Masalah yang berlaku adalah wahyu, kebiasaannya wahyu dalam KTMB datangnya dari Kementerian Pengangkutan, banyak cara yang digunakan, ada melalui proposal syarikat disokong oleh wahyu diikuti oleh surat penolong wahyu sebagai surat makluman sokongan.
Yang menariknya penjawat awam akan menghubungi pegawai KTMB mendesak supaya diterima, manakala pegawai KTMB pula terpaksa akur, katanya "terpaksa tak boleh melawan arus".
Disinilah punca masalah bila pegawai KTMB sebagai "user" tidak bertegas mengikut kehendak KTMB, sebaliknya akur setiap arahan yang diterima walaupun berbentuk "verbal" @ "lisan", seolah-olah pegawai KTMB ini "dayus@bacul" tidak berani menyuara atau bertegas dengan kehendak berdasarkan keperluan KTMB itu sendiri maka yang jadi mangsanya adalah KTMB, malah implikasinya kepada pekerja bila sesuatu masalah atau rungutan berlaku dari nitezen, nitezen terus menyalahkan KTMB dan Pekerja.
Asas atau puncanya adalah dari Kementerian Pengangkutan itu sendiri yang tidak memperdulikan kehendak KTMB, adakala walaupun ada pegawai KTMB yang berani bertegas, pihak yang berkenaan tetap menggesa sehingga pegawai KTMB terpaksa menerima.
Biarpun dokumen telah dikeluarkan oleh KTMB berdasarkan kehendak KTMB namun desakan demi desakan agar dokumen atas kehendak KTMB itu akhirnya terpaksa dilonggarkan demi kehendak Kementerian Pengangkutan.
Inilah antara punca masalah yang berlaku dalam KTMB, bilamana Kementerian Pengangkutan campurtangan maka hasilnya pembelian jentera-jentera untuk KTMB tidak berkualiti hasilnya KTMB dan Pekerja dipersalahkan oleh nitezen.
Masalah begini juga menghakibatkan hasil pendapatan KTMB turut berkurangan.
Penyelesaian masalahnya ialah Kementerian Pengangkutan tidak perlu campurtangan dalam KTMB diserahkan semua kuasa kepada Kementerian Kewangan buktinya Prasarana yang tiada campurtangan Kementerian Pengangkutan berjaya berjalan dengan lancar malah Prasarana yang kerugiannya lebih tinggi dari KTMB tidak dicadangkan RNAA.
SELAMATKAN KTMB, SELAMATLAH PEKERJA
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.