GM TMOD ni macam bukan seorang manusia, tindak tanduknya dah ibarat tidak berperikemanusiaan, tidak ada sedikit pun pertimbangan untuk merasa belas kasihan boleh dikatogerikan zalim.
Kes terbaru seorang pegawai kanan KTMB telah ditamatkan kontrak semalam seminggu sebelum Hari Raya Aidil Fitri, memanglah syarat kontrak telah termaktub bahawa penamatan kontrak adalah hak majikan seperti mana terkandung dalam syarat-syarat kontrak, tapi kita ni seorang Insan ada rasa simpati, ada perasaan belas ehsan, ada akal untuk berfikir dengan waras agar sesuatu keputusan dibuat dengan tindakan yang munasabah tapi tidakan yang dibuat seolah-olah tidak matang, sesuka hati, seolah-olah GM TMOD ni tiada perasaan seorang Insan.
Tak boleh ke kalau nak tamatkan kontrak tunggu selepas raya lagi pun tinggal beberapa bulan lagi kontrak nak tamat malah sewajarnya tunggulah kontrak yang tak berapa bulan tu tamat kemudian tidak perlu sambung kontrak., RUM dah banyak kali bagitau GM TMOD ni tak layak jadi GM TMOD sebab dia tak tau apa itu "pertimbangan yang munasabah dan apa itu perikemanusiaan".
Bukan ahli RUM pun seorang dari kumpulan pengurusan tapi atas dasar kemanusiaan dan sesama insan, RUM merasa amat dukacita dengan tindakan sedemikian.
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB