RUM berharap pihak pengurusan KTMB bersikap jujur dan tanpa rasa takut hendaklah "BERANI" untuk memberi penjelasan mengenai teguran YAB DS PM secara terbuka, ceritakan kedudukan dan kelemahan ETS yang sebenar termasuk dari aspek teknikal jangan terlampau berlapik malah dari sudut ticketing juga perlu dijelaskan kedudukan sebenar jangan duk bercakap melalut dengan membuktikan "KTMB TIDAK BERSALAH".
RUM sudah bosan dengan kelemahan yang berlaku kononnya berpunca dari KTMB, sedangkan pihak pengurusan maupun Lembaga Pengarah KTMB tidak mampu menjelaskan perkara sebenar.
Ambil kesempatan terhadap teguran terbuka ini menjelaskan perkara sebenar, sekiranya masih takut-takut maka teguran ini akan membuka ruang yang lebih besar kewujudan RNAA.
Cukup cukup sudah... ini kali dengan keberanian buktikan KTMB tidak bersalah walaupun terpaksa meletakkan kesalahan kepada pihak yang benar-benar tidak membantu atau yang sebenarnya mewujudkan kelemahan.
Kalau pengurusan KTMB gagal menjelaskan perkara sebenar maka memang sah teguran YAB DS NAJIB itu adalah "BENAR" maka Pengurusan KTMB dan siapa yang bertanggungjawab perlu meletak jawatan.
Jangan jadikan KTMB dan Pekerja sebagai mangsa!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Cc
YB Dato Ir Nawawi Ahmad