Ini lagi satu kenyataan yang tidak buat "home work" atau membaca penulisan RUM sejak awal lagi, terus membuat komen negatif.
Saya nasihatkan penulis ini sebelum buat sebarang kenyataan adalah diharapkan buat satu kajian yang mendalam, boleh dikatakan 50% maklumat telah pun dipaparkan dalam Suara RUM semenjak setahun setengah yang lalu.
Penulis ini juga boleh bertanya terus dengan YB Datuk Aziz Karpawi, Timbalan Menteri Pengangkutan, mengenai ungkapan yang dinyatakan pada saya melalui pertemuan 6 mata disaksi oleh Ybhg Datuk Mejar Salehuddin.
Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk mengolah kenyataan pertemuan 6 mata, berdasarkan saya masih lagi menghormati YB Datuk Aziz Karpawi, Tim. Menteri Pengangkutan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.