RUM nak ingatkan pada semua pihak bahawa tanah/bangunan kegunaan KTMB berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" jangan sesekali diusik!
Pada mereka yang tidak faham apa itu "kepentingan perkhidmatan, jabatan perlu, perkhidmatan sosial" boleh berjumpa dengan kepimpinan RUM untuk penjelasan.
Cuma RUM nak bagitau kalau "orang putih" dulu boleh fikirkan kuarters dibina ditepi landasan berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" kenapa manusia hari ini yang menduduki jawatan tertinggi tak boleh fikirkan, adakah mereka kini hanya mencari jalan mudah? atau mungkin hanya untuk memenuhi tembolok mereka? tidakkah mereka fikir untuk 100 tahun lagi?
Mereka kata RUM tidak pandang jauh, mai tang ni... kita debat... siapa yang lebih pandang jauh....
RUM nak pesan, pengalaman telah mengajar kami, so jangan cuba kali ini.. orang luar khususnya yang terlibat dengan KTMB... RUM nak bagitau... hang semua tak tau apa-apa....
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB