Bila RUM scroll Facebook terlalu ramai yang marah kerana permohonan BR1M ditolak (reject) ada yang menyalahkan YAB Dato Sri Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, ada juga yang menyalahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDM), ada juga yang menyalahkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ada juga yang menyalahkan Rakyat yang memerlukan BR1M kerana tidak membuat kemas kini, malah dalam group Whatsapp RUM juga ramai yang marah-marah kerana BR1M ditolak, malah mereka ada asas untuk marah-marah dan diakui pula ahli-ahli RUM adalah golongan berpendapatan rendah.
RUM terfikir salah siapa? untuk mencari salah memanglah mudah, persoalannya ialah penyelesaian namun sebelum mencari penyelesaian kenapa semasa pertama kali wujud BR1M masalah ini tidak berlaku, dulu lebih ramai yang layak menerima BR1M tanpa ada prosedur "cerewet", kenapa wujud prosedur cerewet? Adakah peruntukan terhad? atau mungkinkah ramai yang menipu? Persoalannya berapa ramai yang menipu berbanding berapa ramai rakyat yang berpendapatan rendah kehidupannya yang susah. Adakah wang BR1M kalau ditipu mampu jadi kaya? Itu dari satu sudut.
Gayanya hari ini BR1M dah jadi satu keperluan, kalau bukan jadi satu keperluan kenapa mahu marah-marah?
Ini juga satu sudut yang boleh dikaji.
Dari sudut kesatuan sekerja, RUM melihat BR1M sudah menjadi satu keperluan, bukan salah rakyat yang menerima BR1M tapi yang menganugerahkan BR1M pada awalnya yang menjadikan ianya kini sebagai keperluan malah dalam situasi kos harga barang yang meningkat ianya telah menjadi keperluan.
Bila sebut keperluan maka apa punca lain yang menjadikan ianya keperluan, puncanya selaras dengan asas BR1M adalah bantuan kepada pekerja atau rakyat yang berpendapatan rendah khususnya yang bergaji di bawah RM 3000.00, kononnya meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah kerana banyak subsidi yang telah wujud sebelum ini telah ditarik balik, sekurang-kurangnya BR1M dapat mengantikan wang subisidi yang telah ditarik balik.
Namun demikian rungutan dan kemarahan ini tidak boleh disalahkan kepada rakyat @ pekerja yang berpendapatan rendah, rata-rata pekerja yang berpendapatan rendah tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan harga barang, malah baru-baru ini harga kawalan seperti "GULA" telah dinaikkan, malah RUM yakin akan banyak lagi harga kawalan bakal dinaikkan berdasarkan kejatuhan RM berdasarkan wang US, maka yang menjadi mangsa ialah pekerja berpendapatan rendah.
Dari sudut ini maka jelas RAKYAT mungkin sejuk sedikit kerana ada BR1M, walaupun kos harga barang meningkat, tetapi dengan mengetatkan penerimaan BR1M akan menjadikan rakyat marah, janganlah salahkan rakyat@pekerja.
RUM memang tidak bersetuju dengan BR1M tapi lebih menekankan subsidi, tapi apakan daya subsidi telah banyak ditarik balik maka BR1M mungkin satu pilihan yang baik bagi golongan yang berpendapatan rendah tapi tetap juga tidak mampu mengatasi kos sara hidup yang meningkat.
Pada pandangan RUM, penyelesaian BR1M sebaiknya berbentuk "kopon" bukan wang, kopon atau satu kad berbentuk smartkad atau kad pengenalan yang boleh didebitkan wang sebagai kopon diberikan kepada rakyat yang berpendapatan rendah untuk membeli barangan dengan kadar murah khususnya pemegang kad ini dikecualikan dari cukai GST, pembelian minyak petrol diberi potongan 10%-30% pembelian barangan kawalan yang telah dinaikkan harga di beri potongan sebanyak 10%-30%, pengangkutan awam diberi potongan 10% - 30% dan lain-lain.
Cara ini lebih berkesan untuk mengelakkan penipuan malah boleh membantu rakyat yang berpendapatan rendah yang kos sara hidup yang kian meningkat, malah penapisan kepada yang layak boleh dibuat lebih terperinci, manakala yang berpendapatan sederhana maupun tinggi perlu dikenakan GST yang lebih tinggi maupun segala faedah yang bersubsidi perlu ditarik balik kepada golongan yang berpendapatan tinggi, pandangan ini berdasarkan kepada asas kerajaan berdasarkan mewujudkan BR1M untuk mengurangkan tekanan peningkatan kos sara hidup kepada golongan rakyat@pekerja yang berpendapatan rendah.
Ini sekadar pandangan RUM kerana sewajarnya Rakyat yang berpendapatan rendah khususnya pekerja mendapat faedah dari kerajaan untuk menghadapi tekanan kos sara hidup yang meningkat, kos sara hidup yang meningkat menjadi satu bebanan, ianya cukup terasa apatah gaji atau upah yang diterima tidak cukup untuk menanggung perbelanjaan kehidupan terutamanya adalah pekerja yang bergantung hidup gaji bulan.
Apapun semoga isu yang hebuh ini perlu diselesaikan dengan seadil-adilnya, janganlah menyusahkan rakyat @ pekerja yang berpendapatan rendah, bantulah mereka, kasihanilah mereka, hentikan prosedur yang cerewet yang boleh menyusahkan rakyat@pekerja yang berpendapatan rendah.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB