpindahan teknologi perkeretapian maka kita telah gerak selangkah lagi dalam industri pembinaan keretapi, kalau berjaya, tidakkan kita bangga malah cukup manis menjelang tahun 2020 kita mampu mengeluarkan SCS maupun ETS.
Semua ini tidak akan terjadi, sekira MoT hanya berhasrat menjadi "PEMBELI" malah sekadar "memenuhi syarat" kami menyediakan set-set cantik kepada rakyat Malaysia, tapi hakikatnya MoT tidak pandang jauh kehadapan bagi mencapai wawasan 2020, malah pembelian set-set cantik ini sekadar luaran tapi dalamannya adalah "tidak berkualiti".
Persepsinya RUM berdasarkan kenyataan di atas hanya sekadar sebuah "DRAMA" yang kerap ditayangkan di kaca televisyen. Maka itu RUM berharap MoT kembali kepangkal jalan melihat kembali kehendak Industri Perkeretapian, tidak mustahil Malaysia @ KTMB mampu menjadi Industri Perkeretapian kerana sejarah perkeretapian negara telah terwujud sejak tahun 1885.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.