COPY PASTE DARI GROUP WHATSAPP
DIMAKLUMKAN KENYATAAN DARI PEGAWAI KHAS KEMENTERIAN PENGANGKUTAN.
BAGI KEADILAN PIHAK KEMENTERIAN PENGANGKUTAN RUM PAPARKAN UNTUK DIKONGSI DALAM SUARA RUM.
Sekarang ni, apa yang kepimpinan RUM lakukan adalah sangat tidak profesional.
1. YB Datuk Timbalan Menteri telah memberi jaminan terhadap pekerjaan mereka yang terlibat dengan RNAA tersebut.
2. Tiada elemen penswastaan terhadap KTMB dan anak syarikat yang ditubuhkan adalah subsidiari kepada KTMB dan KTMB sendiri milik kerajaan.
3. Proses untuk mengasingkan antara pengendali operasi & penyelenggaraan, aset dan pembangunan adalah perkara yang biasa dalam mana-mana syarikat untuk memastikan organisasi adalah lebih 'lean' dan masing-masing fokus kepada kerja yang telah ditentukan.
Persoalan:
1. RUM sudah tentu terlibat dengan hal kebajikan pekerja, maka hal kebajikan pekerja sudah DIJAMIN.
2. Mengapa RUM hendak campur dari segi politiking sehingga mahu mencampuri hal pilihanraya umum? Melainkan Pengerusi dan kepimpinan RUM sendiri mempunyai agenda tersembunyi dan menjadi instrumen kepada pembangkang. Ada kenyataan yang dilihat untuk sanggup menggadai maruah untuk menyokong DAP. Kelak yang tergadai adalah agama, bangsa dan tanah air.
3. RNAA ini akan menyebabkan operasi menjadi lebih telus. Melainkan Pengerusi dan kepimpinan RUM mempunyai 'talian hayat' dengan mana-mana syarikat luar yang sebelum ini mengaut keuntungan dengan projek KTMB. Saya syorkan agar pengerusi dan kepimpinan KTMB melakukan pengisytiharan harta agar tidak ada elemen campur tangan syarikat luar yang menggunakan RUM sebagai alat untuk memastikan projek mereka terus terjamin.
4. Antara akibat yang saya lihat apabila RNAA ini terlaksana, ahli RUM akan berkurangan sebanyak mana kakitangan KTMB ini diserap masuk ke dalam anak syarikat. Ini akan mengurangkan 'kuasa' RUM dalam mendapatkan apa yang dimahukan. Adakah kerana ini sanggup RUM lakukan demi untuk mendapat 'kuasa' yang dipinjamkan sementara?
5. RUM perlu fokus kepada kebajikan pekerja dan bukannya mencampuri urusan dasar, polisi dan bagaimana pengurusan tertinggi untuk bertindak bagi memastikan KTMB ini terus mampan.
6. KTMB sering mencatatkan kerugian saban tahun, dan suatu usaha untuk mengubah situasi ini agar keuntungan dapat dijana adalah penting. Kalau diikutkan praktis norma, KTMB perlu diswastakan agar tidak membebankan kerajaan. Namun, usaha pengurusan tertinggi KTMB dan kementerian adalah tidak mahu ia diswastakan tetapi langkah yang lebih sesuai perlu diambil iaitu dengan adanya RNAA. Cuba fikir sekiranya langkah yang sama diambil oleh MAS dipraktikkan di KTMB. Sekitar 1997, 1998, apabila industri perbankan mengalami kemerosotan ekonomi, banyak pekerja telah diberikan VSS ataupun lebih teruk diberhentikan dengan begitu sahaja. Apa yang dilakukan oleh pengurusan KTMB adalah yang terbaik bagi menjamin kebajikan pekerja KTMB. Jika tidak laksanakan sekarang, mungkin keperluan untuk mengambil langkah yang lebih drastik akan dilakukan.
7. RUM sepatutnya menjadi penghubung antara pengurusan dan kakitangan dalam menyampaikan maklumat yang BETUL dan TEPAT mengenai RNAA. Sekiranya terdapat perkara yang bakal menjejaskan kebajikan pekerja, minta ia diubah atau ditambah masuk. Bukannya secara mentah-mentah tolak RNAA. Fokus utama haruslah KEBAJIKAN PEKERJA KTMB dan bukannya menjadi penghasut kepada pekerja agar membenci.
8. Majlis taklimat, penjelasan, mesyuarat telah dijalankan bagi menjelaskan RNAA. Peluang ini harus diguna pakai oleh RUM untuk membincangkan hal KEBAJIKAN PEKERJA KTMB. Kebanyakan pekerja KTMB sudahpun faham akan peri pentingnya RNAA ini untuk memastikan KTMB boleh terus beroperasi dengan baik dan ganjaran dapat disampaikan kepada pekerja. Tetapi, RUM pula menjadi ejen penghasut untuk membuatkan pekerja menjadi celaru dengan maklumat yang sebenar.
9. Perlu diingatkan bahawa RNAA bakal berkuatkuasa sepenuhnya 1 Januari 2018. Anak syarikat masih dalam proses penubuhan dan dengan itu perjanjian dalam proses penyediaan. Jangan kata pula YB Datuk Timbalan hanya beri jaminan tetapi tiada hitam putih. Masa akan sampai untuk kertas perjanjian itu sampai kepada anda.
Nota: RUM jangan campur urusan kepentingan keuntungan peribadi dengan KEBAJIKAN PEKERJA KTMB. Bila bercampur maka matlamat dan objektif RUM menjadi tidak jelas.
Cc Dato Ir Nawawi Ahmad
Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB