Ni cerita kedai kopi,apa ada hal ktmb baru ada 4k pekerja sahaja tidak jejas undi pun.lain la dari profesion guru atau tentera kuasa mengundi lebih ramai .undi mereka lebih daripada 100k.mungkin mereka yang berkuasa ini terlupa dan mungkin tidak tahu sejarah kot.sejarah islam perang badar tentera islam cuma berjumlah 313 berbanding tentera musyrik yang berjumlah 1000 orang yang lengkap peralatan perangnya.akhir cerita yang berjumlah 313 orang ini yang serba kekurangan memperoleh kemenangan. bersatulah kita memperjuangkan ketidakadilan.perjuangan ini ada pahit getirnya.ranjau yang perlu ditempuh penuh onak dan duri.sudah pasti ada di kalangan kita sendiri prejudis dengan perjuangan kesatuan.persetan kan sahaja.bau bangkai boleh dihidu hati busuk siapa yang tahu.menang kita adalah anugerah kalah kita kalah bermaruah.demi masa selagi kita hanyut di buai mimpi leka dengan dendangan kepalsuan akhirnya rumahtangga kita KTMB hanya tinggal sebagai lipatan sejarah.sejarah tidak pernah menipu.runtuhnya sesuatu organisasi adalah tipu daya dan kerakusan manusia itu sendiri apabila sifat haloba dah menguasai diri.ayuh bangkit bersama susah atau senang gembira atau duka mepertahankan KTMB.
PENGERUSI KPPKTMB RUM CAW JOHOR BAHRU
#rum #ktmb #ilovektmb #rumtobentong #bantahRNAA #bantahRAC #saynotoRNAA #nasibpekerjadihujungtanduk #jangananaktirikanktmb #nasib4ribupekerjaktmb #railwayunionofmalaya #selamatkanktmbselamatlahpekerja #rasuahperosakketurunanbangsanegara