RUM dapat mesej ini dalam group Whatsapp RUM, ada kenyataan sebegini rupa, (RUM paparkan untuk tatapan umum di bawah kenyataan ini) bahawa kenyataan yang tersebar dalam banyak group whatsapp adalah satu kenyataan yang berbentuk "fitnah jahat", RUM melihat kenyataan ini dari pihak tertentu yang berkepentingan khususnya ingin memburukan Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, semua Lembaga Pengarah KTMB, Presiden RUM dan memecahbelah perpaduan dan kekuatan ahli-ahli RUM.
RUM sedar dalam berhadapan dengan tentangan terhadap RNAA banyak pihak yang berkepentingan akan mencari jalan untuk "mengada-adakan cerita" agar RNAA dapat dilaksanakan, maka yang berkepentingan akan mendapat labanya, dalam hal ini hujah yang perlu dipaparkan adalah menolak IMPLIKASI RNAA, bukannya mengada-adakan cerita yang tidak benar dan merupakan fitnah.
RUM mendoakan kepada penulis ini diberi hidayah dan dilindungi Allah Swt.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB
Cc : Dato Ir Nawawi Ahmad
___________________________________________
Info terkini: confirm MMC akan ambil alih Cargo.Keputusan drp BOD keretapi yang sekarang ini RUM sokong. RUM kata BOD dan pengerusi ktmb adalah bagus dan cekap mentadbir ktmb berbanding dgn org ktmb. (Check fb RUM sebelum ini). Minggu ini MMC akan meeting dgn Cargo. Lepas ini ETS pula. Komuter akan diserah kpd Pasarana sikit hari lagi. Mengapa RUM tak bantai MOT lagi????.Akhirnya Pengerusi dan BOD yg RUM sokong ini BERJAYA membuat ktmb pecah!!!!.Siapa yg makan siapa sebenarnya??????
semua ni permainan Razak RUM yg bermuka2...
Razak RUM pernah ckap, Dato Salleh xboleh pegang KTM sbb terlalu lembut, masuk Dato Radzak Malek dia ckap terlalu garang orang KTM xboleh jadi MD, tukar orang luar Dr Aminuddin Adnan dikatakan habis duit kat perempuan, kemudian Dato Elias Kadir dikatakan habis joli enjoy duit KTM, yang terbaru Dato Sarbini Tijan yang paling kita sayangi dikatakan mahu menjual KTM. SIAPAKAH PUNCA SEGALANYA INI, JAWAPANNYA ADALAH RAZAK HASAN iaitu Presiden RUM. jika difikirkan semua BEKAS Presiden, Pengarah Urusan KTMB adalah orang2 yang bijaksana. Mengapa warga KTMB mudah terpedaya dengan Razak RUM yang sedangkan hanya jawatan Tukang K2 Kanan sahaja. Fikirlah apa yg terbaik wahai KTMB. CHAIRMAN dan BOD hanya memikirkan poket sendiri.