Beginilah antara sifat yang terkeji perlu dihindarkan... biar kat mana kita... kejujuran dan prinsip tidak boleh diabaikan... antara kepentingan peribadi dan kepentingan organisasi tetap ada perbedaan yang tidak boleh samasekali dicampuradukkan.
Satu yang boleh di puji... Pak Abas mantan Presiden RUM walau pun beliau telah meninggalkan RUM semenjak tahun 1992, beliau masih sayangkan RUM, tidak sesekali akan membenarkan sesiapa pun menjahanamkan RUM malah itulah pesanan Pak Abas kepada saya jagalah RUM ibarat nyawa sendiri.
Begitulah malangnya bila "BILA SONGKOK PAKAI KAT KAKI,
KASUT PAKAI KAT KEPALA"... Dasar Organisasi sanggup dijual, tanpa kita peduli dan berpegang bahawa organisasi bukan individu tetapi sebuah badan atau pertubuhan atau syarikat atau kesatuan sekerja yang mewakili SUARA AHLI-AHLINYA atau dengan lain perkataan menghina organisasi atau menjatuhkan atau memperlekehkan organisasi atau apa jua perkataan yang boleh merosakkan organisasi adalah "PENGKIANAT ORGANISASI" kerana "ORGANISASI" sebuah badan yang mewakili ahli-ahlinya atau ahli-ahli yang berfaedah.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
8/02/2016