Dato Seri Raja Nong Chik adalah individu yang mempunyai hubungan yang rapat dengan RUM malah orang yang sangat berjasa dalam membantu RUM khususnya kemelut pembuangan 97 kepimpinan dan ahl-ahli RUM. Jasa beliau tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.
Seorang yang lembut dan sangat berdedikasi, sangat ramah dan baik hati, sangat senang dengan beliau.
"Orang Berbudi Kita Berbahasa"
Maka RUM sangat berharap beliau tetap sebagai calon Ahli Parlimen Lembah Pantai malah RUM sendiri akan turunkan jentera RUM untuk membantu beliau sekiranya beliau calon lembah pantai, sokongan RUM adalah untuk Dato Seri Raja Nong Chik bagi calon Lembah Pantai.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB