Dalam perjuangan Kesatuan Sekerja kita berpendirian berdasarkan hujah dan fakta, tanpa hujah dan fakta kita akan diperlekehkan, namun begitu hujah dan fakta tidak mencukupi kerana ianya berdasarkan faktor tertentu misalnya dari sudut Perjanjian Bersama, faktor utama ialah kedudukan kewangan Syarikat, kalau kedudukan kewangan syarikat lemah amatlah sukar untuk pihak pengurusan, maupun Lembaga Pengarah malah Kementerian Kewangan mempertimbangkan sesuatu yang terbaik malah jalan terakhir yang ada ialah merujuk ke Mahkamah Perusahaan.
Hak kesatuan berdasarkan tuntutan melalui fakta dan hujah hak majikan akan melihat dari semua sudut khususnya implikasi kewangan, Syukur Alhamdulillah dengan kewangan syarikat KTMB yang lemah seluruh pekerja menikmati pelarasan gaji melebihi Customer Prize Index (CPI) yang ditentukan oleh Bank Negara bagi tiga tahun kebelakang.
Namun dari aspek lain ialah hubungan baik, jangan sesekali menidakkan hubungan baik antara kesatuan, majikan maupun kerajaan, sikap "orang berbudi kita berbahasa" adalah juga kunci kejayaan.
Begitu juga dengan RNAA, RUM berhujah berdasarkan Hujah & Fakta. Berdasarkan kajian RUM sendiri mengenai Implikasi RNAA dari sudut jangka pendek & jangka sederhana, antara lain implikasinya melibatkan kedudukan pekerja serta KTMB. RUM telah jelaskan berulangkali dengan fakta dan hujah tapi tetap tidak dilayan kerana mereka tidak mahu melihat kepada kehendak hujah dan fakta.
Namun sudut kesatuan cukup luas dari aspek perundangan ianya bukan sekadar hujah & fakta tetapi merangkumi dari sudut perpaduan dan kekuatan ahli-ahli dalam menyusun langkah, antara lain tindakan-tindakan yang dibenarkan oleh undang-undang dalam menjana kekuatan yang ada untuk menentang pihak-pihak yang bertanggungjawab menolak hujah dan fakta, sekiranya hanya bersandarkan hujah& fakta maka kita yang berjuang berlandaskan organisasi Kesatuan Sekerja tidak akan kemana malah kita cukup mudah diperkotakkatikan serta teraniaya.
Justeru itu dalam organisasi Kesatuan Sekerja senjata utama bukan sahaja HUJAH/ FAKTA /HUBUNGAN BAIK tapi sejauh mana KEKUATAN KITA mampu tonjolkan, sekiranya keempat-empat ini tiada dalam arena kesatuan sekerja jangan mimpikan mencapai bintang dilangit malah RNAA bakal menjadi kenyataan.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB