Semalam RUM menyarankan buat kajian tentang kedudukan Pengurus Besar, hari ini RUM menyarankan keperluan kumpulan Eksekutif dari Pengurus Kanan sehingga Eksekutif biasa mengikut keperluan dan kehendak KTMB itu sendiri.
RUM menyedari dalam tempoh 5 tahun kebelakang kenaikan pangkat dari kumpulan Eksekutif sehingga Pengurus Kanan termasuk jawatan "MEMANGKU" begitu rancak diadakan, adakah keperluan ini mengikut justifikasi keperluan kerja serta memenuhi kehendak carta organisasi.
RUM merasa kuatir bila pertambahan berlaku tanpa mengikut justifikasi yang tepat, mengikut prosedur yang betul maka akan berlaku limpahan pegawai kumpulan eksekutif sehingga tidak seimbang dengan jumlah kumpulan bukan eksekutif, sekiranya ini benar berlaku maka akan berlaku pembaziran tenaga kerja malah pengaturan pekerjaan juga akan berlaku serta bertindih, yang paling ketara adalah implikasi kewangan KTMB tanpa ada peningkatan priduktiviti.
Justeru itu satu kajian menyeluruh bagi memastikan setiap jabatan membuat kajian semula pembentukan carta mengikut kehendak organisasi.
Jabatan Modal Insan sebagai Pembekal Tenaga Kerja perlu melihat keseimbangan ini agar tidak wujud lebihan kumpulan eksekutif, kegagalan dalam merencana dengan betul dan tepat tanpa mengunakan tenaga manusia secara maksima akan menghakibatkan pembaziran.
Apa yang RUM lihat kawalan wang hanya menjerumuskan kepada kerja-kerja lebih masa dan kerja-kerja yang melibatkan kepentingan kumpulan ekselutif, seolah-olah pekerja bukan eksekutif yang mewujudkan pembaziran tanpa melihat pembaziran sekiranya berlaku adalah berpunca dari kelemahan perancangan.
Justeru dengan kehadiran bakal Presiden Baru KTMB, adalah wajar satu semakan dan rombakan secara keseluruhan melalui carta organisasi bagi memastikan tiada lobang yang boleh mencetuskan pembaziran, khususnya dari sudut lebihan kumpulan eksekutif.
RUM dengan niat ikhlas dalam pembaikpulihan KTMB perlu melihat kelemahan asas sebelum langkah seterusnya dapat dilakukan, pihak RUM sedar ada pihak tertentu tidak mengikut justifikasi yang telah ditetapkan sehingga kewujudan kelemahan perancangan dari sudut lebihan kumpulan eksekutif.
Tindakan RUM menyuarakan pandangan ini bagi memastikan SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB