RUM tersenyum mereka cuba attack RUM dalam satu kenyataan yang di tag, RUM accept tag tersebut... banyak kenyataan provokasi dicetuskan malah persepsi yang sengaja diwujudkan untuk menjerat RUM, sayangnya mereka ini tidak buat kaji selidik, terus mengajukan soalan yang sama tanpa memahami maksud sebenar.
Mereka tidak fokus isu RNAA untuk diperdebatkan sebaliknya mereka menjuruskan kenyataan berbentuk politik, tak mengapa sebagai Presiden RUM saya cuba menjawab sebaik mungkin, tidak pernah lari dari tanggungjawab yang telah diamanahkan, tuduhan kata saya berlagak, maaflah... sapa saya nak berlagak... saya hanya pemimpin kecil datangnya dari seorang "KULI" saya juga sedar dan masih sedar sebagai seorang "KULI".
Janganlah risau pemimpin kecil ini tidak mampu menjerat sesiapa pun tidak mampu menjatuhkan sesiapa pun... pemimpin kecil ini dengan ahli-ahlinya hanya ingin menolak RNAA, hanya akan bertindak balas mengenai RNAA, hanya kepada individu yang mencetuskan idea RNAA.
Namun terima kasih pada semua yang mempopularkan Suara RUM walaupun namanya terpaksa ditukarkan kepada Presiden RUM, almaklum Presiden RUM adalah adminnya, pasti ketuanya akan jadi mangsa untuk di attack sama juga Kementerian Pengangkutan yang ketuanya Menteri Pengangkutan di attack, fair enough.
Sebagai pemimpin kecil kesatuan sekerja yang hadirnya dari seorang "KULI" tetap tidak pernah gentar, kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai, alang-alang seluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.
Kami tetap berpendirian bahwa RNAA adalah satu penganiayaan kepada KTMB dan Pekerja malah implikasinya juga kepada rakyat dan negara, sekiranya kenyataan ini tidak benar, maka saya mengalu-alukan YB Menteri Pengangkutan berhujah dengan saya selaku Presiden RUM. Andai YB Menteri Pengangkutan boleh mematahkan hujah saya, saya akan maklumkan pada Majlis Exco bahawa kita sewajarnya menerima RNAA, andai tidak hentikan RNAA, mudah sangat matematiknya.
Pendirian kami
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA
Presiden RUM
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB..
#JanganBlockSuaraRUM