Teori RUM bila berlakunya RNAA sewa sebulan untuk bangunan KTMB ialah RM 2juta, setahun sebanyak RM 24juta, bayangkan itu untuk bangunan KTMB, kalau masuk sewa Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur dijangka RM 2juta sebulan, kos sewa yang dijangka untuk Ibu Pejabat KTMB dan KLO adalah RM 4juta sebulan, kalau setahun dah RM 48juta.
Itu baru 2 bangunan, kalau keseluruhan bangunan dan stesen keretapi seluruh rangkaian keretapi berapa pula? Tak larat nak kira.
Berapa pendapatan dari operasi KTMB dengan pengangkutan Kargo dan Penumpang? Lebih kurang RM 350 juta setahun.
Dalam keadaan sekarang KTMB mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM 200 juta setahun, maka dengan penyewaan bangunan sahaja, berapa kerugian KTMB masa akan datang?
Andai Ibu Pejabat KTMB dan Stesen KLO, KTMB tidak mampu bayar sewa?
Wow... inilah peluang keemasan, agar mudah Ibu Pejabat KTMB dan Stesen KLO dijual, yang sebelum ini RUM berjaya pertahankan dari diserahkan kepada YTL dan MMC.
Inilah rancangan RNAA, mempermudahkan jual segala harta benda KTMB.
Tak betul ke TEORI RUM ini?
Sendiri boleh fikir...
Kalau ada yang tak nampak lagi? RUM tak tau lah...
Owh... Kementerian Pengangkutan, sekilas ikan di air, RUM dah tau jantan ke betina!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB