RUM telah menerima surat jawapan balas hari ini, surat berkenaan membuat RUM "amat terkilan dan tidak berpuas hati".
Maka...
RUM akan menulis surat rasmi kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB menggesa Tuan Haji Helmi Hassan Pengurus Besar Modal Insan KTMB hendaklah ditukarkan dengan kadar segera, kenyataan RUM ini berdasarkan beberapa salah laku mengenai perlanggaran Akta dan tidak menghormati penyandang jawatan Setiausaha Agung RUM dengan mendefinasikan Setiausaha Agung RUM yang menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan Sekerja selaras dengan Perjanjian Bersama, Akta 177 dan Akta 262 sebagai "Pekerja @ Pemandu Lokomotif".
Juateru itu RUM bersedia mengambil tindakan PIKET sekiranya Tuan Haji Helmi Hassan tidak ditukarkan dalam tempoh 30 hari bekerja dari surat yang akan dikeluarkan hari ini, maka RUM akan mengistiharkan "PERTIKAIAN".
RUM mencabar pihak yang mana berkenaan mendifinasikan Perjanjian Bersama, Akta 177 dan Akta 262 yang telah pihak RUM mengeluarkan surat sebelum ini.
Kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KTMB, Dato Ir Nawawi Ahmad mohon semak kembali "qualification, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang "SUMBER MANUSIA" khususnya melibatkan Perjanjian Bersama, Akta 177 dan Akta 262. Beliau tidak mempunyai sebarang kelayakkan.
Usik mana-mana Pemimpin RUM maka telah mengusik dengan sengaja organisasi RUM, maka RUM akan bertindak balas.
Kalau pakai songkok kat kaki, anda tidak layak 100% jadi Pengurus Besar Modal Insan!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB